Chaeyoung termenung di atas katil. Dia terkenangkan kejadian malam tadi yang di mana dia termuntah di atas Taehyung. Walaupun muntah yang keluar hanya air sahaja tetapi warnanya.. agak menggelikan tekak sesiapa sahaja yang melihat. Diri sendiri pun geli. Apatah lagi Taehyung yang menjadi mangsa.
Namun apa yang membuatkan hatinya cair apabila Taehyung hanya memberikan reaksi biasa sahaja. Pada kejadian itu, lelaki itu hanya berkata tidak mengapa dan berlalu begitu sahaja. Tetapi, hukumannya dilaksanakan pada hari ini.
"Dah siap ke belum? Jom." Suara Taehyung menyapa telinga. Mata Chaeyoung teralih ke pintu bilik.
"Saya tak nak pergi boleh tak?" Soal Chaeyoung walaupun dia sudah pun bersiap. Perutnya yang hampir kelihatan itu disentuh lembut.
"Kau dah muntah dekat aku semalam, banyak tau. Hari ni aku nak bawa kau pergi jumpa doktor. Check badan kau sekali, dengan perut tu." Ujar Taehyung sambil melipat lengan kemeja hitamnya sehingga ke paras siku. Matanya memandang Chaeyoung. Tidak sampai hati dia mahu meninggalkan wanita ini sendirian di rumah sahaja dan dia pergi ke tempat kerjanya.
"Tapi saya dah rasa okay sikit dari semalam."
"Aku angkat kau lah ya."
"Eh!" Automatik Chaeyoung bangun dan berjalan ke meja solek, mencapai beg tangan kecil miliknya. Kemudian menapak ke arah Taehyung.
Taehyung tersenyum, kali ini senyumannya jelas sekali. "Tahu pun takut."
Chaeyoung ketap bibir. Dia hanya mengekori Taehyung sahaja tanpa banyak bunyi. Makcik Hwa berada di tingkat bawah bersama Noah.
"Selamat pagi, tuan, cik puan." Makcik Hwa bersuara. Air mukanya kelihatan sedikit risau melihat wajah Chaeyoung yang agak pucat. Berjalan pun kurang bertenaga. Teruk alahan Chaeyoung hari ini.
"Pagi, makcik. Noah, nak ikut daddy or nak stay kat rumah je?" Tanya Taehyung kepada Noah yang ralit menonton TV.
"Daddy nak pergi mana?" Soal si kecil comel itu. Kakinya terus menjejaki ke lantai dan berlari anak mendapatkan Taehyung. Tangan diangkat, minta didukung.
"Nak pergi hantar mummy pergi klinik. Nak ikut ke? Noah kan takut doktor." Usik Taehyung sambil mendukung tubuh kecil itu.
"Tapi mummy yang jumpa doktor. Noah tak." Tertawa tiga dewasa itu dibuatnya. Keletah Noah mencuit hati. Hilang sekejap masalah di kepala. Hilang rasa loya dan mual Chaeyoung.
"Makcik, saya keluar sekejap. Nanti saya hantar semula Noah dengan Chaeyoung ke sini. Tapi saya tak masuk dalam. Tengoklah keadaan dia macam mana nanti. Nampak gaya macam kena tahan dalam ward." Kata Taehyung. Chaeyoung yang terdengar ayat itu terus membesarkan mata. Ingin sahaja dia memukul kuat bahu sasa itu.
Tahan dalam wad?! Memandai.
"Baik, tuan. Makcik pun nak sediakan makanan sikit. Balik nanti tinggal makan je. Strawberi yang makcik petik semalam dah serah dekat kedai runcit." Kata Makcik Hwa. Taehyung mengangguk.
"Daddy, nak tengok TV. Tak nak ikutlah." Si kecil itu bertukar fikiran. Taehyung menjeling manja wajah anak lelakinya.
"Pendirian tak tetap anak daddy ni. Susah betul. Pergilah sana." Noah diturunkan. Terus berlari si comel itu ke sofa dan memanjat laju. Kepala Taehyung tergeleng. Nampak kenakalannya bagaimana.
"Okeylah. Saya pergi dulu. Jom, Chaeyoung." Tangan Chaeyoung diraih lembut. Langkah kaki terus diatur keluar rumah. Chaeyoung menapak perlahan-lahan dengan mata separuh berpinar dan dalam keadaan terkejut. Sebegitu hebat pegangan tangan Taehyung pada tangannya.
Pintu kereta dibuka dan Chaeyoung masuk ke dalam kereta. Tiada perbualan di antara mereka setakat ini sehinggalah kereta Taehyung keluar dari rumah menuju ke jalan raya besar.
"Kau pakai baju dekat almari dalam bilik tu ke?" Soal Taehyung. Sepintas lalu dia memandang baju Chaeyoung.
"Haah. Sebab makcik kata.."
"Aku tanya je. Aku tak marah kau pakai. Baju ni tak ada sesiapa punya pun." Kata Taehyung. Chaeyoung diam seketika. Sedikit curiga dan ingin tahu.
"Awak suami orang, kan?" Soal Chaeyoung terus. Terdiam Taehyung dibuatnya.
"Isteri awak mana? Awak bawa saya balik rumah awak tu, kalau isteri awak tahu macam mana? Mesti dia ingat awak curang."
"Biarlah." Jawab Taehyung, selamba. Hampir ternganga Chaeyoung dibuatnya.
"Lelaki semua sama je." Perlahan dan berbisik. Tetapi cukup jelas pada telinga Taehyung.
"Kalau lelaki semua sama, aku tak merasa pegang title duda anak satu." Kata Taehyung lalu melepaskan nafas panjangnya yang tertahan. Mata Chaeyoung terus tertumpu ke arah Taehyung.
"Duda? Tadi awak kata..."
"Kau yang kata aku ada isteri. Padahal aku tak ada pun. Aku ada Noah je."
"Tapi awak..."
"Apa dia, Chaeyoung? Aku memang beli baju-baju yang kau pakai ni untuk bekas isteri aku. Tapi dia curang dengan aku, dia tinggalkan aku. Jadi semua yang aku belikan untuk dia, dia tak pernah pakai and tak pernah sentuh pun, termasuklah yang kau tengah pakai ni. Jadi jangan risau. Kau pakai baju kau sendiri. Nanti kalau perut kau dah besar sikit, aku belikan baju yang lain. Okey?" Panjang lebar penjelasan Taehyung. Lebih daripada jelas. Malas dia mahu berbahasa panjang tentang 'bekas isteri' itu lagi.
"Oh.. okey." Selepas itu, tiada lagi apa-apa kata keluar dari mulut Chaeyoung.
Bekas isteri... bila-bila masa boleh datang tuntut cinta lama kembali.
ANDA SEDANG MEMBACA
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
FanfictionAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-
![[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)](https://img.wattpad.com/cover/193871135-64-k249483.jpg)