"Aku terima nikahnya Marisa binti Zaqiran dengan mas kahwin nya tiga ratus ringgit tunai"
Dengan sekali lafaz, aku dah sah jadi isteri kepada seorang lelaki psiko. Ya Allah, aku tak tahu nak rasa apa sekarang, tak ada perasaan dah..
Andi nampak segak sangat dengan baju Melayu putih dia tapi Ini bukan apa yang aku nak..
Andi melutut depan aku dan capai lembut tangan kanan aku untuk sarungkan cincin. Aku pandang jari manis aku yang sudah terhias dengan cincin permata.
No aku tak nangis. Aku buat muka beku. Bapak aku tak ade kat sini, bukan dia yang wali kan aku. Andi kata kalau aku nak tengok muka bapak aku lagi, aku kena kawin dengan dia tanpa bapa aku sebagai wali.
Takpe.. Selagi aku mampu, aku akan bersabar..
"now you're mine" andi bisik perlahan selepas dia cium dahi aku.
Aku ketap gigi. "no, people don't belong to people" aku senyum tawar. Sengaja aku perli dia. Sempat aku jeling tajam muka andi semasa mata dia tenung aku. Menyampah..
"we'll see" Lelaki tu tertawa kecil dan bangun.
Aku cuma mampu hadiahkan senyuman tawar je bila makcik makcik sebelah aku yang aku langsung tak kenal ni hulurkan tangan nak salam aku. Entah dari mana dorang datang aku pun tak tahu tapi aku yakin andi yang jemput dorang.
Lagi satu, ape benda kakak kawin dengan adik? Budak tu pulak muda 5 tahun dari aku. Ya Allah.. Pening kepala aku..
_______________Aku dibawa pulang ke sebuah kondominium di kuala lumpur. Aku masih jakun dengan suasana kat sini. Yela, dah lama aku terperap kat kampung.
"so kau akan tinggal sini dengan aku, masuk" andi bukak luas pintu rumah.
Aku langkahkan kaki masuk. Wow.. Pertama kali aku tengok rumah dengan hiasan paling simple dan cantik. Ternganga mulut aku.
"mulai hari ni, ni rumah kita" Lelaki tu tutup pintu dan berjalan pergi ke arah ruang tamu. Dia labuhkan punggung atas sofa dan buka television.
Aku perhatikan setiap sudut rumah. Cantik, memang cantik. Ade dua bilik di bahagian kiri, dapur di sebelah kanan sebelah pintu rumah berhadapan dengan ruang tamu, ade balkoni pula tu.
Bestnya, rumah ni terletak di tingkat tujuh dan berada di tengah tengah kuala lumpur. Teruja do.. Boleh aku tengok menara KLCC waktu malam.
"bilik kau kat sebelah sini" andi tunjuk pintu bilik warna purple di sebelah bilik utama. Bilik utama tu mestilah bilik dia en..
Tanpa berlengah, aku terus bukak pintu dan masuk, penat. Aku nak rehat.
Cantik juga bilik aku.. Katil saiz Queen, dengan almari sederhana besar di tepi katil. Meja solek terletak di bahagian depan katil. Tingkap aku perghh besar we.. Rasa macam tak ada penghadang dengan luar.
"we marisa"
Terperanjat aku apabila bahu aku disentuh dari belakang. Laju aku pusing. Baju pengantin ni memang menyukarkan pergerakan aku la.
"nah baju ni. Aku nak keluar sekejap" andi letak baju dan seluar yang masih berlipat atas katil, terus dia keluar tanpa sempat aku tanya apa apa..
Aku nak tanya tentang bapak aku. Ee laju je mamat ni lari.
Takpe nanti dia balik, siaplah. Baik aku tukar baju dulu. Erm..
Aku pandang diri sendiri depan cermin almari yang panjang. Baju t-shirt besar dengan seluar pendek atas lutut. Dah tak ade seluar ke mamat ni nak bagi aku..
Ee malunya. Tak pernah lagi aku pakai seluar pendek kat dalam rumah macam ni. Habis terdedah betis aku.
Dahlah baik aku baring sekejap. Aku lompat atas katil, uyo empuk we.. memang selesa gila. Aku tutup mata dulu, bye.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU
Mistério / Suspense~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...