chapter 08

623 94 28
                                    

"Kenapa balik. kenapa tak tinggal saja dekat sana sampai mati?" Soalku dengan nada menyindir. aku memeluk tubuh. mata aku merenung sepasang mata hazel milik Taehyung.

"Abang tahu. Hyunjin masih marahkan aba-" belum sempat Taehyung menghabiskan kata-katanya. aku terlebih dahulu memotong "You left me for 5 fucking years! awak tak pernah mesej, telefon tanya khabar dan sekarang awak datang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Taehyung, awak ni tak ada muka ke? tak ada perasaan malu, bersalah?" hamburku. mata aku mula berkaca.

aku rasa sangat terkilan dan aku pula baru tahu bahawa Taehyung sudah memiliki seorang anak lelaki dan ibu ayah tak pernah bagitahu aku. sudahlah sakit kerana Taehyung tambah pula dengan ibu ayah sendiri.

"Ya. abang mengaku itu salah abang. Tapi, itu semua bersebab. tolonglah Hyunjin. bagi abang tinggal dekat sini untuk sementara waktu. nanti bila abang dah dapat kerja, duit abang keluar daripada rumah ni." Rayu Taehyung. lelaki itu bingkas berdiri kemudian melutut di hadapan ku. mata lelaki mula bergenang.

tidak pernah Taehyung terdesak sebegini sehingga sanggup melutut di hadapan aku. wajah lelaki itu jelas kelihatan sangat serabut dan sedih. aku mengalihkan pandangan. Ego bagaimana pun aku, aku tak sanggup melihat Taehyung melutut sebegini. aku masih ada hati perut.

"Saya bagi masa 3 bulan. kalau awak tak boleh cari kerja, duit. awak kena keluar daripada rumah ni." Kataku. aku berdiri kemudian menuju ke tangga.

"Oh dan ya. berhenti bahasakan diri awak abang. mulai dari hari ni. kita bukan adik-beradik lagi." tambah aku lagi. tanpa menunggu balasan daripada Taehyung. aku terus naik ke atas.

🌸🌸🌸🌸🌸

aku membuka kelopak mataku yang terasa berat. suara tangisan bayi kecil menyapa gegendang telinga ku. aku mengerling ke arah jam dinding sekilas.

4;30 pagi.

dalam keadaan yang mamai. aku bangun kemudian menuju ke bilik tetamu. sejak daripada tadi anak Taehyung menangis.

pintu bilik tetamu itu aku ketuk sebelum daun pintu itu aku tolak. Taehyung berdiri sambil mendukung anaknya yang tidak berhenti-henti menangis. aku segera mendekati Taehyung.

"Sini. biar saya dukung." Taehyung mengaku dengan wajah yang cemas kemudian bayi kecil itu diberi kepadaku. aku menyambut dengan berhati-hati. sudah lama aku tidak mendukung bayi kecil. takut juga.

"awak dah bagi susu untuk dia?" Soalku. Taehyung mengangguk "Dah. Tapi Hyun tak nak minum." kata Taehyung. riak wajah Taehyung kelihatan amat risau. aku membaringkan Hyun ke atas tilam kemudian baju Hyun aku selak. perut kecil Hyun aku tepuk perlahan.

kembung.

"awak isi air panas dalam botol susu lepastu bawa dekat sini. cepat sikit. Hyun kembung perut ni." Arahku. Taehyung akur. cepat-cepat lelaki itu turun sambil membawa botol susu.

selepas berapa minit. lelaki itu datang semula bersama botol susu yang berisikan air panas. botol susu itu bertukar tangan.

"bagi saya kain sapu tangan." Taehyung mula cemas dengan kelam kabut nya. lelaki itu mencari kain sapu tangan di dalam beg.

"ini dia." Kain sapu tangan diberikan kepada aku, aku terus membalut botol susu mengunakan kain sapu tangan kemudian botol susu itu letakkan ke atas perut Hyun.

lebih kurang dalam setengah jam. Hyun berhenti menangis. Taehyung menghela nafas lega "Terima kasih. kalau tak ada awak mungkin Hyun tak berhenti menangis." Ucap Taehyung. hati dia kini berasa lega.

"Sama-sama. Saya masuk tidur dulu." Pamit ku. Taehyung hanya sekadar mengangguk. aku mencium pipi Hyun sekilas. Hyun tersenyum suka. entah mengapa melihat senyuman Hyun hati aku dipagut rasa gembira. Taehyung disebelah hanya menjadi pemerhati. sempat aku melihat lelaki itu tersenyum nipis.

jantung aku mula berdegup kencang. segera aku menepis perasaan itu. aku bingkas berdiri kemudian menuju ke pintu bilik. baru sahaja aku mahu membuka pintu. Taehyung mula bersuara.

"Hyunjin. boleh tak kalau awak tolong jagakan Hyun untuk berapa hari ini? saya tak boleh nak bawa Hyun sebab Hyun ni sensitif sikit kalau cuaca panas." Kata Taehyung. dia mengusap rambut Hyun. aku mengetap bibir lalu mengangguk perlahan.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Haknyeon. tolong tengok kan Hyun sekejap. saya nak 'Check'  barang." Arahku kepada salah seorang pekerja aku. Ju Haknyeon. Remaja berusia 19 tahun itu akur.

"Hyun. sini dekat abang." Haknyeon menghulurkan tangannya. aku terus memberikan Hyun kepada Haknyeon. nasib baik lah Hyun tidak meragam mana hari ni.

Haknyeon mendukung tubuh kecil Hyun, Hyun tersengih suka. aku yang menjadi pemerhati juga turut tersenyum. sejak aku menjaga Hyun dua tiga hari ini. aku tak adalah rasa bosan sangat. kadang-kadang bila aku penat bekerja seharian. lihat sahaja wajah Hyun. rasa penat itu hilang.

aku melangkah ke rak baju. berapa helai baju di dalam kotak itu aku keluarkan. mata aku mula bekerja. melihat rekaan baju yang baru sampai dan memastikan baju itu dalam kualiti yang baik. aku tidak mahu ada pelanggan yang bising tentang pakaian dibutik aku ini.

selesai di bahagian baju perempuan. aku bergerak ke rak baju lelaki. aku membelek-belek baju yang tersangkut di tempat sangkut baju itu sehinggalah tangan aku berhenti disatu baju kot lelaki.

"Cantik. Taehyung mesti suka rekaan macam ni." kataku sendiri. mata aku tidak lepas dari memandang baju kot yang baru sahaja aku ambil tadi. aku mengelengkan kepala ku. aku tak buat baik dengan Taehyung.

"Cik Hyunjin. saya rasa badan Hyun macam panas lah." Aku terus menyangkut semula baju kot itu kemudian memusingkan tubuh menghadapan ke arah Haknyeon yang sedang mendukung Hyun. mata Hyun berkaca seperti mahu menangis. bibir Hyun juga sedikit memuncung.

"Hyun sayang. kenapa ni." Aku mendekati Haknyeon kemudian tubuh kecil Hyun aku dukung. memang panas tambah pula hidung Hyun sedikit berair. hati aku mula berasa risau.

"Haknyeon. awak tolong tengokkan kedai. saya nak bawa Hyun ke klinik." Haknyeon mengangguk laju. aku mencapai tas tangan di atas sofa kemudian dalam keadaan tergesa-gesa. aku mendukung Hyun ke kereta.

Hyun pula sudah mula merengek.

aku membuka pintu kereta di sebelah menumpang. tubuh kecil Hyun aku letak ke dalam Baby Car Seat. aku memastikan tali pinggang di Baby Car Seat Hyun betul-betul kemas barulah aku pergi ke bahagian pemandu.

aku masuk ke dalam perut kereta. alat telekumonikasi di dalam poket seluar aku tarik keluar. nombor Jungkook terus aku dail.

🌸🌸🌸🌸🌸

Ju Haknyeon💫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ju Haknyeon💫

Uwuuuu Hyunjin ni ego-ego pun still ambil berat pasal anak Taehyung kann🤪

Age||KTHWhere stories live. Discover now