Mira's POV
Aku bangun pagi dengan pelik hari ni. Jam loceng sepatutnya kejutkan aku dari tidur tapi sebaliknya, aku yang kejut jam tu.
Aku lupa pasang bateri baru. Perkara ni sangat aneh memandangkan aku tak pernah sekali pun bangun sebelum jam loceng berbunyi.
Sesuatu akan berlaku hari ni. Aku dapat rasakan hari ni adalah hari yang lain daripada lain.
Mak dan ayah aku ke Pulau Jeju semalam dan akan balik minggu depan. Masa inilah digunakan aku untuk kawal seluruh rumah dan buat sesuka hati.
Masih awal pagi. Aku buat keputusan untuk jadi anak yang baik buat masa sekarang dan mula bersiap ke sekolah. Sedang aku menyikat rambut, aku terdengar bunyi di luar rumah. Dari bilikku yang berada di tingkat atas, aku memandang ke luar tingkap.
Kring kring ! Kring !
Bunyi loceng basikal. Aku hampir tergelak selepas mengenal pasti identiti lelaki yang sedang bersusah payah mengayuh sambil membunyikan loceng dan melambai ke arah aku.
" Sinmun-ssi ~~~~ "
😂😂😂
Tak pernah lagi aku nampak dia mengayuh basikal. Dan gaya kayuhannya... agak pelik ?
Baru sahaja aku nak balas lambaiannya dengan muka tahan senyum, tiba-tiba Jisung terlanggar batu kecil dan mula terhuyung-hayang.
" eo eo oh... ! "
Jisung mengayuh dalam keadaan zig-zag untuk mengawal keseimbangan badannya sehinggalah-
SKRRTT ! DUSH !
Jisung jatuh dari basikal.
" JISUNG ! " Aku segera berlari turun dan mendapatkan Jisung. Dia pantas bangun dan tegakkan basikal, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
" O-oh hi love. Good achim~ "
Aku nampak kesan merah di siku kanan Jisung yang dia tak cuba sorokkan pun. Aku segera melihat keadaan sikunya.
Berdarah. Nasib baik cuma kesan calar, tapi masih nampak teruk.
Aku melemparkan satu jelingan tajam, " Kenapa tiba-tiba naik basikal ? Kan dah luka tu. Awak bukannya pandai bawa basikal pun. "
Jisung tertunduk malu, seperti baru kena marah dengan cikgu yang garang pula.
Lemah sahaja suaranya menjawab, ketakutan, " S-saya cuma nak tolong awak hantarkan semua surat khabar ni a-awal supaya kita boleh pergi ke sekolah bersama... "
Alahai... sebab tu rupanya...
Comelnya perangai boyfriend aku ni 😭
Jisung mengambil satu surat khabar yang diikat reben berwarna merah lalu diberikan pada aku.
" Apa ni ? " tanyaku sambil tangan laju membuka ikatan tersebut.
Sudah jelas sekali yang ianya adalah surat khabar. Tapi aku buka juga.
Di muka surat hadapan, mata aku hampir terbeliak melihat wajah kami berdua sebagai tajuk berita utama hari ini.
" Happy 100th days, sinmun-ssi. "
Wah... 😍
Aku ternganga besar. Ngangaan itu perlahan-lahan bertukar kepada senyuman penuh teruja melihat kejutan dari Jisung yang ringkas, tapi cukup sweet.
Aku selak muka surat kedua,
'Hari ke-137 sejak kita berjumpa buat kali pertamanya di dalam bas. Ingat lagi ? Waktu tu awak kata yang awak minat saya dan pandang saya tanpa berkelip !'
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨