Pagi.Aku duduk termenung di tepi tingkap yang lebar dan luas tepi katil. Awal pagi tadi aku dah bangun. Usai solat subuh, terus aku duduk kat sini.
Bangunan-bangunan kat luar nampak cantik sangat-sangat. Aku paling suka pemandangan pada waktu malam. Indah..
Clak..
Pintu bilik aku terbuka. Lantas kepala aku menoleh ke arah pintu. Andi? Awalnya bangun. Buat apa datang sini pagi pagi ni?
Tanpa sepatah kata, lelaki itu terus menghumbankan badan di atas katil aku sambil matanya tengok aku.
Aku lemparkan senyum. Aik? Langsung tidak dibalas. Anything wrong?
"Kenapa?" aku angkat kening.
Andi jeling aku. Bantal yang dah tersusun cantik atas katil, lelaki tu ambil dan peluk.
"Aku ajak kau duduk sini bukannya untuk kau jadi batu bisu yang duduk kat tepi tingkap. Patutnya kau layan aku, kau tau tak?" Andi mendengus.
Ha? Terus aku terdiam. Okay.. Apa maksud dia ni? Aku duduk tegak. Seram sejuk pulak aku dengar.
"Ha? A.. Apa yang kau cakap ni?""Aku tahu kita bukan suami isteri dah kan? But still aku masih ada tanggungjawab pada kau.."
Berkerut dahi aku. Pandai pulak cakap pasal tanggungjawab? Apa sebenarnya yang dia nak sampaikan pada aku ni?
"Andi apa ya_"
"Shh, aku tak habis cakap lagi." Andi potong. Aku terus terdiam.
"Aku nak tanya kau, betul ke kau suka aku?" Mata aku ditatap tajam.
Aku telan air liur. Wah.. Soalan ni.. Perlahan-lahan aku angguk. Terus terbit senyuman tipis dari bibir Andi.
Andi bangun dan duduk di birai katil berhadapan dengan aku. Terpaksa aku dongak kan kepala tengok muka dia.
"Aku dah fikirkan perkara ni semalam. Tapi sebelum tu aku nak kau tahu yang aku tetap tak akan suka kau" Andi senyum.
Huh?
"Tapi dah fitrah aku lelaki dan kau perempuan. Kau tentu tahu apa yang selalu bermain dalam fikiran aku kan? Lebih lebih lagi selepas kejadian semalam" senyuman Andi bertukar jadi lain macam.
Aku tergamam. Seriously? Semalam.. Tak kan tentang baju aku kut.
"Jap.. Tapi kita da_""Kau tahu kan, bila ada 'hubungan' yang berlaku antara kita. Kau akan dikira sebagai isteri aku. That's mean kita rujuk semula"
Wow.. Aku memang tak sangka Andi tahu pasal benda ni. Masalahnya dia tak suka aku tapi dia 'nak' aku pulak..
Wait. "Kenapa tiba tiba je ni?" Aku makin tak senang duduk. Lelaki ni terlalu.. 'Jujur'. Ya perkataan tu sesuai untuk dia.
"Em.. I don't know. Maybe because i never touched any women yet" Tercetus gelak kecil dari bibir lelaki itu.
Aku tak pasti aku patut percaya benda tu atau tidak. Was-was..
"Hm.. lagipun dah ada yang halal buat apa nak ambik yang haram kan?" Andi senyum sinis.
Aku terkedu.
Tertawa kecil meletus dari mulut Andi bila terpandang muka aku yang dah pucat.
"Kau cintakan aku kan?"
Biar betul? Memang aku cintakan dia dan nak dia terima aku semula tapi takkan dengan cara macam ni.. Aku tak sedia. Aku pandang tangan aku yang menggigil kecil. See, benda ni lebih menakutkan dari aku tengok dia bunuh orang.
"marisa?"
Perlahan-lahan mata aku naik pandang muka Andi. Okay.. Tenang marisa.. Aku tarik nafas.
"Ya memang betul aku cintakan kau tapi aku dah buktikan cinta aku haritu kan? Kenapa kau mintak.. Err" Aku tak mampu nak teruskan ayat sendiri.
"Haritu kau terdesak, harini kau ada pilihan. Nampak tak, aku bukannya kejam sangat" Andi angkat kening. Senyuman tak pernah lekang dari bibir lelaki tu. Um.. Senyuman yang tak siapa boleh tafsirkan.
"Pilihan? Pilihan apa yang aku ada?" Bertambah kerutan di dahi aku.
"Setuju dan tak. Kalau kau setuju, kau boleh tinggal sini dengan aku or kau dipersilakan berambus dari rumah ni"
Ya allah. Nak tercabut jantung aku dengar. Maksudnya.. Lelaki ni.. Argh! Kalau dah nama lelaki! Aku ketap gigi. Geram!
Aku berdiri. Sakit hati pulak aku rasa.. "Kau memang tak ikhlas nak tolong aku sebenarnya kan? Kau memang benci aku ke?!"
Rasa marah aku bertambah tambah bila Andi cuma hadiahkan satu senyuman manis untuk aku. Kau ingat lawak ke?
Aku jeling tajam muka Andi. Ei..
"Kau dah lupa ke deal kita? You told me that you'll do anything for me. Just for me! Kau lupa ke? Dah hilang ingatan sebab faktor usia ke?" Andi bertanya sinis. Soalan aku tak di endahkan.
Deal tu.. Aku terlupa. Salah aku.. Memang salah aku. Bodoh la kau Marisa! Sanggup setuju ape ape je demi cinta? Drama betul. Tapi terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata, aku terpaksa terima akibatnya.
Tapi benda ni tak ada kaitan dengan umur aku. Aku nampak tua sangat ke? "Jadi aku memang tak ada pilihan la kan? Baik kau paksa aku untuk setuju je"
"Hey, Of Course you have. Ini cuma satu perangkap untuk kau sebab kau dah tersalah langkah dengan pilih aku sebagai 'cinta' kau." Andi ketawa kuat.
Ya Allah.. Sakitnya hati aku.. Betullah Andi ni terlalu jujur. Jujur sangat!
"Perempuan macam kau memang tak guna akal kan bila buat sesuatu? 'Kesanggupan' kau tu dah makan diri sendiri. Lebih baik kau setuju je tapi kalau kau tak sanggup, kau boleh keluar dari rumah aku dan aku akan anggap kau penipu. Penipu sebab mengaku cintakan aku sedangkan kau tak pernah suka aku!" Suara Andi meninggi di hujung ayatnya.
Aku telan air liur, pahit. Mana mungkin aku tipu kalau aku kata aku cintakan kau sedangkan dari awal pertemuan kita selepas sembilan tahun, aku dah mula sayangkan kau. Tapi aku tak pernah sangka benda ni akan jadi macam ni..
Aku mengeluh berat. Aku pejam mata beberapa saat sebelum aku pandang semula muka Andi.
"Hakikatnya kau yang tak suka aku Andi." Perlahan perkataan tu keluar dari mulut aku.
"Kau sedar tak diri kau tu dah tua? Kau lebih tua dari aku tapi aku masih terima kau sebab kau pernah jaga aku dulu. Baik kan aku?" Reaksi Andi bersahaja. Tenang macam tak ada apa apa berlaku.
Baik? Tu bukan baik! Lagipun aku bukannya tua mana. Aku baru 27 tahun lah! Kau tu cuma muda 5 tahun je dari aku! Susahnya kalau dah jatuh cinta, semua benda dipergunakan.
"Salah ke aku tua dari kau? Hina sangat ke aku?" Dada aku sesak. Sesak dengan perangai Andi.
"Tak sayang. Tak hina pun, aku cuma nak kau sakit hati je" Andi capai tangan aku dan gesel pipi dia di belakang tapak tangan aku.
Sekarang kau nak bermanja pulak ke? Aku tenung lama mata Andi sebelum aku hela nafas berat. "Baiklah Encik Andi. Kalau itu yang kau nak untuk aku buktikan cinta aku. Aku setuju"
"Yes!" Terus terlompat lelaki tu dari katil.
"But i don't need you for now. I'dah kau masih lama kan? Aku akan datang pada kau bila aku nak okay" Andi kenyit mata. Rambut panjang aku dielus perlahan.
Datang bila kau nak? Aku bukan tempat untuk kau.. Psst! Dasar lelaki hati batu!
Kepala aku ditarik dan satu ciuman pantas singgah di dahi aku. Terus Andi berlalu keluar.
Aku.. Ergh! MARISA! I'm stuck.
YOU ARE READING
AKU
Mystery / Thriller~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...