"Terima kasih.." Ucap Kevin sambil tersenyum ke arah pekerja di dalam restoran itu. setelah selesai membayar makanan. Kevin melangkah mendekati Jungkook yang sudah pun mabuk.
mana tak mabuk. 7 botol air minuman keras di teguk oleh Jungkook seorang. Kevin segera memapah Jungkook ke kereta "Berat nya juga Senior ni." omel Kevin sendiri. tercungah-cungah dia membawa Jungkook ke kereta.
sampai sahaja di kereta. dia membuka pintu di bahagian penumpang. tubuh Jungkook di tolak masuk ke dalam kereta manakala Jungkook pula sudah membebel. entah apa yang lelaki itu bebel kan. Kevin juga tak tahu.
maklumlah. kerana terlalu lama menetap di canada jadi bahasa korea Kevin masih belum fasih.
"Rumah senior dekat mana. saya nak hantar." Soal Kevin sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Jungkook menyeluk poket seluar lalu telefon pintar nya di tarik keluar.
"Kau ikut ni." Kata Jungkook. telefon pintar nya di serahkan kepada Kevin, Kevin menyambut telefon Jungkook. berkerut dahi Kevin.
"Betul ke alamat ni? setahu saya. Senior du—"
"Ish kau ni bawa jelah!" bentak Jungkook, Kevin menelan air liur walaupun dia tahu Jungkook sedang mabuk tetapi lelaki kelihataan begitu menakutkan.
lagi pun. kalau di hospital. siapa yang buat silap sikit. tengoklah Jungkook membebel. daripada pagi sampai ke malam pun belum tentu habis.
🌸🌸🌸🌸🌸
Aku memulas tombol pintu kemudian daun pintu bilik tetamu itu aku tolak. aku memeluk tubuh sambil melihat Jungkook yang masih lagi tidur nyenyak. Wah wah. seronoknya kau tidur Jungkook. semalam dahlah menyusahkan aku.
boleh pula lelaki itu dalam keadaan mabuk datang ke rumah aku. kalau ikutkan hati aku. memang aku mahu halau sahaja Jungkook tetapi disebabkan semalam hujan. aku biarkan Jungkook menumpang disini walaupun aku masih sakit hati kerana hal semalam.
"Jungkook, Bangun." Kataku seraya menepuk bahu Jungkook kuat namun lelaki itu masih lagi tidur nyenyak. wajah lelaki itu kelihatan pucat. aku meletakkan tangan ke atas dahi Jungkook.
Panas.
"Hurmm.." Jungkook membuka kedua belah kelopak mata nya. aku merenung wajah Jungkook. suasana di dalam bilik kini terasa sunyi.
"Hyunjin." Jungkook menarik lenganku sehingga membuatkan aku terjatuh ke atas dada bidang nya "Jungkook. kau ni ke—" belum sempat aku mahu menghabiskan kata-kata. Jungkook mengucup bibir ku sekilas. aku diam tak terkutik.
Jungkook tersengih lalu mengusap rambutku. mata dia tidak lepas daripada memandang aku. dapat aku rasakan pipi aku mula membahang. jantung aku mula berdegup.
kenapa dengan hati aku ni.
"Jungkook. kau sedar tak apa kau buat?" kataku tegas walaupun jauh dihati aku, aku rasa sangat berdebar "apa yang sedar?" Soal nya pula. aku menepuk dahi. Jungkook masih mamai lagi rupanya. baru sahaja aku mahu menjawab soalan Jungkook.
pintu bilik tiba-tiba ditolak oleh Taehyung. aku segera bangun daripada posisi tadi. Taehyung yang sedang mendukung Hyun itu memandang aku dan Jungkook silih berganti.
"Maaf menganggu. sa—"
"Hyun-ah. Jom kita turun bawah." aku memotong percakapan Taehyung lalu Hyun di tangan Taehyung di aku dukung. aku segera keluar daripada bilik tetamu.
Jungkook bodoh, bodoh dan bodoh!
🌸🌸🌸🌸🌸
Aku menutup api dapur kemudian telur goreng di dalam kuali itu aku angkat mengunakan sudip. telur goreng tadi disusun ke dalam pinggan. aku mengerling sekilas ke arah jam dinding yang menunjukkan jam pukul 12:00 tengahari.
sempat lah tu aku makan tengahari sebelum pergi ke butik. telur goreng di dalam pinggan itu aku bawa ke meja makan. Jungkook dan Taehyung sedang bersembang manakala Hyun duduk di atas kerusi bayi.
"Makanan dah siap." aku meletakkan pinggan yang berisikan telur goreng itu ke atas meja makan. aku tersenyum bangga apabila melihat lauk-pauk yang dimasak oleh aku.
"Duduk lah." serentak Taehyung dan Jungkook mempelawa tempat duduk di sebelah mereka. mereka berdua saling berpandangan. aku berdehem kemudian mengambil tempat di sebelah Hyun.
"Jemput makan." kataku. mereka berdua mengangguk "Boleh hulurkan daging bulgogi." pinta ku. serentak itu juga. Taehyung dan Jungkook memegang pinggan bulgogi.
"Tak apa biar saya yang hulutkan." Kata Taehyung namun pinggan berisikan bulgogi itu ditarik oleh Jungkook "Tak apa. saya dekat." Kata Jungkook. pinggan itu terus ditarik oleh Taehyung.
aku mengulingkan bebola mataku kemudian bingkas berdiri sambil membawa mangkuk nasi "Tak apalah. aku ambil dekat dapur." baru sahaja aku mahu pergi. Taehyung terlebih dahulu menarik tangan aku.
"Duduk. tak payahlah bangun." Kata Taehyung kemudian pinggan bulgogi itu diletakkan di tempat duduk aku. sempat aku melihat Jungkook mencemik. aku mengeleng.
macam budak-budak.
setelah selesai makan tengahari. aku membasuh pinggan di dapur "Rajin kau sekarang. dulu bukan main malas." Jungkook yang baru sahaja tiba di dapur itu memerli aku.
"Jungkook, kalau kau datang dapur nak menyakitkan hati aku baik kau keluar sebelum aku basuh kau sekali." Kataku geram seraya menyental periuk mengunakan span basuh pinggan. Jungkook pula hanya sekadar memerhati.
lelaki itu menyandarkan tubuhnya di kabinet dapur. mata lelaki itu tidak lepas daripada memandang aku yang sedang sibuk membasuh pinggan.
aku berdehem. tidak selesa apabila Jungkook memandang aku, aku berhenti membasuh pinggan. pail air di singki itu aku tutup kemudian aku mengelap tangan mengunakan kain yang tergantung di tempat menyakut senduk.
"aku ada bungkus kan kau Sup Tauge. makan lah nanti. aku tengok kau mabuk teruk semalam." Kataku namun Jungkook langsung tidak memberi apa-apa respon. lelaki itu masih lagi menatap wajahku.
"boleh tak berhenti tengok muka aku macam tu." aku menampar lengan Jungkook, Jungkook ketawa suka. melihat lelaki ketawa. rasa sakit hati semalam mula hilang.
"Aku minta maaf menyusahkan kau semalam dan hari ni. aku dah nak balik sebab nanti malam aku kena masuk kerja." Ujar Jungkook, Aku mengangguk.
"Terima kasih untuk Sup Tauge." ucap Jungkook kemudian bekas berisikan Sup Tauge di atas meja itu ambil. baru sahaja lelaki itu mahu pergi. lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap aku.
Jungkook mendekati aku kemudian lelaki itu menundukkan sedikit tubuh nya. bibir di rapatkan ke telinga ku.
"Terima kasih juga untuk bibir semanis madu kau. Hyunjin." Bisik Jungkok, aku berdiri kaku. lidah aku kelu. Jadi, Jungkook tak mamai lah pagi tadi?
Jungkook, kau memang bodoh.
Haluuu. ada yang rindu ke cerita 'Age' 💫
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.