aku menutup kedua belah kelopak mataku sambil menghirup udara segar. aku tersenyum nipis setelah berapa lama aku menangis kini aku merasa sedikit baik. aku membuka mataku kemudian menoleh memandang Jungkook yang berdiri disebelah ku"Macam mana. dah okay?" Soal Jungkoo. aku hanya mengangguk "Pandai kau cari tempat." ujarku. Jungkook hanya tersengih "sebelum kita ke sini. aku dah cari tempat yang menarik" Kata Jungkook. dia mendekati aku lalu rambut panjang aku di ikat mengunakan getah ikat rambut.
"tada! sekarang kau boleh tengok pulau jeju yang cantik ni dengan tenang. tak adalah mata kau tercucuk rambut kan." kata Jungkook. aku hanya ketawa sedikit. mataku kini beralih ke arah air laut dihadapan aku
"Jungkook, terima kasih." ucapku. Jungkook memandangku sekilas "Untuk?" soalnya. aku tersenyum "sebab selalu ada dengan aku. kau pandai pujuk aku bila aku sedih, kau pandai layan perangai aku d—" belum sempat aku mahu menghabiskan kata-kata aku. Jungkook terlebih dahulu memotong.
"boleh layan kebodohan kau yang tahap 7 keturunan." Seloroh Jungkook. aku mengetap bibir lalu tubuh lengan Jungkook aku pukul. lelaki itu menjerit sakit.
"sakit lah!"
"siapa suruh kau cakap macam tu dekat aku!"
"dahlah pendek, cengeng lepas tu pukul orang!"
"apa kau cakap? pendek? sini kau!" aku mengejar Jungkook yang sudah lari ke depan. Jungkook katawa suka manakala aku sudah lelah dek berlari.
aku duduk di atas rumput sambil memegang dada aku "Jungkook. Tolong!" Jeritku kemudian aku rebah ke atas rumput. sengaja berlakon kena semput.
"Hyunjin. kau okay tak?!" Jungkook berhenti berlari kemudian segera mendapatkan aku. wajah lelaki itu jelas kelihatan risau. aku memegang dadaku "A..aku" aku menutup mataku.
"Hyunjin kenapa ni?!" Jungkook mengoncangkan tubuhku. aku masih lagi berlakon. aduhai. bodoh betul Jungkook ni. aku mengetap bibir.
"HAHAHHA!" aku ketawa suka. muka Jungkook pucat kerana terlalu risau. Jungkook mengetap bibir "Tak guna punya pendek." tangan Jungkook naik ke pinggang aku lalu pinggang aku digeletek.
"Jungkook. Berhenti!" rayuku. seperti cacing kepanasan. aku mengelupur dek geli di geletek "berhenti tolong!" rayuku lagi. Jungkook berhenti mengeletek aku.
aku dan Jungkook saling memandang. aku tersenyum ke arahnya. Jungkook juga turut membalas senyuman aku.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Jaga diri kamu di tempat orang. Taehyung." Kata Ayah seraya menepuk perlahan bahu Taehyung, Taehyung mengangguk. dia tersenyum nipis "Baik. Ayah pun jaga diri juga, Ibu dan Hyunjin." Mata Taehyung yang tadi nya memandang wajah Ayah kini beralih memandang aku.
mata aku dan dia bertembung walaupun hanya berapa saat. aku dapat rasakan jantung aku berdegup kencang seperti aku baru sahaja berlari di satu padang yang besar.
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.