Nobody's POV" Sinmun-ssi, saya rasa keadaan awal dah terbalik. Saya yang mungkin minat awak sekarang ni. "
Jisung sendiri pun tidak tahu kenapa dia kata begitu. Mungkin dia mahu Mira bersedia sekiranya dia betul-betul jatuh suka pada gadis di hadapannya itu.
Melihat Mira dengan rambut yang lebih keperempuanan itu, jantung Jisung jadi tidak duduk diam. Mira nampak sangat simple yet pretty. Terasa seperti dia pandang dirinya dalam versi perempuan.
Jisung mencubit pipi Mira yang masih berdiri kaku.
" Cepatlah jalan. Hari dah makin gelap ni. Nanti ada lelaki mabuk lain pula kacau awak~ "
Mira automatik memukul bahu Jisung yang selamba kata perkara sebegitu di tempat terbuka ni. Masalah juga kalau mulutnya masin dan perkara tu jadi kenyataan.
Kalau jadi kenyataan, mari kita ramai-ramai serang Han Jisung.
Sampai di kawasan perumahan mereka, Jisung dengan segera berjalan masuk ke rumahnya.
" Yah Han Jisung ! "
Jisung berundur semula. Dia dapat lihat Mira sedang memandangnya seakan tidak berpuas hati.
" Apa jenis lelaki yang tak temankan kawan perempuannya hingga ke pintu rumah ? Mentang-mentanglah rumah awak lebih dekat dan rumah saya jauh ke dalam ! "
Jisung ketawa besar.
" HAHAHHAA penakut juga ya awak ni ? Sebelum ni awak okay je jalan seorang kan. Sebelum saya pindah sini. "
Seperti sudah jadi satu tabiat, Mira menepuk dahinya. Dia pening betul melayan kawan barunya yang seorang ni. Jisung layannya seperti budak kecil, bukannya seorang perempuan.
Dah berpakaian begitu barulah dia sedar betapa seronoknya kelihatan seperti perempuan macam dulu, sentiasa dilindungi dan menjadi keutamaan lelaki.
Tapi Jisung macam tak peduli. Dia lagi seronok mengusik Mira sepanjang hari ni.
" Saya cuma nak uji sifat gentleman awak je. Mestilah saya boleh balik sendiri. "
" Awak kan lelaki. "
Satu penumbuk kuat singgah di bahu Jisung. " Argh ! Sebab awak, banyak kali saya kena tumbuk hari ni ! "
Mira ketawa kecil, puas dapat mengenakan Jisung. Dia menamatkan perbualan mereka lalu berjalan pergi.
Sudah lima langkah menjauhi rumah Jisung, tangan Mira tiba-tiba dipegang yang membuatkan kakinya automatik berhenti melangkah.
" Sinmun-ssi, jaga diri. Jumpa pagi esok. "
🗞
Mira's POV
" Selamat pagi, ahjussi ! " Aku meletakkan segulung surat khabar ke dalam bakul yang ahjussi di rumah bernombor 030 letakkan di pagarnya.
Lalalala~
Hati aku tak henti-henti menari kegembiraan sejak semalam. Saat bersama Han Jisung asyik berputar di kepalaku.
Crackhead. Tapi dia baik dan seorang yang sangat caring.
Ew rasa pelik pula puji dia, sedangkan semalam dia cukup seronok kenakan aku sepanjang hari !
Tiba di rumah Jisung yang bernombor 037, aku berhenti dan meletakkan basikalku di tepi. Sempat aku buka telefon sendiri dan tengok keadaan rambutku.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨