Bab 8 💕

1.7K 251 35
                                        

Jungkook menekan brek kereta sebaik sahaja kereta itu berhenti di dalam garaj di sebuah rumah besar. Sangat besar.

"Dah sampai." Gumam Jungkook sambil menarik brek tangan. Kemudian dia memusingkan tubuhnya ke belakang.

"Aku balik dulu. Nah, kunci." Tugas Jungkook sudah selesai. Dia menghulurkan kunci kereta milik Taehyung yang dipandunya itu. Sebaik sahaja mendapat isyarat mata dari Taehyung, Jungkook keluar dari kereta meninggalkan lelaki itu dan Chaeyoung berdua.

"Ni rumah aku. Masuk dalam." Kata Taehyung sambil membuka pintu untuk melangkah keluar.

"Saya nak jumpa Jimin." Pergerakan Taehyung terhenti, menyebabkan dia memandang Chaeyoung tajam.

"Dah kenapa?"

"Saya nak jumpa Jimin. Saya tak nak ikut awak."

"Lelaki tu dah mati. Ikut aku masuk." Kata Taehyung. Masih tidak berkasar cuma suaranya sahaja kedengaran garau dan dingin.

"Saya kata saya tak nak!" Jerit Chaeyoung.

"Masuk sebelum aku tampar aku."

Chaeyoung terdiam. Dia mengecilkan tubuhnya, takut dan gerun melihat Taehyung. Ugutan itu kecil, tetapi dia berasa takut.

"Aku tak nak berkasar dengan kau. Aku nak selamatkan kau ni. So please, masuk dalam. Kau mengandung." Kata Taehyung. Air mata Chaeyoung bergenang. Dalam waktu begini dia terasa seperti mimpi. Entah lelaki mana bersama dia sekarang ini. Dia rasa sangat tidak selamat.

Taehyung keluar dari kereta. Chaeyoung masih berada di dalam tetapi tidak lama selepas Taehyung membuka pintu pada bahagiannya pula.

"Keluar."

"Tak nak."

"Keluar sekarang. Kau tak elok duduk luar lama-lama. Sejuk." Chaeyoung terdiam. Gaya percakapannya seolah-olah berpengalaman dengan wanita mengandung sepertinya.

"Jangan apa-apakan saya." Kata Chaeyoung. Taehyung berdecit.

"Aku tak gila nak rogol kau dekat sini. Cepat sikit." Kata Taehyung sambil menanti Chaeyoung yang begitu mengambil masa agak lama untuk keluar dari kereta.

Chaeyoung merungut dalam diam. Dia takut, malu, marah, sedih. Semua itu bercampur menjadi satu.

"Jom." Selamba pergelangan tangan Chaeyoung dipegang sebelum ditarik lembut. Chaeyoung tergamam. Ingin direntap semula tetapi agak kuat genggaman itu.

Taehyung hanya menyentuh bahagian alat pengesan cap jari pada tepi pintu. Terus sahaja pintu rumah itu terbuka. Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam rumah, ada satu suara bergema.

"Yeayyy! Daddy dah balik!"

Chaeyoung ternganga.

[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang