"kami akan berkahwin tak lama lagi." Kata Taehyung sekali gus membuatkan aku berhenti mengunyah daging steak. aku mengangkat wajahku memandang Taehyung dan Soojin. mereka berdua tersenyum lebar jelas mereka kelihatan sangat gembira. tapi tak bagi aku.
"dah lama kami nak tengok kamu berkahwin Taehyung. akhirnya kamu akan berkahwin juga. Sojung kamu mesti tak sabar nak dapat kakak ipar kan." Kata Ibu seraya mengosok bahuku. aku hanya tersenyum nipis namun jauh di dalam hati aku. aku rasa sangat sakit.
airmata aku mula bergenang dan badan aku juga turut mengigil hebat. berita 'Gembira' yang di sampaikan oleh Taehyung ini begitu membuatkan aku terseksa. mahu sahaja aku lari dari sini dan menangis semahu-mahu nya.
sakit kerana cinta aku di tolak mentah-mentah masih lagi belum pulih kini ditambah pula dengan sakit yang lain. berapa banyak luka yang kau mahu tambah lagi. Taehyung?
"Selepas kami berkahwin. mungkin kami akan berpindah ke Australia." Kata Taehyung lagi. tak cukup dengan berkahwin sekarang aku dan Taehyung akan berpisah? Wah begitu kejam nya Tuhan mencipta takdir aku dan Taehyung.
"Kenapa kamu tak duduk sahaja di korea? kan lagi senang kalau kamu tinggal di tempat asal kamu sendiri." Kata Ayah seraya mencapai gelas wain nya di atas meja.
"kami nak cari pengalaman baru." Jawab Taehyung. Ayah hanya sekadar mengangguk lalu air wain yang masih tersisa di gelas itu teguk.
"Hyunjin, Kamu okay?" Soal Soojin. entah mengapa aku rasa soalan Soojin seakan-akan menyindir aku. aku mengetap bibir menahan rasa. aku tak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka.
"O..okay" Jawabku dengan sedikit gagap. bibirku sedikit bergetar. rasa ingin menangis aku tahan. kau boleh Hyunjin.
🌸🌸🌸🌸🌸
(Buka lagu di atas)
"Abang, boleh kita bercakap sekejap?" Soalku sekali gus membuatkan langkah Taehyung dan Soojin terhenti. mereka berdua menoleh ke arahku "Sure. cakaplah." Kata Taehyung. dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.
YOU ARE READING
Age||KTH
Fanfiction+Aku tak akan biarkan umur menjadi penghalang untuk aku terus mencintai dia, Kim Taehyung. seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada aku. kerana sekali aku kata aku cinta. aku cinta sampai mati.