aku membuka kedua belah kelopak mataku yang terasa berat. aku dapat rasakan yang mata aku bekak. Ya lah. mana tak bekak. seharian aku menangis semalam nasib baik hari ni cuti.
aku bangun dari katil lalu kain tuala yang tersangkut elok di belakang pintu itu aku capai. langkah diatur ke bilik air.
selesai membersihkan diri. aku memakai baju dan seluar. hari ini aku ingat nak ajak Jungkook keluar. biar hilang sikit rasa Stress kerana hal semalam.
tombol pintu bilik aku pulas. daun pintu aku tarik dan sebaik sahaja pintu bilik aku terbuka luas. Taehyung sudah berdiri tercegak di hadapan pintu.
"adik" panggil Taehyung. aku hanya diam lalu mengalihkan pandangan aku ke arah lain. cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Taehyung.
"daripada semalam adik asyik marahkan abang. kenapa ni abang ada buat salah ke?" dengan penuh perihatin lelaki itu menyoal. entah mengapa tiba-tiba aku rasa bersalah.
"bagi tahu abang kalau abang ada buat salah. janganlah macam ni" pujuk Taehyung. tangan aku diraihnya. bagaikan terkena renjatan eletrik.
jantung aku berdegup kencang. tambah pula apabila sepasang mata berwarna coklat hazel itu merenung ke dalam anak mataku. aku jadi tak keruan. kenapa kau seksa aku macam ni. Kim Taehyung?
"hm tak ada apalah. adik cuma stress belajar semalam." kataku seraya menolak tangan Taehyung, Taehyung mengangguk.
"abang ingat abang ada buat salah. kalau macam tu tak apalah. lega sikit hati abang. ni adik cantik-cantik ni nak ke mana?" soal Taehyung. dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.
kau tahu tak yang kau tengah goda aku?
"nak keluar dengan Jungkook"
"ouh nak pergi dating eh?" usik Taehyung. senyuman dibibirku mula pudar. setiap kali aku ingin keluar bersama Jungkook pasti dia akan ingat yang aku dan Jungkook sedang bercinta.
tolonglah Taehyung. kenapa kau ni bodoh sangat? aku suka kau lah!
"boleh tak abang berhenti cakap macam tu? Hyunjin dengan Jungkook tak ada apa-apa lah" kataku. cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Taehyung.
"alaa padahal betulkan?"
"tak lah. mana ada"
"betulkan? baik mengaku"
"tak! kalau Hyunjin kata tak maknanya tak! abang faham tak!" kali ini aku mula berang. airmata aku mula bertangkung ditubir mata. Taehyung kaku.
"Hyunjin tak ada apa-apa dengan dia.." Kataku. airmata aku mula mengalir membasahi pipi. kenapa kau sensitif sangat Hyunjin?
"hey hey! abang minta maaf okay?" tubuhku dipeluk erat oleh Taehyung. aku mula menangis. pelukan dieratkan. aku mahu kekal seperti ini.
🌸🌸🌸🌸🌸
Jungkook berdiri di hadapan pintu masuk ke panggung wayang. tiket yang baru sahaja di beli tadi di pandang sekilas kemudian mata dia meliar mencari susuk tubuh sahabat baiknya. Hyunjin.
sudah hampir satu jam dia menunggu namun Hyunjin masih belum munculkan diri. Jungkook mengeluh. mana Hyunjin ni.
Ting!
bunyi telefon yang menandakan mesej masuk itu membuatkan Jungkook berhenti mencari Hyunjin. telefon pintarnya di tarik keluar daripada poket seluar.
Hyunjin Sayang♥️; Jungkook. aku minta maaf aku tak dapat datang. hari ni aku nak keluar dengan Taehyung. kau ajak lah siapa-siapa ya. bye!
Jungkook mengetap bibir. kertas tiket ditangannya di keronyokan lalu di campak kan ke dalam tong sampah berdekatan. rasa sedih, marah dan kecewa menjadi satu. Jungkook mengorak langkah keluar daripada pusat membeli belah itu.
"Jungkook, kau tengok ni tak lama lagi cerita ni nak keluar. aku teringinlah nak tengok" kata Hyunjin seraya menunjukkan telefon pintarnya kepada Jungkook, Jungkook mengangguk.
"bila cerita tu nak keluar?"
"minggu depan"
"okay. minggu depan kita tengok. aku belanja" kata Jungkook, Hyunjin memandang Jungkook "seriuslah?" soal Hyunjin tidak percaya "Ya. serius" balas Jungkook. tersenyum nipis.
"yeay! sayang kau!"
*********
"ini gaji kamu hari ni" kata pakcik lee. berapa helai duit kertas dihulurkan kepada Jungkook lalu duit tadi bertukar tangan dengan Jungkook, Jungkook menunduk hormat kepada pakcik lee.
selepas kelibat pakcik lee hilang. Jungkook melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. duit tadi di kira dengan teliti.
"akhirnya...cukup pun" Jungkook menyandarkan tubuhnya ke dinding. lega hatinya apabila dia berjaya mengumpul duit untuk membeli tiket wayang untuk Hyunjin. walaupun dia terpaksa berkerja lebih masa. dia tidak kisah. asalkan dia dapat mengembirakan Hyunjin.
"aku harap kau suka. Hyunjin"
🌸🌸🌸🌸🌸
"Jungkook. aku minta maaf" kataku seraya mengejar Jungkook yang sudah pun jauh meninggalkan aku. sejak daripada semalam lelaki itu tidak bercakap dengan aku.
"Jungkook. tolonglah jangan macam ni" aku menarik tangan Jungkook, Jungkook menepis kasar. dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah aku.
"tak payah kacau aku. Hyunjin. pergilah dekat abang kau tu" kata Jungkook dengan nada yang berdatar. riak wajah lelaki itu kelihataan marah dan kecewa.
"kau tahu tak aku kerja separuh mati semata-mata nak kumpul duit untuk belikan kau tiket wayang tu. aku cuba untuk buat kau gembira tapi kau tak hargai aku. Hyunjin" kata Jungkook lalu dia meninggalkan aku, aku hanya berdiri kaku sambil melihat Jungkook yang semakin jauh.
airmata aku mula bergenang.
🌸🌸🌸🌸🌸
Jungkook berhenti melangkah apabila merasakan tubuhnya dipeluk daripada belakang "a..aku..minta maaf" ucap Hyunjin disela seli dengan tangisan. dia memeluk erat tubuh Jungkook daripada belakang.
Jungkook kaku. jantung dia mula berdegup kencang. suara tangisan Hyunjin melemahkan hatinya. dia memusingkan tubuhnya. Hyunjin masih lagi tersedu-seda.
"shuh dahlah Hyunjin. kau tahu tak bila kau menangis muka kau macam kambing?" usik Jungkook, Hyunjin tergelak sedikit lalu dada Jungkook di tepuk kuat.
"kau saja kan"
"ey muka kambing" usik Jungkook lagi. geli hati dia melihat Hyunjin yang sudah memuncung sedepa tanda merajuk.
"kau tu arnab Jongang!"
"arnab lagi comel pada kambing. werk!" Jungkook menunjal dahi Hyunjin, Hyunjin mengetap bibir lalu kepala Jungkook diketuk kuat.
"kambing mengamuklah"
"yah Jeon Jungkook!"
🌸🌸🌸🌸🌸
halu, maaf jikalau chapter 02 masih hambar. tak apa kita chill-chiil dulu tarik nafas dah ready nanti kita naik roller coster okay? btw dah tengok ke belum Trailer cerita 'Age' 🥺kalau belum tengok korang boleh tengok dekat ig @bangtaneuls ataupun @Shomendesss kalau sudi follow lah sekali❤️
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.