5 Tahun Kemudian...
Aku membuka luas tingkap bilik. sebaik sahaja tingkap itu terbuka. angin pantai terus meniup lembut menampar wajahku. aku tersenyum sambil menhirup udara segar di pulau jeju ini.
hati aku terasa tenang. setelah lama aku menahan rasa tertekan kerana terlalu sibuk bekerja di perjabat. jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu dan berehat di pulau jeju. satu-satu nya tempat yang mampu membuatkan aku tenang dan jauh daripada orang lain.
aku menyeluk poket seluar kemudian sekeping gambar polaroid ditarik keluar. aku tersenyum hambar sambil menatap gambar aku dan Taehyung. di dalam gambar itu aku dan Taehyung terlihat sangat gembira.
Hari ini, sudah genap lima tahun aku dan Taehyung tidak bertemu. sejak lelaki itu berkahwin dan berpindah ke negara Perancis. aku langsung tidak berhubung dengan nya.
aku hanya sekadar mendengar khabar melalui ibu ataupun ayah. cukup mendengar lelaki itu sihat sahaja sudah cukup membuatkan aku gembira walaupun sudah lima tahun berlalu.
cinta aku terhadap Taehyung tidak pernah hilang. rasa cinta aku kepada lelaki itu masih sama seperti dahulu. kadang-kadang datang aku rasa bersalah dalam diri aku kerana aku masih lagi mencintai Taehyung sedangkan aku tahu yang lelaki itu sudah menjadi suami orang.
aku tak mampu menipu perasaan aku sendiri. sudah berapa kali aku cuba lupakan Taehyung tetapi lelaki itu selalu ada di dalam fikiran aku, di dalam hati aku, aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus 'Berlari' di atas jalan yang tiada 'penghujung' walaupun aku jatuh tersungkur sehingga aku ter'luka' aku masih gagah kan diri untuk terus 'Berlari'
mata aku mula berkaca. begini lah aku, menangis kerana seseorang yang aku tak mampu miliki.
bunyi telefon yang menandakan panggilan masuk itu membuatkan aku tersedar dari lamunan. aku segera mengelap sisa airmata mengunakan telapak tangan. alat telakomunikasi di atas meja itu aku capai.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Soojin, bagitahu saya dengan siapa awak keluar tadi?" Soal Taehyung. lengan Soojin ditarik kasar sekali gus membuatkan Soojin berhenti melangkah "Saya keluar dengan sesiapa pun. itu tak ada kena mengena dengan awak lah Taehyung! boleh tak awak jangan buat saya serabut?!" Kata Soojin. nada dia naik seoktaf. Soojin berdengus kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur.
"Awak fikir saya taktahu ke yang awak keluar dengan lelaki lain?! Eh sedarlah Soojin. awak tu isteri saya dan mak kepada Hyun! tak cukup kami berdua sampai awak nak cari lelaki lain?!" Kali ini, Taehyung juga naik darah.
Soojin ketawa sinis "Baguslah kau dah tahu. aku cari lelaki lain sebab aku tak nak hidup dengan lelaki yang dah jatuh miskin macam kau! kau ni menyu—" belum sempat Soojin mahu meneruskan kata-katanya. tangan Taehyung naik menampar pipi Soojin.
"Aku tak sangka kau lebih pilih duit daripada suami dan anak kau. aku kecewa dengan kau Soojin." Kata Taehyung. suara lelaki itu mula mengendur. bagaikan dihempap batu yang besar. Taehyung begitu tidak menyangka bahawa Soojin akan berubah seperti ini.
"Ceraikan aku." Kata Soojin perlahan. Taehyung menundukkan wajahnya. suasana diantara mereka berdua terasa begitu tegang.
"Kalau itu yang kau nak. aku akan ceraikan kau tapi, dengan satu syarat. Hyun akan berada di bawah jagaan aku." Kata Taehyung. tanpa menunggu balasan daripada Soojin. Taehyung pergi meninggalkan Soojin.
Soojin mengetap bibir. rambutnya diserabutkan.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Dokter Jeon. berhentilah minum. esok kalau awak nak bedah orang macam mana." Kataku seraya menarik tangan Jungkook yang baru sahaja mahu menuang air Soju ke dalam cawan nya.
Jungkook mengulingkan bebola matanya "biarlah aku nak minum. kau ni sibuk je lagi pun esok aku cuti." Balas Jungkook, aku mengigit bibir "Tapi minuman keras tak elok untuk kesihatan kan sayang." sengaja aku mengusik Jungkook dengan memanggil dia dengan panggilan 'Sayang'
"Seronok juga kalau kau panggil sayang. cuba kau panggil lagi." kali ini aku pula diusik. aku menumbuk bahunya kuat "Aku nak usik kau, kau pula yang usik aku." Kataku. Jungkook tergelak lalu air soju diteguk rakus.
"aku tak usik. tapi aku maksudkan nya Hyunjin." Kata Jungkook pula. mata aku dan mata Jungkook bertembung. rasa janggal pula. aku berdehem kemudian melemparkan pandangan ke arah papan menu yang tergantung di dinding restoran ini.
"Hyunjin, kau masih tunggu Taehyung ke?" Soal Jungkook secara tiba-tiba namun soalan Jungkook itu aku endahkan. beg tangan di atas kerusi itu aku capai.
"aku kena balik. kau bayarkan ya." Kata aku kemudian terus meninggalkan Jungkook. aku melangkah menuju ke pintu restoran. aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini Jungkook cuba-cuba mengorek tentang perasaan aku.
mungkin kerana aku berbohong kepadanya bahawa aku sudah tidak cintakan Taehyung.
🌸🌸🌸🌸🌸
Aku menutup pintu kereta kemudian butang 'Lock' dikunci kereta aku tekan. pintu kereta itu aku buka sekali lagi untuk memastikan yang kereta sudah betul-betul terkunci. bimbang kerana sejak akhir-akhir ini banyak kereta dicuri di sekitar perumahan.
aku melangkah ke pintu rumah sambil membawa beg bagasi. rasa seperti mahu patah tangan aku kerana beg bagasi ini terlalu berat. kalau aku tahu. aku beli yang lebih kecil daripada yang ini.
aku menyeluk tangan ke dalam beg tangan. kunci rumah ditarik keluar kemudian aku terus membuka pintu rumah. malas mahu lambat-lambat kerana aku sudah tidak sabar mahu mandi dan berehat setelah berapa jam duduk di dalam kapal terbang. badan aku juga rasa melekit.
aku masuk ke dalam rumah. pintu rumah ditutup rapat dan dikunci. aku memusingkan tubuhku. kenapa lampu rumah terbuka? aku rasa aku dah tutup sebelum pergi ke pulau jeju ataupun aku yang lupa?
aku melangkah ke ruang tamu. dahi aku berkerut apabila melihat barang-barang bayi penuh bersepah di atas karpet. bunyi bayi yang menangis daripada tingkap atas membuatkan aku sedikit terkejut.
aku segera berlari naik ke atas tingkap atas. aku rasa aku tak salah dengar. bunyi bayi yang menangis dari bilik tetamu itu semakin jelas kedengaran. jantung aku mula berdegup kencang. bulu roma aku juga meremang.
aku memulas tombol pintu kemudian pintu bilik itu aku tolak kuat. bagaikan mahu gugur jantung aku apabila melihat wajah seorang lelaki yang amat aku rindui.
"Tae..Taehyung?" Secara automatik. nama lelaki itu aku sebut. aku berdiri kaku dihadapan pintu bilik sambil melihat Taehyung yang sedang memeluk seorang bayi yang sedang menangis.
🌸🌸🌸🌸🌸
Macam mengarut je nyahhh😭apa-apa pun selamat membaca🥺♥️
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.