Sesuatu yang berbulu lebat sedang bermain di seluruh muka aku. Rasanya seperti wajah aku dibuat demonstrasi untuk make-up gunakan blusher dan semua benda yang aku tak pernah tahu namanya.
Thanks to rakan sebilikku yang bermain di muka aku, akhirnya aku bangun dari tidur. Perkara pertama yang aku buat adalah melihat jam di skrin telefon-
" Habislah ! Aku dah terlambat aishㅡ "
Dengan kelajuan yang ditingkatkan dua kali ganda, aku mula bersiap untuk pergi ke sekolah. Agak mengagumkan kerana mata aku masih mamai sekarang dan aku berjaya bergerak sepantas ni. Kalaulah aku sertai olimpik, ada kemungkinan juga akulah jadi yang pertama melintasi garisan penamat.
Selesai memakai uniform sekolah, aku menyikat rambutku yang tidak terurus. Sehebat mana gaya yang aku cuba untuk kemaskan rambut ni, ianya cuma akan berakhir dengan kelihatan seperti sarang burung. Dan aku tak pernah ambil peduli pun tentangnya.
Aku ada rambut yang keriting sejak lahir, kalau tak diikat memang akan nampak kembang seperti awan. Kalau diikat, ianya cuma akan nampak seperti pom-pom yang cheerleaders gunakan semasa bersorak.
My outfit looks fine, so why would I rather care about my hair ? It makes me look annoyingly cute by the way.
Sebelum keluar dari bilik, aku membelai lembut kepala rakan sebilikku.
" Kenapalah awak tak kejut saya lebih awal ? Saya dah sediakan makanan awak dalam mangkuk, jadi habiskannya ya Eric. "
" Meow~ "
Ya aku tahu dia cuma seekor kucing, tapi kami dah luangkan masa bersama sejak Eric lahir, jadi dia tahu rutin hariannya di rumah tanpaku.
Selepas mencapai sekeping roti, aku mengucapkan selamat pagi kepada mak dan ayahku yang masih berada di alam mimpi. Aku menaiki basikalku dan mengayuh sekali lagi dalam kelajuan yang ditingkatkan dua kali ganda, menuju ke kedai runcit di kawasan perumahanku.
Pukul 7:07 pagi.
Tiba di kedai, kelibat orang yang aku perlu jumpa masih tidak kelihatan . Jadi aku memakai *AirPod milikku dan cuba hubungi seseorang.
Lima minit kemudian barulah dia keluar.
" Samchon ! Cepatlah, saya dah lambat ni ! "
" Nah ini dia. Dan boleh tak awak berhenti panggil saya samchon ? Saya cuma setahun lebih tua dari awak, Mira-ssi. " aku mengambil gulungan-gulungan surat khabar yang sudah siap diikat kemudian masukkannya ke dalam bakul basikalku.
" Tapi saya tak nak panggil awak oppa so... bye bye Changbin samchon ! "
Aku kembali ke kawasan perumahanku, di rumah bernombor 001. Aku letakkan surat khabar di dalam peti suratnya.
" Selamat pagi ! " Laungku pada tuan rumah 001. Mungkin mereka juga sedang bersiap untuk pergi kerja atau perkara lain, jadi aku tiada mendengar sebarang balasan.
Aku beralih ke rumah seterusnya dan mengulangi perbuatanku di rumah nombor 001. Selesai menghantar surat khabar di setiap rumah yang membeli, aku berbasikal keluar dari kawasan perumahanku. Rumah yang terletak paling hadapan dan paling dekat dengan jalan besar menarik perhatianku. Rumah bernombor 037 ni selama ni tidak berpenghuni, sekarang sudah kelihatan sibuk di awal pagi.
Terdapat lori dengan perabot-perabot serta pelbagai barangan berada di hadapan rumah tu. Nampaknya ada keluarga baru berpindah masuk ke kawasan rumah kami.
Aku melihat jam tangan yang dipakai " Ahh aku akan betul-betul terlambat kalau macam ni ! "
Kayuhan lajuku berakhir di perhentian bas. Aku mengunci tayar basikalku dengan rantai pada tiang sebelum menyertai penumpang lain menunggu bas di perhentian.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨