Hyunjin's POV
" Meow~ "
Aku meletakkan makanan kucing di dalam mangkuk milik Jacob. Dia dari tadi tak henti-henti mengiau.
Aku tahu dia dah kenyang tapi aku masih beri dia makan bermangkuk-mangkuk supaya dia diam.
" Meow~ "
" Boleh tak awak tolong diam sekejap ?! "
Jacob kelihatan tersentak apabila aku tiba-tiba naikkan suara. Dia berundur jauh dari mangkuknya.
Aku menekup mukaku.
" Hwang Hyunjin, Jacob has nothing to do with your feelings... Kenapa nak marah dia pula ? "
Aku bangun dan berjalan ke arah Jacob. Aku angkat Jacob dan peluknya erat. " Maaf sebab marah awak... "
" Mainlah dengan Jacob, it'll make you feel better a lot. "
" M-Mira ? "
Serta-merta aku menoleh apabila suara asing itu menjengah telinga.
" What ? Suara saya macam perempuan sangat ke ? "
Minho rupanya. Datang tak beritahu. Ekurag-kurangnya buatlah bunyi supaya aku tahu yang ada orang menghampiri aku dari belakang.
Hampir terkejut aku dibuatnya.
" Macam mana awak tahu nama kucing saya ? Saya tak pernah cerita pun tentang mereka kat awak- "
" Mira yang beritahu kami. " Minho menunjuk ke arah sofa biru di hadapannya, di mana ada seekor kucing sedang elok tertidur. " Itu Crystal kan ? "
Nice try but no.
Tapi at least Minho tahu yang aku ada kucing bernama Crystal, dan dia tahu dari mulut Mira pula tu.
" Awak pun rapat dengan Mira rupanya. Nampaknya memang saya seorang jelah yang tak tahu Mira dan sinmun adalah orang yang sama ? "
Minho dapat membaca riak wajahku yang tak seriang selalu, dia pantas mengambil tempat di sebelahku dan tiba-tiba jadi kawan yang baik.
Minho menepuk bahuku, gaya bro, " Dah dua hari awak tak datang sekolah dan tak jawab panggilan kami. Peminat awak pun tak henti-henti tanya keadaan awak selepas prom night tu tapi kami tak dapat nak jawab sebab kami sendiri pun tak tahu. Are you okay, Hyunjinnie ? "
Aku mengangguk perlahan.
" Saya okay. Cuma malu nak berhadapan dengan Jisung. "
" Jisung ? Apa yang nak dimalukan ? Awak berdua dah macam adik-beradik, selalu sangat bersama sampai saya asyik keseorangan berjalan di belakang ! "
😂😂
Realiti di mana aku jatuh cinta dengan teman wanita kawan baik sendiri masih menyakitkan.
Berbanding rasa kecewa kerana Mira tak terima aku, aku lebih benci dengan diri sendiri sebab dah tikam belakang Jisung selama ni.
" Well saya dah banyak kali cuba buat Mira jatuh cinta pada saya dan cubaan saya sometimes agak keterlaluan. Dan paling teruk sekali, saya minta dia datang bawakan hadiah untuk Mira semasa saya buat confession sedangkan they already in a relationship ! Depan mata dia ? Ahh teruknya saya ! "
Minho sekadar mengangguk. Reaksinya yang biasa buatkan aku nampak terlebih dramatik.
Tak nak terkejut atau sumpah aku jadi periuk ke? Kenapa dia tenang sangat sedangkan aku hampir mengalir air mata meluahkan perasaan ni ?
Ah biarlah. Dapatlah juga aku luahkan sedikit apa yang aku dah pendam sejak prom night tu. Dia yang kena tadah telinga, aku pula dapat tenangkan diri.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨