Mira's POV
" JISUNG ! "
Alamak aku tak ingat langsung pasal dia.
Kang Mira pabo, macam mana aku boleh terlupa yang kami dah janji untuk study sama-sama !
Aku suruh dia tunggu di perpustakaan sampai aku tiba-
Jangan kata yang dia masih ada di sana ?
Aku mula berlari. Nasib baik bas ke Gangnam lalu di sebelahku. Aku pantas naik dan mengumpul semula nafas setelah penat berlari.
Lima minit kemudian, aku tiba di perpustakaan. Tiada lampu pun terpasang dalam perpustakaan menandakan yang ianya sudah tutup. Aku cuba mencari Jisung di cermin, manah tahudia tunggu di dalam.
Aku berlari ke pintu masuk. Larianku terhenti bila nampak orang yang aku cari sedang tertidur di atas bangku dalam posisi bersandar.
Kesiannya...
Dalam hati, aku menyumpah diri sendiri tanpa henti.
Jisung tersedar daripada tidur, " Oh hey... " dia mengesat matanya yang masih mamai. " Mesyuarat awak baru tamat ke ? "
...
Dia perli ke ataupun bertanya jujur ?
" Maaf Jisung, tadi semasa dalam perjalanan ke sini selepas mesyuarat, ada seseorang kehilangan kucing dia. Saya bantu dia cari- " entah kenapa, aku tak mampu nak sambung bercakap.
Aku kedengaran seperti sedang buat alasan. Alasan untuk larikan diri daripada kesalahan yang jelas di depan mata.
Aku menunduk memandang lantai, rasa bersalah sangat mahu pandang mata dia walaupun sekilas.
Jisung tepati janjinya, tunggu aku di sini walaupun dah lewat malam. Tapi aku pula membebel buat alasan sebab nak larikan diri dari kesalahan sendiri.
Tiba-tiba, Jisung mencucuk pipi aku dengan jari telunjuknya.
"It's okay. Mari balik sebelum keluarga kita mengaum yang kita balik lewat. "
😢
Baiknya 😭😭
Dalam bas, Jisung perasan kasutku yang sudah terkoyak teruk. Tadi sebab cari Jacob, ditambahnya lagi dengan berlari nak jumpa Jisung, makin buruk kasut ni.
" Awak berlari dengan kasut koyak tu ?! "
" Ini baru koyak, tadi elok je heheheh. " Aku tak nak dia risau.
Turun sahaja dari bas, Jisung menarik tanganku ke bangku di peehentian. Dia paksa aku duduk.
Dengan berhati-hati, Jisung mengangkat sedikit kakiku lalu memeriksa tapak kaki aku. Matanya hampir terkeluar melihat tapak kaki aku yang kotor-
" Dah luka ! Tengoklah semua darah ni hish macam mana awak masih boleh berjalan normal ?! "
D-darah ?
Bila aku periksa, betullah... Kaki aku luka agak teruk. Darah masih mengalir di tumit dan ew geli pula tengok haaahah padahal kaki sendiri.
Jisung menggaru kepala, kegelisahan.
Eh eh kaki aku yang luka, dia pula yang panik ?
" Ini tak boleh jadi. " kata Jisung tiba-tiba. Dia tiba-tiba melutut dan berpusing, mempamerkan belakang badannya kepada aku.
" Naik. "
" A-apa ? "
Dia mahu aku naik atas belakang dia ?
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨