Bab 6 💕

2K 258 13
                                        

"Kau nak lari ke mana?" Chaeyoung terus menggigil tatkala mendengar suara garau dan kasar itu menyinggah telinganya. Tubuhnya ke belakang, memandang dua orang lelaki bertubuh tinggi itu.

"A.. aku minta maaf." Jimin yang tadinya di dalam bilik kini sudah berlari keluar. Lebih mengejutkan apabila Jimin terus memeluk kaki salah seorang lelaki tersebut. Kelakuan itu dipandang Chaeyoung dengan rasa tidak percaya.

"Ji.. Jimin.." Chaeyoung terduduk di lantai. Hanya memandang manusia yang berada di hadapannya dari jauh.

"Berapa kali aku minta kau datang jumpa aku? Aku rasa dah lebih 10 kali. Sekali pun batang hidung kau tak muncul." Kata Taehyung. Selamba rambut Jimin dicengkam dan didongakkan kepala itu supaya memandang wajahnya.

"Aku.. aku belum ada duit. Aku tak ada duit nak bayar hutang aku dengan kau."

"Barang-barang aku mana?" Soal Taehyung, keras. Jimin semakin mengaduh sakit. Rambutnya pedih dicengkam, sehingga mengalir air mata.

"Ba.. barang kau aku.. aku dah jual. Duit tu.."

"Mana duit aku?"

"Aku bayar balik. Aku janji." Sejurus ayat itu terucap dari bibir Jimin, sepantas kilat Taehyung keluarkan pistol dari belakang tubuhnya dan dihala ke arah Jimin.

"Bayar sekarang atau ganti dengan nyawa?" Soal Taehyung. Ternganga Chaeyoung. Dia ingin berlari ke arah Jimin tetapi dia tidak kuat dan tidak mampu. Segala perbualan Jimin dan lelaki itu benar-benar menyengat hati.

Jadi selama ini, Jimin meminjam duit dari lintah darat? 'Barang' yang disebut tadi, barang apa?

"Dadah?" Jimin memandang Taehyung. Tersenyum sinis lelaki itu.

"Nak ganti dengan dadah? Mana? Mana 'barang' yang aku amanahkan kau untuk jual dan jaga? Hmm? Mana?" Soal Taehyung. Ingin sahaja dilepaskan tembakan itu pada wajah Jimin.

"Aku.. aku tak boleh tahan. Aku terpaksa."

BANG!

Mata Chaeyoung terpejam. Dia menutup kedua belah telinganya. Bukan sekali tembakan itu dilepaskan, tetapi berkali-kali.

"Hancur." Suara Taehyung garau menyapa telinga. Bibir Chaeyoung bergeletar. Tidak sanggup dia ingin membuka matanya dan melihat apa yang terjadi di hadapan mata.

Tubuhnya menggigil. Dia dapat mengesan bahawa dirinya dapat dihidu di sebalik kabinet yang sederhana tinggi itu.

"Hei."

Chaeyoung diam. Tidak mahu membuka mata dan menurunkan tangannya dari menutup telinga.

"Hei, perempuan. Aku bercakap dengan kau." Suara garau itu lembut tetapi bahasanya kasar. Tangannya naik menyentuh bahu Chaeyoung. Tersentak Chaeyoung dibuatnya.

"To.. tolong, encik. Jangan.. jangan bunuh saya. Saya mengandung." Terhenti segala perbuatan lelaki itu tatkala mendengar rayuan Chaeyoung. Chaeyoung menangis memandang Taehyung.

Wajah itu penuh berharap agar tangan lelaki yang sedang memegang pistol ini tidak menghinggap tubuhnya walau seinci pun.

"Kau mengandung?" Soal Taehyung tidak percaya. Taehyung duduk mencangkung, menghadap wanita ini rapat sekali. Jungkook memerhati, hanya dari jauh.

"Ya, saya mengandung. Jangan bunuh saya."

"Macam mana lelaki tak guna tu jadi pilihan kau? Sedangkan segala duit dan harta, dia pinjam dari aku." Bisik lelaki ini. Perlahan, namun keras suaranya. Chaeyoung dengar tetapi bukan sekarang untuk dia bertanya lebih.

"Sa.. saya tak tahu. Kami tak kahwin lagi."

"Habis tu kau mengandung?"

Wanita itu diam. Lelaki in mula faham. Nafasnya terhela perlahan. Jimin benar-benar tak guna. Memang patut Jimin ditembak berkali-kali olehnya tadi.

"Ikut aku."

Kepala Chaeyoung terdongak. Walaupun dalam gelap kerana kurang cahaya, tetapi matanya sangat jelas melihat kesempurnaan wajah lelaki ini. Kacak, sempurna sekali ciptaan tuhan.

"Pergi ke mana?"

"Ikut jelah."

[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang