10

293 58 9
                                    

Mira's POV

" Kim Sunwoo, kafe pukul 4. Jangan lambat atau awak perlu bayar makanan harini. "

" Okay okay. "

Selepas mencapai semua barang yang diperlukan dan dimasukkan ke dalam beg galasku yang bercorak anak kucing, aku berbasikal menuju ke perhentian bas. Seperti sudah jadi kebiasaan, kayuhanku akan terhenti di hadapan rumah Jisung.

Aku tersenyum sendirian melihat tingkap biliknya yang tertutup rapat. Mesti dia keletihan selepas perlawanan bola sepak di sekolahnya tadi.

Aku menjeling ke arah kakiku. Tersarung kasut yang dia berikan kepada aku.

" Terima kasih, saya sukakannya sangat-sangat. "

Tiba di perhentian bas, aku dikejutkan dengan seorang lelaki yang seperti sedang menunggu seseorang.

" Hyunjin ? " Aku melambai kecil ke arahnya. " Wah seram sejuk pula saya dibuatnya, kita asyik berjumpa secara kebetulan je ! "

" Kita tiada nombor telefon masing-masing, jadi saya tak boleh huhungi awak yang saya nak datang. Sebab itulah saya tunggu awal dekat sini ~ "

D-dia tunggu aku ?

Dia masih berpakaian sekolah. Waktu sekolah tamat tiga jam lepas-

Jadi sudah tiga jam dia menunggu ?!

" Haish awak ni, awak boleh je datang ke rumah saya kan, tak perlulah tunggu lama sangat. "

" Kalau saya ke rumah awak, kita dapat berjumpa sekejap je. Sebenarnya saya mahu beri ni. "

Hyunjin hulurkan sekotak hadiah yang siap berbalut dengan riben.

Aku menyambutnya dengan wajah curiga. Kesian pula dia dah lama tunggu dan pegang kotak tu, nasib baik ringan je.

Tapi apa ni ?

" Bukalah sekarang. Saya nak tengok reaction awak depan mata. Live premiere. "

Oh kena buat unboxing pulak kat sini 😂

Tanpa banyak soal, aku buka balutan kotak hadiah dengan berhati-hati. Pemakaian aku yang serupa lelaki mungkin dah mempengaruhi perangai aku yang semakin ganas, aku tersentaknya cuma sedikit tapi pembalutnya terkoyak habis.

Sorry Hyunjin.

Nasib baiklah kotaknya masih dalam keadaan baik.

Aku buka penutupnya-

" A-apa ni ? " Aku pandang Hyunjin dan isi di dalam kotak silih berganti.

Jelas sekali dalam kotak ni ada kasut. Kasut sarung berwarna light pink dengan riben kecil di hadapannya.

Aku masih keliru. Kenapa dia tiba-tiba tunjukkan aku kasut ni ?

Hyunjin cuma tersenyum lebar, tak sedar langsung yang aku masih clueless dengan semua ni. Dia mengambil kasut di tanganku itu lalu tiba-tiba melutut. Dia minta aku duduk.

Lambat-lambat baru aku duduk. A-aku masih tak faham.

Hyunjin membuka kasut converse pemberian Jisung yang elok tersarung di kakiku. Dia meletakkan kasut itu di tepi lalu menyarungkan kasut sarung light pink pada kakiku.

Senyuman lebar terukir di bibirnya apabila melihat kasut itu yang muat di kakiku.

Sebenarnya saiz kasut ni agak besar, dari segi pandangan Hyunjin mungkin nampak sempurna saiznya tapi aku dapat rasakan ada ruang di tumit sendiri.

" Cantik. "

A-apa ?

" Pakailah kasut ni, nampak lebih cantik pada awak, Mira-ssi. "

𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠 Where stories live. Discover now