Selepas beberapa hari, sejak balik dari kedai terpencil tu. Andi kurung aku dalam rumah dan langsung tak kasi aku keluar and sejak kami balik haritu dia keluar tak balik balik.
Sampai aku rasa bosan gila, keluar bilik masuk dapur. Itu je la kerja aku. Aku duduk kat atas lantai sambil bersandar di tingkap kaca, satu persatu bangunan tinggi kat situ aku perhatikan. Seronoknya kalau dapat jalan jalan kat situ.
Clak.
Pintu bilik aku terbuka. Laju aku bangun. An..andi?
"miss me?" Lelaki tu duduk atas katil.
"kau buat apa kat sini?"
"do you really gonna ask me that? Bengap. Ni rumah aku la. So it's up to me nak pergi mana"
Ouh.. Ya. Aku lupa. "tak, maksud aku.. Kau pergi mana dah lama tak balik?"
Andi gelak kecil. "do you miss me?" Lelaki tu bangun dan jalan ke arah aku.
Rambut panjang aku di elus perlahan. "I'm back now"
"kenapa kau kurung aku?"
"ouh aku buat macam tu eh?" andi dekatkan lagi jarak tubuh dia dengan aku.
"let me go"
"not for now" Lelaki tu tersenyum sinis. Tangan kanan aku dicapai dan di ramas perlahan.
"stop it! kau patut lepaskan aku kalau kau tak suka aku bukan kurung aku, ni tak adil!" aku tolak kuat dada lelaki tu dengan dua belah tangan aku.
"what? kau cakap ape? Hahahaha.. Adil? Kau tahu tak benda macam tu tak wujud. The only thing yang exists is luck" andi ketawa.
"benda tu wujud. Diri kau yang tak percaya dengan semua tu, kau tak yakin dengan Tuhan kan sebenarnya?" bengang hati aku tengok muka lelaki tu.
Riak muka andi berubah. "diam bodoh! Diam!! Kau tak tahu apa apa. Kau tak tahu apa yang aku kena hadap lepas aku pindah keluar dari rumah tu!"
Tersentak bahu aku dengar suara andi menjerit kuat.
"Salah kau! Semua salah kau! Kalau kau halang aku pindah, aku takkan jadi lebih teruk macam ni. Kau tau tak?!" mata aku mendarat pada tangan andi yang menggeletar kuat.
Arghh! Rambut aku ditarik kasar, air mata aku gugur laju. Salah aku? "siapa yang teringin sangat nak keluar dari rumah tu dulu? Bukan kau ke? Tu semua cita cita kau kan? Kau ingat aku nak halang lepas kau dapat semua peluang tu?!"
Lelaki tu ketawa sinis. "kau dah bunuh andi yang dulu Marisa. Aku dah suruh kau halang aku, kan?" Tangan kasar andi cengkam kuat dagu aku dan paksa kepala aku toleh menghadap tingkap. Aku dapat rasa bahang panas nafas andi kat pipi aku.
"kau nak tahu apa yang jadi lepas aku berambus dari rumah tu?" lelaki tu bisik perlahan kat telinga aku.
"okay okay.. Aku cerita" badan aku ditolak atas katil. Mundar mandir andi berjalan depan aku.
"aku pergi Rusia. Saudara aku.. Sau..dara aku? Hahaha aku tak ingat yang mana satu sebab semua aku dah bunuh." andi gelak tapi mata dia tajam renung muka aku.
Aku telan air liur. Andi betul betul dah gila. Lebih baik aku duduk diam. Mata dia.. Menakutkan.
"dorang pukul aku, sakit" andi peluk tubuh sambil menggigil. Muka lelaki tu terpancar riak takut, mata andi melilau pandang sekeliling macam takutkan sesuatu.
Tak lama kemudian, lelaki tu senyum lebar. "mafloy. Lelaki tua kejam but he saved me.. And I'm alive" Bilik aku penuh dengan ketawa andi.
Muka aku pucat. Tak pernah aku nampak lelaki ni macam ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU
Mystery / Thriller~ 𝐎𝐧𝐜𝐞 𝐈 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐲𝐨𝐮, 𝐧𝐨 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐬𝐞ñ𝐨𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮.~ "Awak tak marah saya dah ke?" Aku gigit bibir. Terus berubah reaksi Andi. Muka dia bertukar serius, pandangan tajam diberikan pada aku. Alamak.. Salah soalan ke salah...