Mira's POV
Kayuhanku pagi ini terasa amat ringan. Angin pagi yang menyentuh pipiku terasa amat nyaman dan menyegarkan sebagai permulaan hari.
Tiba di hadapan rumah Jisung. Aku nampak Jisung melambai dari tingkap biliknya. Sementara tunggu dia turun, sempat lagi aku membetulkan rambut hadapanku yang sedikit kusut ditiup angin.
" In a good mood huh ? " Jisung mengambil surat khabar yang aku hulur padanya. Dia meletakkan surat khabar itu di rak kasut di pintu rumahnya agar ayah dia boleh ambil dan baca. Ironi betul Jisung beria mahu beli surat khabar setiap hari tapi dia sendiri tidak bacanya walau sepatah perkataan pun.
" Mestilah, awak dah maafkan saya. Rasa lega sangat-sangat. Lagipun dapatlah saya minta nota Sains awak untuk exam yang makin hampir ni. "
" Oh jadi awak berbaik dengan saya hanya sebab nakkan nota saya ? "
" Yup. "
" Wahh tapi sorry bro, saya dah bakarnya. "
" APA ?! "
Jisung ketawa sebaik sahaja melihat aku terkejut separuh mati. Mana tidaknya, dia sudah janji sebelum ni nak bertukar nota dengan aku. Result Jisung untuk subjek Sains agak hebat jadi ya... nota dia amat penting untuk aku.
Dan dia suka hati bakarnya ?
" Joking. Harganya 10,000 won untuk setiap perkataan dalam nota saya- Argh ! "
Tanganku automatik membentuk penumbuk lalu mengetuk kepalanya.
" Nak mati ke ? Boleh pula bergurau tentang tu ! "
" Hahahhaahahhaa okay sorry sorry. Awak boleh pinjam nota edisi terhad milik Han Jisung ni. Saya tak pernah pinjamkannya kepada sesiapa tau, awak sepatutnya berbangga. "
Dengan perasaan geram yang masih berbaki, aku mengambil buku nota di tangannya. " Wah saya dapat pegang buku istimewa Jisung. "
" Tak ikhlas langsung. Do it again. "
Haish dia ni memang sukakan perhatian sungguh.
Tamat waktu persekolahan, aku terus menaiki bas menuju ke perpustakaan awam di Gangnam. Jisung janji akan tunggu aku di sana terlebih dahulu memandangkan aku terpaksa keluar lambat sebab ada mesyuarat kelab seni.
Kesian pula dia tunggu lama....
Aku keluarkan telefon bimbitku.
Han Jisung
Me : saya dalam perjalanan ▶️
Baru sahaja aku mahu menekan butang send, seseorang menyentuh bahuku.
" Ini perhentian awak. Pergi turun sekarang. "
" A-apa ? O-o-okay... " Tanpa sedar, aku turuti saja kata-kata gadis itu.
Turun dari bas, aku melihat papan tanda di perhentian yang jelas bertulis YONGSAN.
"I-ini bukan Gangnam.... " mataku kembali terarah kepada gadis di dalam bas tadi. Dia tersenyum lebar kepadaku sambil melambai secara tiba-tiba.
Rupanya aku ditipu. Dia cuma mahukan tempat duduk aku sebab bas itu sudah penuh dengan penumpang. Dia pula baru sahaja naik bas dan berdiri sebelah aku tak sampai lima minit.
Yah !
Tiada gunanya aku mahu mengejar pun, bas itu sudah bergerak pergi.
YOU ARE READING
𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 || 𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠
Fanfiction"Minat dan suka, it's a two different thing" [Stray Kids Han Jisung malay fanfiction] Begin : 30th March 2020 End : 1st August 2020 Happy STAY Day ✨