Jisung's POV
Jadi Sunwoo yang tolak aku daripada jadi teman lelaki Mira. Tapi kenapa ?
Jangan kata...
Sunwoo pun ada simpan perasaan terhadap Mira ? Dia suka Mira ke ?
Lama aku hanyut dalam lamunan sendiri, Sunwoo sekali lagi membaling spannya ke arah aku-
-___-
" Termenung rindu Mira ke tu~ "
Budak-budaknya dia ni.
Aku menggeleng, " Mestilah saya rindu dia, dah seminggu kami tak bertegur. Sebenarnya ada satu perkara yang mengganggu fikiran saya. "
Sunwoo bertukar menjadi gadis yang baik, dia pura-pura comel dengan mengelipkan matanya dua kali ganda lebih laju dan menghalakan telinganya kepada aku. Aku tak faham betul dengan perangai pelik dia ni.
Walaupun terganggu dengan wajah perasan comel Sunwoo, aku menyambung " Kenapa awak beria mahu bagi saya tteokbokki tu ? Awak tak suka ke kalau saya jadi teman lelaki Mira ? Atau jangan kata- "
" Saya suka Mira ? Hahahahah jangan risau Jisung, saya dah ada girlfriend lah. "
Fuh nasib baik....
Aku mengurut dada kelegaan. Nampaknya buat masa sekarang aku tiada pesaing, aku jadi lebih yakin diri- Eh, lelaki yang sinmun jumpa malam tu. Aku masih tak tahu identiti dia dan hubungan mereka...
Aku masih ada pesaing, dan mungkin lelaki tu yang lebih berpeluang besar.
:(
" Sejujurnya, saya ingatkan yang awak ni playboy. Heheheh. Takkanlah saya nak biar Mira saya yang innocent tu jatuh hati pada seseorang yang tak serius dalam bercinta ? "
HA ?
Dah kenapa pula aku ni playboy-
Saat-saat aku meluangkan masa bersama sinmun tiba-tiba kembali bermain di kepalaku.
Aku dengan selambanya kusutkan rambut dia.
Aku tiba-tiba pegang tangan dia.
Aku bercakap dengan jarak muka kami cuma sejengkal.
" saya suka dapat berkenalan dengan awak. "
Aku kenyit mata pada dia.
" Saya yang mungkin suka awak sekarang ni. "
Aku cubit pipi dia.
" Saya nak awak jadi girlfriend saya. "
...
Betul ke aku buat semua tu ?
Wah... aku baru sedar betapa playboynya cara aku melayan sinmun selama ni. Kata-kata dan semua perbuatanku tersangatlah cringe-worthy untuk kami yang baru sahaja berkenalan.
Mungkin sebab aku terlampau sukakan dia sampai aku tak boleh nak sorokkan perasaan sukaku ni.
Haish Han Jisung, terlalu awal untuk jadi open macam tu dengan dia !!!!
Aku mengetuk kepalaku dengan span basuh pinggan, berkali-kali. Perasaan benci pada diri semakin kuat apabila teringat semula layananku terhadap sinmun selama ni. Sangat tak matang dan menjengkelkan.
Sunwoo memegang lenganku.
" Awak memang merancang untuk mandi dengan semua sabun ni ke apa ? "
😂😂
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨