chapter 03

773 117 59
                                    

"macam mana sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"macam mana sekolah. okay?" Soal Taehyung sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta. aku mengangguk seraya meletakkan beg sekolah ku ke belakang seat kereta.

aku mengukir senyuman manis. seronoknya kalau Taehyung ambil aku hari-hari "adik ikut abang pergi pejabat boleh tak? abang tak sempat nak hantar adik sebab ada meeting penting" kata Taehyung.

"tak apa. adik okay je" balasku. aku menyandarkan tubuhku ke seat kereta. sekali-sekala aku mencuri pandang sekilas wajah kacak Taehyung.

walaupun lelaki itu sudah berusia 27 tahun. tetapi lelaki itu masih kelihatan muda dan kacak. jauh beza kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan dia yang lain.

"kenapa tengok-tengok abang ni. ada nak apa-apa ke?" tegur Taehyung. segera aku mengalihkan pandangan ke lain.

"saja" balasku sepatah. Taehyung tersengih lalu dia mengusap kepalaku bagaikan anak kecil. aku tersenyum sendiri.

🌸🌸🌸🌸🌸

aku mengangkat wajahku memandang Taehyung dan Soojin yang sedang rancak berbual. selepas pulang daripada syarikat Taehyung. dia membawa aku ke restaurent untuk makan malam.

tapi. aku tak tahu pula dia mengajak teman wanita nya sekali. huh, kenapalah dia perlu bawa Soojin sekali. dia tak tahu ke yang aku cuma mahu berduaan dengan nya?

aku berdehem perlahan. cuba mencuri perhatian dua manusia itu namun mereka langsung tidak memandangku. bahkan membuat aku seperti tidak wujud.

nampaknya mereka berdua saling mencintai satu sama lain. lihat sahaja pada mata Taehyung dan Soojin aku sudah tahu.

aku mengalihkan pandanganku ke arah lain apabila Soojin mencium bibir Taehyung sekilas. aku berdecit. perempuan ni memang tak tahu malu ke? tempat awam pun kau nak bercumbu?

aku kena buat sesuatu yang boleh curi perhatian Taehyung dan ya. aku dapat satu idea.

aku mengambil penyepit makanan. kerang  masih belum diusik di dalam pinggan itu aku ambil satu. aku harap ini menjadi.

setelah aku menghabiskan beberapa kerang. badanku mula terasa gatal. ya aku memang ada alahan pada makanan laut tapi ini sahaja caranya untuk mengalihkan perhatian Taehyung.

"Hyunjin. kenapa ni?" Soal Taehyung risau. dia memegang lenganku lantas aku menoleh ke arahnya. pipi yang terasa gatal itu aku garu. nampaknya alahan aku dah semakin teruk.

mata Taehyung yang tadinya memandang aku kini beralih ke pinggan makanan ku.

"Hyunjin makan kerang ke?" Soal Taehyung. aku hanya sekadar mengangguk. Taehyung bingkas berdiri dari duduknya. kunci kereta nya di campak ke atas meja.

"Soojin. awak bawa kereta. kita ke klinik sekarang" kata Taehyung. tubuhku di cempung manakala Soojin masih lagi terpinga-pinga.

"cepatlah! awak nak tengok Hyunjin mati ke?!" jerkah Taehyung. aku memegang dadaku yang terasa sakit. nafas aku kini tidak teratur.

"Tahan Hyunjin"

🌸🌸🌸🌸🌸

"nasib baiklah awak sempat sampai ke hospital. lain kali jangan makan kerang lagi ya" Kata Doktar kepadaku. aku hanya sekadar mengangguk lalu aku menundukkan badanku sedikit sebagai tanda hormat.

selesai aku dirawat. aku melangkah keluar daripada bilik doktar. cuba untuk mencari Taehyung dan Soojin namun langkahku terhenti di kaki lima apabila mendengar suara Taehyung dan Soojin yang sedang bertengkar. aku mula memasang telinga.

"awak jerkah saya depan orang ramai Taehyung. mana saya nak letak muka saya?" kata Soojin. wajah teman lelakinya di pandang. airmata dia mula bertangkung.

"Soojin. saya tak sengaja tengking awak. saya risau tengok keadaan Hyunjin tadi" pujuk Taehyung seraya memegang tangan Soojin namun Soojin menepis kasar tangan Taehyung.

"awak risau sangat dengan adik angkat awak sampai sanggup marah saya. macam tu?" Taehyung meraup wajahnya kasar "Saya minta maaf. Soojin. tolong jangan macam ni" Taehyung masih lagi setia memujuk. tubuh Soojin ditarik ke dalam pelukan.

"saya minta maaf ya. sayang?" dahi Soojin dikucup sekilas lalu belakang kepala Soojin diusap.

🌸🌸🌸🌸🌸

"adik rehat ya. kalau rasa tak sihat ke apa bagitahu abang" kata Taehyung dengan penuh perihatin. dia mengusap rambutku seraya menarik kain selimut menutupi tubuhku. aku mengetap bibir.

"abang masuk tidur dulu ya" pamit Taehyung. baru sahaja lelaki itu mahu keluar daripada bilik tidurku. aku terlebih dahulu menghalang. tangan Taehyung aku tarik.

"nanti dulu. ada sesuatu yang Hyunjin nak bagitahu abang" kataku. hati aku mula rasa berdebar. ini masanya untuk aku luahkan perasaan aku.

"bagitahu lah" kata Taehyung sepatah. dia membatalkan niatnya lalu lelaki itu melabuhkan punggung ke atas katilku. aku bangun membetulkan posisi.

aku menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Hyunjin suka abang" kataku. Taehyung hanya tergelak "yelah memang adik suka abang. aba—" belum sempat Taehyung mahu menghabiskan kata-katanya. aku terus memotong.

"tak. Hyunjin tak suka tapi Hyunjin cintakan abang" kataku dan kali ini senyuman dibibir Taehyung mula pudar. wajah lelaki itu kelihatan sedikit terkejut namun masih lagi di kawal.

"abang. Hyunjin cintakan abang. dah lama Hyunjin simpan perasaan ini. Hyunjin tahu ini agak mengejutkan tapi Hyunjin betul-betul cintakan abang." ucapku. aku meraih tangan kedua belah tangan Taehyung.

"boleh tak abang balas cinta Hyunjin. hm" Soalku. dalam masa yang sama aku sangat berharap. Taehyung dapat membalas cintaku.

"abang jawab" kataku apabila Taehyung hanya kaku. aku memeluk tubuh Taehyung. cecair jernih mula mengalir deras. tolong katakan sesuatu Taehyung.

"maafkan abang, abang tak boleh balas cinta Hyunjin" kata Taehyung sekali gus membuatkan airmata aku semakin deras mengalir. hati aku benar-benar sakit. untuk kali pertamanya aku rasa sangat-sangat sakit.

aku meleraikan pelukan lalu wajah Taehyung ditatap.

"tapi kenapa? sebab jarak umur kita ata-"

"sebab hati abang bukan pada Hyunjin. hati abang hanya untuk Kak Soojin"

"tapi kenapa dia!" kali ini aku naik gila. masih tidak dapat menerima kenyataan cinta aku ditolak mentah-mentah oleh Taehyung.

aku memegang wajah Taehyung lalu bibir lelaki itu aku cium. Taehyung menolak tubuhku "Hyunjin. ini dah melampau" kata Taehyung tegas lalu lelaki itu meninggalkan aku berseorangan.

dan pada malam itu juga. aku menangis sepuas-puasnya. cinta aku pada dia selama 10 tahun hanya disia-siakan.

🌸🌸🌸🌸🌸

macam mana dengan chapter 03? okay? anis rasa dah makin mengarut cerita ni😔apa-apa terima kasih siapa yang sudi baca, like dan komen cerita ni. saya hargai sangat-sangat🥺♥️ so korang dah ready ke untuk next chapter?

Age||KTHWhere stories live. Discover now