14

292 54 9
                                    

Nobody's POV

Hari sukan yang bermula dengan ceria di awal pagi bertukar tegang sebaik sahaja matahari tegak berdiri di atas kepala a.k.a tengah hari.

Disebabkan salah faham yang timbul di kolam renang semasa acara renang pagi tadi, jadual hari sukan kini berubah. Bukan dari segi masa, tapi dari segi kumpulan.

Pada awalnya bersaing antara kelas, kini persaingan sengit antara sekolah pula !

Acara seterusnya adalah bola sepak. Setiap sekolah masing-masing mengumpulkan pemain terbaik mereka untuk pastikan sekolah kebanggaan menjadi juara di pusingan pertama.

Ini perlawanan pertama antara Woonsu dan Hanwoong. Keputusan ni akan menjejaskan maruah salah satu sekolah kalau dari awal pertarungan lagi sudah kalah.

Mira menggigit bibirnya keresahan. Sunwoo akan bermain untuk pasukan Woonsu, jadi mestilah dia akan support pasukan sekolah sendiri.

Masalahnya sekarang adalah Jisung perlu bermain untuk Hanwoong. Itu buatkan Mira jadi serba salah.

Melihat ke tempat duduk penonton yang sudah semakin riuh menyokong sekolah masing-masing, Mira bertambah resah. Sebenarnya, dia sendiri pun mahu Woonsu menang perlawanan ni.

Semangat berpasukan wujud naturally dalam diri semua orang, mestilah kita nak pasukan kita yang menang !

Separuh masa pertama. Sunwoo berjaya jaringkan dua gol. Hanwoong peroleh satu mata, terima kasih kepada Minho yang kebetulan berada di depan pintu gol semasa bola datang ke arahnya.

Mira sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya dari Jisung apabila tamat separuh masa pertama.

Selepas minum air untuk melegakan dahaga, dari tepi padang, Jisung mencari Mira di tempat duduk penonton. Apabila mata mereka bertautan, Jisung beri isyarat untuk berjumpa di basement.

Mira sampai terlebih dahulu di basement.

" Wah Jisung laju betul awak lari kejar bola tadi ! "

" Ehem ! Well done, Jisung. "

" Jisung you did great !! Cuma pastikan awak tendang bola juga, jangan asyik berlari keliling padang je. "

" Ah kejam sangat ke kalau cakap macam tu ? Aish... "

Mira berlatih untuk menyambut Jisung dengan ceria apabila dia muncul nanti. Tujuannya cuma satu, untuk beri semangat pada teman lelakinya agar buat dengan lebih baik selepas ni. Jisung nampak letih sangat-sangat semasa bermain tadi, dia berusaha keras untuk dapatkan bola dari pasukan lawan tapi percubaannya asyik gagal. Jumlah Jisung dapat bola boleh dikira dengan jari tangan kerana sangat sedikit jika dibandingkan dengan pemain lain.

Jisung tiba. Dia yang pada awalnya kepenatan terus tersenyum lebar dapat berjumpa dengan Mira.

Tanpa sepatah kata, Jisung terus memeluk Mira.

Mira tidak bergerak, tapi membiarkan sahaja teman lelakinya itu untuk berehat di bahunya buat sementara waktu.

" 20% " kata Jisung tiba-tiba.

" 50% " Jisung terus mengira.

" 70% "

" 100% okay saya badan saya dah dicas sepenuhnya~ "

Mira ketawa geli hati dengan alasan Jisung untuk berpeluk.

Mira meleraikan pelukan mereka. " You did great. Hati-hati semasa bermain, saya tak nak naik ambulans teman awak ke hospital. "

" Lepas ni awak pula acara larian kan ? Jangan kata saya, awak tu berlari betul-betul, bukan perlahan macam waltu kita berjalan balik sekolah ! "

" Hey saya ni Usain Bolt versi perempuan, for your information. Saya berjalan perlahan supaya dapat spend lebih masa dengan awak, itu je. Boleh je saya nak tinggalkan awak kat belakang. "

𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now