Jisung's POV
" Kita masih boleh berkawan kan ~ "
Sinmun menggosok kepalanya selepas diketuk oleh aku. Aku tersengih nakal sebelum sambung dengan bebelanku.
" Saya akan terima semua keputusan yang awak buat sebab saya tahu, it's the best for you. Terima kasih sebab sudi nak bersama dengan saya walaupun tak lama, but I really appreciate it. Kita boleh terus berkawan macam dulu kan, manalah tahu masa tu awak ter-catch feelings pada saya balik ke haa, bolehlah saya nak rampas awak dari Hyunjin. "
I know it sounds fake, tapi aku perlu gembira terima hakikat ni.
Hakikat yang aku cuma lelaki biasa. Hyunjin ada segala-galanya, rupa, populariti, sweeteness, dan mereka berdua ada sangat banyak persamaan.
Sinmun tergelak kecil mendengar ayat terakhirku tadi, terus hilang wajah simpatinya yang dia tunjuk kat aku.
" Tapi semua yang jadi ni sangat tiba-tiba. Kenapalah dalam banyak-banyak orang kat dunia ni, rupanya awak berdua berkawan ? "
" That Hyunjin ? Dunia ni kecil je kan ? Kami berdua sangat rapat, sebab dialah saya beria nak bersekolah di Hanwoong walaupun surat persekolahan asal saya sepatutnya di Woonsu... "
Sinmun mengangguk faham. " Berikan saya masa untuk berfikir dulu. Saya masih belum buat keputusan. "
Hujan semakin reda, tapi belum berhenti.
Aku mengambil tangan sinmun lalu memaksanya memegang payungku.
" Jangan duduk lama sangat dalam hujan, nanti kena selesema. Hyunjin mesti takkan maafkan saya kalau dapat tahu yang saya biarkan awak dalam hujan macam ni. "
Sinmun tidak berkata walaupun sepatah, tapi hanya tersenyum lembut ke arahku.
Senyuman yang menenangkan. Senyuman yang selama ni beri aku semangat untuk yakin pada diri sendiri.
" Hyunjin is a very good guy, tak perlu nak fikir panjang but yeahh, ikut suka awak lah. "
Aku keluar dari bawah payung yang kini berada di pegangan sinmun. Rambutku perlahan-lahan menjadi lembap apabila mengenai air hujan yang semakin lama semakin banyak menghujani diri.
Aku berjalan pergi selepas melambai ke arah sinmun yang tidak putus-putus memandangku dari kejauhan.
Tolong jangan jatuh sakit, Kang Mira-ssi.
Tiba di depan pintu, aku menekan loceng pintu rumah dengan penuh debar. Nafas ditarik dan dihembus untuk melegakan diri, tapi tipulah kalau aku masih boleh bertenang dalam keadaan ni.
Pintu dibuka. Puan Kang, mak sinmun curiga melihat aku yang basah kuyup berdiri dihadapan rumahnya.
Encik Kang, ayah sinmun pula muncul di daun pintu. " B-bukan ke kamu- "
Aku menunduk 90° penuh hormat kepada mereka. Jantung rasa nak meletup bila mereka berdua tak berhenti-henti menjegilkan mata ke arahku.
" Kamu teman lelaki Mira ? Yang semalam tu ? " - Puan Kang
" Kalau kamu ke sini untuk dapatkan restu kami, maaf tapi jawapan kami adalah tak. " - Encik Kang
Aku serta-merta menggeleng.
" Saya cuma nak cakap... Mira memang seorang gadis yang baik. Walaupun dia tak terdedah dengan dunia luar yang pelbagai ni, tapi sebenarnya dialah yang banyak ajar saya pasal dunia. Bukan salah dia sebab berkawan dengan orang asing, tapi salah saya. Saya yang beria nak berkawan dengan dia dari awal lagi. "
Encik dan Puan Kang nampak terkejut dengan pengakuan tiba-tibaku.
" Hukuman tu okay tapi mesti Puan dan Encik Kang tahu yang Mira senang kena selesema. S-saya minta diri dulu. "
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨