aku mencapai beg galasku yang terletak di atas kerusi itu. selesai memakai beg. aku membuka pintu bilikku. sebaik sahaja pintu terbuka. mataku terus menatap wajah Taehyung yang baru keluar daripada bilik.
biasa nya setiap pagi. lelaki itu akan menyapa aku dengan senyuman dan ucapan selamat pagi namun setelah aku meluahkan perasaan aku pada malam itu.
Taehyung dan aku langsung tidak bercakap dan lelaki itu juga tidak pernah tersenyum seperti sebelum ini ataupun lebih senang aku katakan.
dia, berubah 360 darjah.
sejujurnya. aku rasa agak serba salah. kerana aku. hubungan aku dan dia tidak seperti dulu. tetapi, dalam masa yang sama aku lega. sekurang-kurangnya aku tak tipu Taehyung tentang perasaan aku.
"Hyunjin! cepatlah. abang dah tunggu dekat dalam kereta!" suara ibu menyedarkan aku daripada lamunan. aku segera mengorak langkah ke dapur.
🌸🌸🌸🌸🌸
sudah dua minggu berlalu. aku dan Taehyung masih lagi tidak bertegur sapa dan kerana hal itu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terganggu.
aku cuba untuk memberi perhatian pada cikgu lee yang sedang mengajar dihadapan tetapi fikiran aku sekarang sangat terganggu.
'ini semua salah kau. Hyunjin'
sejak daripada semalam aku tidak boleh berhenti menyalahkan diriku. adakah selepas ini aku dan Taehyung akan jauh?
"Hyunjin. tolong beri tumpuan ketika saya sedang mengajar!" tegur cikgu lee. aku berhenti mengelamun lalu segera aku memberikan tumpuan aku pada cikgu lee.
"kau okay?" bisik Jungkook seraya menyiku lenganku. mataku yang tadinya memandang cikgu lee kini beralih memandang Jungkook disebelahku.
aku mengangguk.
"aku okay. jangan risau okay?" aku tersenyum nipis. aku tak mahu Jungkook risau lagi pun aku tahu Jungkook ini tak boleh kalau aku ada apa-apa masalah.
katanya. masalah aku adalah masalah dia juga.
🌸🌸🌸🌸🌸
'Hyunjin cintakan abang' Taehyung meraup wajahnya lalu rambutnya dikusutkan. wajah Hyunjin bermain difikiran. suara Hyunjin seakan-akan berbisik ditelinganya.
"kenapa aku tak boleh berhenti fikirkan Hyunjin?" Omel Taehyung. dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. dia cuba untuk melupakan apa yang dikatakan oleh Hyunjin pada dua minggu lepas.
namun kata-kata Hyunjin masih jelas di telinga nya.
"Sayang. kenapa termenung?" Taehyung tersentak apabila merasakan bahunya disentuh dia mengangkat wajahnya memandang wajah cantik teman wanitanya.
"tak ada apalah. bila masa awak masuk?"
"tadilah. itulah termenung sampai tak sedar saya ya? awak termenung ingat apa? ingat tentang rancangan perkahwinan kita ke?" Soojin tersenyum.
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.