"Kenapa tak tidur lagi ni hmm?"
"Tak boleh tidur. Daddy lambat balik. Macam mana Noah nak tidur?" Si kecil yang berusia 4 tahun itu memeluk leher Taehyung erat. Bibirnya muncung seperti merajuk. Dia berada di dukungan Taehyung.
"Daddy ada kerja, sayang. But now daddy dah balik. Daddy mandi kejap, then kita tidur. Okey?" Laju si kecil itu mengangguk sambil tersenyum. Kelakuan dua beranak itu membuatkan Chaeyoung rasa janggal, seperti dia adalah penganggu di dalam rumah ini.
"Daddy, dia ni siapa?" Soal si kecil itu kepada Taehyung. Matanya memandang Chaeyoung dengan lembut dan lama. Sejuk hati Chaeyoung. Adalah juga seseorang yang memandangnya dengan pandangan lembut seperti ini. Tidak garang seperti Taehyung.
"Nama dia Chaeyoung. Panggil dia.."
"Kak Chae." Pintas Chaeyoung berani. Kemudian dia menyesal kerana Taehyung menjeling.
"Kak Chae?" Tanya si kecil itu perlahan. Pelik agaknya.
"Noah panggil apa-apa yang Noah nak. Tapi jangan kurang ajar. Faham? Dia lebih tua dari Noah." Pesan Taehyung. Chaeyoung masih diam. Diam bukan kerana takut tapi dia diam kerana kagum. Lelaki yang digeruni ini sangat berbeza apabila bersama dengan kesayangannya.
"Okey, daddy. Noah nak panggil dia.. mummy. Boleh?"
Sunyi sepi.
"Daddy?" Kedua belah pipi Taehyung dipegang. Noah memandang Taehyung meminta kebenaran.
"Suka hati Noah lah. Daddy tak halang. Asalkan jangan melebih ." Kata Taehyung sambil tersenyum.
"Yeay!" Menjerit kuat Noah ketika itu.
"Hai mummy! Nama saya Noah." Kata Noah sambil tersenyum lebar. Automatik senyuman Taehyung dan Chaeyoung juga terukir.
"Hai Noah."
"Mummy cantik!" Selambat pipi Chaeyoung dipegang Noah memandangkan kedudukan Chaeyoung rapat dengan Taehyung.
"Noah pun handsome." Puji Chaeyoung ikhlas.
"Macam daddy." Celah Taehyung. Ternaik kening Chaeyoung dengan gurauan itu. Seakan tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Taehyung itu.
"Noah, daddy nak jumpa Makcik Hwa dekat dapur sekejap. Sebab daddy nak settle hal mummy. Noah naik bilik dulu boleh, sayang?" Soal Taehyung sambil menurunkan Noah ke lantai.
"Okey, daddy."
"Jangan main iPad dalam gelap."
"Okey daddy. Nanti daddy naik atas tau. Dengan mummy." Noah memandang Chaeyoung sambil tersenyum simpul. Malu-malu kucing.
"Mengada. Dah, naik dulu." Kata Taehyung. Noah terus berlari naik ke atas. Tidak dihiraukan lagi dengan ayah dan Chaeyoung.
Chaeyoung pula semakin janggal. Dirinya terjebak sekali dalam hal anak beranak itu. Tiba-tiba digelar mummy oleh si kecil comel itu.
"Aku minta maaf, Noah memang macam tu. Mengada sikit." Kata Taehyung.
"Tak apa. Saya okey je." Kata Chaeyoung sambil tersenyum nipis. Taehyung memandang Chaeyoung.
"Kau selesa dengan anak aku?" Soal Taehyung. Chaeyoung mengangguk lambat-lambat.
"Ya. Dia budak lagi. Tak ada masalah pun."
"Aku harap kau pun selesa dengan aku juga." Gumam Taehyung sebelum berlalu ke dapur.
Sekali lagi, Chaeyoung terdiam.
![](https://img.wattpad.com/cover/193871135-288-k249483.jpg)
YOU ARE READING
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
FanficAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-