Bab 13

1.4K 214 54
                                    

"Apa lagi kau nak?" Ayat pertama yang keluar dari mulut Taehyung sebaik sahaja wajah seorang wanita yang sama umur dengannya muncul di muka pintu biliknya.

"Awak... please tolong saya. Saya tak tahan hidup dengan lelaki tu. Dia kaki pukul. Badan saya sakit-sakit kena pukul dengan dia setiap hari. Please, awak."

"Eunri, can you please stop? Aku dah penat nak dengar semua benda tu. Dulu kau tinggalkan aku dengan anak kau sebab jantan tu kan? Sekarang kau datang balik dekat aku sebab kena dera pula? Yang nak tinggalkan aku tu pilihan kau. Bukan aku yang suruh." Tajam mata Taehyung memandan susuk tubuh Eunri yang kini hampir dengannya. Jungkook ke belakang, melihat keadaan yang bakal menjadi buruk sekiranya bekas isteri Taehyung berada di situ. Dia akan memastikan Taehyung tidak angkat tangan atau melakukan sesuatu yang berada di luar jangkaannya.

"Tapi, saya dah menyesal sebab tinggalkan awak dengan anak kita. Saya nak awak dengan Noah semula. Saya nak jaga dia."

"Aku dah ada orang lain yang boleh jaga dia."

Mata Jungkook kini tertumpu ke arah rakannya. Bibirnya senget tersenyum. Bravo, kawanku!

"Taehyung, saya nak jumpa Noah. Sekali je. Saya tak pernah pegang dia lepas saya lahirkan dia. Sekarang dia dah besar, mesti dia tak kenal siapa saya." Eunri mencuba lagi. Selagi dia mampu, dia akan teruskan untuk memujuk Taehyung kembali. Tidak akan sesekali dia pulang dengan tangan kosong. Kesan lebam dan calar di tubuhnya masih berkesan angkara si buruk suami. Jika dia mampu memujuk Taehyung untuk kembali bersama, dialah perempuan paling bahagia.

"Aku dah bagitahu dekat anak aku yang mak dia dah lama mati. Kalau kau bagitahu dekat Noah kau mak dia pun dia tak akan percaya. Dia percaya, mak dia dah lama tak ada." Terdiam Eunri. Tangan kuat mencengkam. Sakit hati dan pedih mendengar ayat pedas itu.

"Sampai hati awak buat saya macam ni."

"Aku sebut ayat tu 4 tahun lepas, sekarang kau ulang ayat yang aku pernah merayu dekat kau. Tak malu ke?" Sekail lagi terkena peluru berpandu milik Taehyung. Eunri kehilangan kata-kata. Hanya air mata yang bertakung di kelopak. Gagal.

"Baliklah. Kau hidup dengan pilihan hati kau berbanding aku. Aku tak perlukan kau pun. Balik. Jungkook, buat kerja kau." Tanpa memandang wajah sesiapa. Dia lebih fokus memandang skrin komputer dan meneruskan apa-apa kerja yang dia perlu lakukan. Walhal satu apa pun dia tidak mampu buat. 

Jungkook memberi isyarat mata terhadap Eunri. Eunri terpaksa akur walaupun berat hati. 


- - - - - - 


Pintu rumah dikuak luas. Nafasnya terhela panjang dan berat. Serabut kepalanya memikirkan pelbagai masalah yang timbul. Lebih-lebih lagi hal Eunri. Entah macam mana waktu begini hendak muncul kembali. Sungguh tidak sesuai.

"Eh, tuan?" Suara pembantu rumahnya menyapa telinga. Jungkook memandang Makcik Hwa yang sedang berjalan ke arahnya dari dapur.

"Ya, makcik. Saya balik hari ni. Nak tengok Noah dengan... Chaeyoung." Tersenyum nipis Makcik Hwa ketika mendengar ayat pengakuan itu.

"Noah dengan Chaeyoung ada dekat atas. Waktu sekarang Noah dah tidur ni. Dah malam, kan."

"Chaeyoung?" Tanya Taehyung. Tetapi Makcik Hwa hanya mengangkat bahu sahaja. 

"Entahlah. Dia macam kurang sihat sikit tadi. Makan sikit lepas tu muntah balik." Terdiam sebentar Taehyung mendengar penjelasan pembantu rumahnya. Kedudukan tubuh kini berhadapan dengan Makcik Hwa. Tadi hanya dari tepi sahaja. Mahu lebih fokus mendengar semuanya tentang keadaan Chaeyoung hari ini.

"Morning sickness?" 

"Ya. Mengandung, kan? Tapi nampak teruk jugalah. Noah pula suka melekat dengan dia." Kata Makcik Hwa lagi. Taehyung bercekak pinggang. Sedang berfikir.

"Tak payah risau sangat, tuan. Dulu masa bekas isteri tuan pun elok je kan?" Makcik Hwa selamba berkata tetapi langsung tidak gerun dengan mata Taehyung. Dia kenal Taehyung bagaimana jenisnya.

"Eunri tu lain. Chaeyoung ni lain."

"Aik? Terus lain." Tersengih-sengih Makcik Hwa. Taehyung berdecit. Sengaja wanita ini mahu mengenakannya.

"Saya naik sekejaplah." Ujar Taehyung. Makcik Hwa mengangguk.

"Jangan salah bilik pulak, tuan." Usik Makcik Hwa.  Taehyung hanya menggeleng.  Ada senyum kecil di tepi bibirnya. Cuma tidak mahu ditunjukkan sahaja. Jatuh standard.

Kaki terus sahaja dihayun ke bilik di tingkat atas. Dia ke biliknya dahulu, kemudian ke bilik Noah dan seterusnya barulah dia ke bilik Chaeyoung. Entah kenapa, rasa berdebar mahu mengetuk pintu bilik ini. Seakan-akan baru kali pertama dia berhadapan dengan Chaeyoung. Padahal sudah lebih 24 jam dia dan Chaeyoung berkenalan. 

Tuk! Tuk! Tuk! 

Pintu diketuk. Lama, tidak bersahut. Kemudian Taehyung mencuba lagi. 

"Daddy?"

"Sayang?" Taehyung mencangkung menghadap anak lelakinya yang kelihatan baru bangun tidur. Dengan wajah yang separuh sedar, mata mengecil. Taehyung memeluk longgar tubuh Noah.

"Mummy tidur. Dia muntah banyak tadi." Si kecil mengadu. Taehyung terasa janggal tetapi dia tidak mampu kerana mendengar laporan dari si kecil ini.

"Banyak ke?"

"Banyak. Sampai tertidur." Kata Noah lagi. Disandar lemah kepalanya pada bahu ayahnya.

"Daddy nak tengok mummy kejap. Noah nak tidur dengan daddy ke, nak tidu dengan mummy?" Soal Taehyung. Noah mendongak.

"Dua-dua."

"Satu je!" Cemas Taaehyung. Besar sedikit matanya memandang Noah.

"Nak tidur dengan mummy." Kata Noah lagi. Mulutnya menguap, spontan tangan Taehyung menutup. Dia mendukung tubuh itu dan masuk ke dalam bilik. Kelihatan Chaeyoung sedang mengiring dengan mata terpejam. Suhu bilik diperlahankan, kakinya melangkah ke arah belakang Chaeyoung. Noah diletak di sebelah Chaeyoung. Bahu wanita itu disentuh lembut.

"Hei.." panggil Taehyung. Lembut dan perlahan tutur katanya. 

"Budak busuk..." tubuh Chaeyoung bergerak sedikit. Bibirnya tersenyum nipis memandang respon panggilan keramat 'budak busuk' itu. 

"Eh! Awak buat apa..." Chaeyoung terkejut dengan kehadiran Taehyung sehingga dia bangun mengejut. Tidak sempat Taehyung hendak berkata apa-apa. 

"Chaeyoung, aku nak tanya je. Kau okay ke tak? Makcik kata kau muntah-muntah." Soal Taehyung. Lembut. Dia mencangkung di tepi katil, memandang wajah lemah Chaeyoung.

"Haah. Mual, pening. Sekarang pun rasa macam nak..." Chaeyoung memegang kepala. Tangannya tiba-tiba memegang lengan Taehyung.  

"Eh, kau ni..."

"Macam nak..."

WERK!

Habis. 

"Chaeyoung... baju aku..."

[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)Where stories live. Discover now