Izzat-Izzatul atau nama panggilan... Ejat-Jaja.
Orang selalu tersalah sangka. Orang fikir mereka adalah kembar yang tak seiras sebab punya nama yang hampir sama. Yang sebetulnya mereka adalah SAHABAT.
Persahabatan mereka terjalin dari dalam perut ibu masing-masing lagi. Keakraban mereka bukan kaleng-kaleng. Main bersama, lepak bersama, masuk tadika bersama, masuk sekolah pun bersama. Pokoknya dimana ada Ejat di situ ada Jaja. Di mana ada Jaja di situ ada Ejat.
Orang cakap... Lelaki dan perempuan takkan boleh kekal jadi sahabat. Cepat atau lambat mesti salah seorang akan tergelincir. Samada si lelaki atau si perempuan. Mesti punyalah!
Tapi Jat dan Jaja menyangkal sekeras-kerasnya teori itu. Mereka yakin, malah mereka terlebih yakin bahawa Izzat-Izzatul akan kekal bersahabat sampai syurga.
Bagi membuktikan teori orang-orang itu salah, mereka telah membina satu 'tembok' tebal dari material 'konkrit' berkualiti tinggi juga termahal dalam dunia lalu 'diletakkan' ditengah-tengah antara mereka. Tak cukup dengan itu perkataan SAHABAT juga dilakar secara besar-besaran pada dinding tembok itu.
Namun apa kan daya... hati manusia Allah yang pegang. Bila Allah dah cakap 'Kun fayakun!', benda yang dielak akan berlaku juga.
Kalau nak tahu antara Ejat dan Jaja, yang mana satu tergelincir dan terlanggar tembok sehingga retak dulu jemputlah baca cerita merapu lagi klise ini.
Yang bakal baca, yang bakal vote, yang bakal komen, saiya nak cakap 'THANKS IN ADVANCE LAH KORANG!' dan jugaaakkk... Muahhhhh!!
***
#Ya, betullah tu. Memang Jat yang tu pun. Ni bukan sekuel tapi ni cerita watak Jat(Izzat) adik Intan permata dari Dah Nama Pun Jodoh. Sape ada baca cerita tu cer kasi emoji makanan 🍔🍔🍔. Kenapa makanan? Sebab saiya tengah lapar masa taip chapter ni 😂
#InshaAllah ini cerita ringkas je. Dan InshaAllah saya akan cuba habiskan dalam tempoh masa terdekat. 👌🏼
#Jumlah bilangan perkataan setiap chapter maybe ada yang pendek dan ada yang panjang. Ikut keadaan curahan idea macam mana 🤗
#Atas dasar penangan hebat dari drama Romantic Doctor Teacher Kim Season 2 maka untuk watak hero kali ni saya face-claimed kan jejaka ini...🤗🤗🤗🤗🤗
YOU ARE READING
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
Short StoryYang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana...