16

228 53 22
                                    

Mira's POV

Balik sahaja dari berjumpa dengan Hyunjin, aku tergesa-gesa kembali ke rumahku.

Aku nak jumpa Jisung.

Tak sia-sia aku berlari, Jisung pun baru sampai rumah. Langkahnya perlahan menuju ke rumah nombor 037.

" Jisung ! " jeritanku yang bergema di kawasan perumahan yang senyap kerana hari sudah gelap berjaya menghentikan Jisung. Segera aku menghampiri dia.

Jisung menarik nafas dalam sebelum melemparkan senyuman lebar kepadaku,

Senyuman yang dibuat-buat.

Mata dan hidung Jisung kemerahan, aku pun tak pasti sama ada sebab alahannya pada bulu kucing di klinik Hyunjin tadi atau sebab dia menangis.

Atau... kedua-duanya ?

" Kecil betul dunia ni kan, rupanya awaklah yang Hyunjin cintakan selama ni. Punyalah dia bersungguh rahsiakan nama awak dari saya dan Minho, "

Jisung....

" rupanya ianya awak, awak crush Hyunjin. "

" Jisung, saya dan Hyunjin cuma berkawan je- "

" Awak tak pernah bagitahu pun yang awak berkawan dengan kawan baik saya. Dalam banyak-banyak orang kat Hanwoong tu, kenapa dia eh ? "

Aku terdiam, tak tahu macam mana lagi nak pertahankan diri.

Aku memang dah lama merancang untuk kenalkan Hyunjin pada Jisung. Hyunjin banyak luangkan masa dengan aku dan jadi kawan yang baik, tapi selama ni aku tak beritahu Jisung pun. Tiada kesempatan untuk aku beritahu.

It turned out yang mereka berkawan baik. A-aku macam dah curangi Jisung betul-betul di belakangnya...

Jisung menepuk bahuku, " Fikirkanlah tawaran Hyunjin tu, dia betul-betul cintakan awak. Jangan risau pasal saya. "

" Tapi Jisung- "

" Mira ? Kang Mira-ssi, apa kamu buat di rumah tu ? " seseorang dari kejauhan tiba-tiba menyampuk perbualan kami.

Alamak.

Itu mak dan ayah !

Harini mereka ke sauna di seberang jalan. A-aku terlupa yang mereka akan pulang berjalan kaki je.

Kebetulan pula mereka boleh ternampak aku di rumah Jisung sekarang. Dahlah aku tak pernah cakap yang aku berkawan dengan jiran baru kami ni.

Jisung pantas mengalihkan tangannya dari bahuku, jelas ketakutan dengan ekspresi wajah mak dan ayah yang jelas tidak suka aku bergaul dengan orang asing tanpa pengetahuan mereka.

J-Jisung...

" Mak, ayah, ini teman lelaki saya. " sedikit pun aku tidak berganjak, malah aku bertindak memaut lengan Jisung.

Mak dan ayah ternganga besar, seperti tidak percaya akan perkara yang baru aku katakan. Jisung pula membatu, tidak menafikan ataupun mengiyakan.

Telinga ayah memerah. O-okay ayah tengah marah....

Mak nampak marah, tapi mak masih pamerkan senyuman semanis gula di muka, " Kang Mira, rasanya kamu patut ikut kami balik sekarang... "

Ayah turut menjegilkan mata ke arah Jisung yang terdiam ketakutan.

Aku tak sepatutnya kata macam tu tadi....

Sebelum keadaan jadi lebih teruk, aku akur. Aku mengikuti mak dan ayah yang berjalan di depan, menuju ke rumah kami yang bernombor 007.

𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now