chapter 01

1K 141 40
                                    

"selamat pagi, adik" sapa Taehyung seraya mengosok rambutku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"selamat pagi, adik" sapa Taehyung seraya mengosok rambutku. aku mengulingkan bebola mataku. aku cukup tidak suka dengan panggilan 'adik' tolonglah Taehyung. aku tak sayang kau sebagai seorang abang tapi sayang aku. aku lebih daripada tu. 

"kenapa muka masam je ni?" Soal Taehyung dengan nada yang risau. aku mendongak lalu mataku menatap wajah kacak milik Taehyung. aku mengetap bibir menahan rasa. mahu sahaja aku luahkan apa yang terbuku di dalam hati aku.

namun, aku tahu. jika aku luahkan perasaan ini. banyak masalah yang akan timbul. lagi pun. mahukah Taehyung bersama dengan aku? seorang remaja yang berusia 17 tahun dan masih lagi mentah?

"kenapa tengok abang macam tu?" aku tersentak apabila ditegur Taehyung. segera aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. jantung aku berdegup kencang. tanpa berkata apa-apa. aku terus meninggalkan Taehyung yang masih lagi terkebil-kebil.

🌸🌸🌸🌸🌸

"aku tengok kau tak turun rehat tadi" kata Jungkook. sebungkus roti berkrim dan juga sekotak susu diletakkan ke atas meja   aku, aku berhenti mengelamun lalu tersenyum nipis kepada Jungkook.

"terima kasih. susah-susah je." kataku. air  kotak susu itu aku capai. Jungkook melabuhkan punggung di sebelahku.

"Hyunjin. boleh aku tanya kau satu soalan?" Soal Jungkook. aku berhenti menyedut air susu kotak lalu mengangguk perlahan "boleh. tanya lah"

"kau suka abang angkat kau?" Soal Jungkook sekali gus membuatkan aku tersedak air susu. aku menepuk dadaku berulang kali.

"ke..kenapa kau tanya aku macam tu?" Soal aku pula. tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja.

"cara kau pandang dia. tak macam kau pandang lelaki lain. aku lelaki. aku tahu apa maksud pandangan kau. Hyunjin" Kata Jungkook. Hyunjin diam tak terkutik.

"kau suka dia kan?"

"hmm. tapi dia tak akan suka aku. Jungkook. kau tahukan. dia cuma anggap aku sebagai adik dia dan tak lebih daripada tu lagi pun aku dengar semalam. dia cakap dekat ibu yang dia nak bawa teman wanita dia malam ni" luahku. airmata aku mula bergenang apabila teringat kata Taehyung sebentar tadi.

dia kata kepada ibu dia mahu membawa teman wanita dia makan malam di rumah.

kau tahu. betapa hancur dan kecewanya hati aku. sekian lama aku menahan rasa ingin menangis. akhirnya tangisan aku pecah. Jungkook disebelah mula memujuk.

"aku cintakan dia. Jungkook" kataku dalam tangisan. tubuh aku ditarik ke dalam pelukan. aku menyembamkan wajah aku ke bahu Jungkook, Jungkook mengusap belakang tubuhku diusap perlahan.

Jungkook hanya diam. tanpa Hyunjin sedar. ada satu hati yang tersakiti.

t🌸🌸🌸🌸🌸

aku menundukan wajahku. mee spaggeti di dalam pinggan itu aku kuis-kuis mengunakan sudu garfu. tak ada selera nak makan. lagi-lagi bila tengok wajah teman wanita Taehyung.

"Soojin. nanti datanglah lagi rumah ibu" kata ibu dengan penuh sopan. Soojin. sekali gus merangkap kekasih kepada Taehyung itu hanya tersenyum manis.

apa ni ibu? baru jumpa sekali dah nak bahasakan diri ibu-ibu. aku mengenggam kuat sudu garfu ditangan. rasa sakit, cemburu dan sedih bercampur-baur.

"Soojin nak tahu. walaupun Taehyung cuma anak angkat makcik. tapi, makcik sayang dia macam anak makcik sendiri. Taehyung ni baik orang nya. kamu beruntung dapat dia dan kamu pun apa kurang nya Soojin. kamu cantik dan lemah lembut. ibu suka" Puji Ibu. telinga aku berdesing. aduhai kenapalah ibu nak puji sangat perempuan ni.

"adik kenapa tak makan?" Soal Taehyung. aku mengetap bibir lalu sudu garfu di gangan aku hempas ke dalam pinggan. bunyi kuat yang datang daripada sudu garfu itu menarik perhatian semua orang di meja makan.

"Hyunjin. kamu ni kenapa? tak ada adab?" soal ayah tegas. dadaku berombak menahan rasa. wajah Soojin aku pandang sekilas sebelum aku mengalihkan pandangan aku ke arah Taehyung.

"Hyunjin naik dulu" kataku sepatah seraya meninggalkan mereka. aku mendaki anak tangga. sebaik sahaja sampai di dalam bilik.

barang-barang di atas meja alat solek itu aku campak semuanya ke lantai. cecair jernih mula membasahi pipiku. aku menekup mulutku menahan tangisan.

semakin lama aku simpan perasaan ini, semakin sakit aku rasakan.

🌸🌸🌸🌸🌸

"ibu ayah. jangan tinggalkan Taehyung" seorang remaja berusia 17 tahun itu menangis teresak-esak di hadapan kubur ibu dan ayahnya. air hujan yang membasahi bumi itu seakan-akan bersimpati dengan nasib remaja itu.

makcik bae juga turut menangis. kasihan Taehyung. di usia yang muda ini dia di uji. semalam ketika keluarga encik kim keluar mahu menyambut hari lahir Taehyung. mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hanya Taehyung seorang sahaja yang terselamat.

"a..abang" si kecil Hyunjin mengangkat jarinya menunjuk ke arah Taehyung yang sedang menangis teresak-esak. makcik bae mengenggam erat tangan anak perempuan

makcik bae mendekati Taehyung.

"kamu tak berseorangan Taehyung. kamu ada makcik, pakcik dan Hyunjin. kami akan jaga kamu macam darah daging kami" makcik bae memeluk tubuh Taehyung. Taehyung diam buat seketika.

"Hyunjin, kalau abang Taehyung tinggal dengan kita. Hyunjin suka tak?" soal makcik bae. Si kecil Hyunjin tersenyum seraya menepuk tangan. dia melompat-lompat dek gembira.

"yeay! abang Taehyung duduk dengan kita!"

🌸🌸🌸🌸🌸

Hyunjin tersenyum nipis. dia masih ingat sewaktu kali pertama Taehyung hadir di dalam hidupnya. betapa gembira nya dia saat itu. jika boleh dia putarkan masa. dia mahu kembali ke saat itu. saat di mana dia dan Taehyung masih kecil.

"kau tak akan faham perasaan aku. kan Taehyung..." kata Hyunjin sendiri. airmata mula bergenang ditubir mata. apa pun yang terjadi. cinta dia hanya untuk Taehyung.

🌸🌸🌸🌸🌸

macam mana dengan chapter 01? okay ke? honestly. anis nervous gila nak pub chapter 01 sebab dah lama tak menulis lagi satu lagi takut hambar hikss😭harap korang suka dengan cerita ni. kalau cerita ni okay. saya update lagi ya? btw jangan lupa dengan lagu yang saya listkan dekat atas. nak bagi tambah lagi feeling gitewww ecewahhhh. me love you♥️

Age||KTHWhere stories live. Discover now