Jungkook tersengih-sengih memandang Taehyung yang kelihatan agak serius menilik skrin komputer di biliknya. Tidak perasan langsung bahawa Jungkook sedang tersengih nakal.
"Buat apa malam tadi?" Satu soalan terlepas. Melirik mata Taehyung memandang Jungkook.
"Buat apa, apa?"
"Tu... budak perempuan yang pregnant tu. Tengok muka kau macam tak berapa nak cukup tidur ni."
"Nak makan kaki ke?" Terus berdekah-dekah Jungkook selepas jawapan itu yang dia dapat. Sehingga tubuhnya meringkuk, dengan tangan menepuk meja. Kelakar.
"Suka?" Jelingan tajam Taehyung kini semakin tajam. Mahu sahaja dia melayangkan tumbukan manja kepada Jungkook. Tetapi ada perkara yang lebih penting untuk dia lakukan selain melayan perangai Jungkook ini.
"Gurau jelah. Saja je. Seb..."
DUM!
- - - - - -
Hari pagi Chaeyoung ditemani oleh si kecil Noah. Dia berada di ruang tamu bersama kanak-kanak kecil itu yang sedang bermain alat permainannya di atas meja ruang tamu. Situasi yang agak biasa untuk seorang wanita baginya menjaga anak orang.
Taehyung mengamanahkan dirinya untuk menjaga Noah. Dia tidak menolak, tetapi dia menerima dengan hati yang terbuka. Kalau itu tujuan Taehyung membawanya ke sini, maka dia akan turutkan tanpa bantahan. Selagi tidak ada perkara yang mencurigakan terjadi atau ada sesuatu yang perlu dia risaukan, dia akan bertahan di sini sampai tiba masanya nanti.
"Mummy.." Panggilan itu menyapa telinga. Agak janggal kerana ianya kali pertama tetapi ini juga salah satu kelebihan untuk dia bersiap sedia dengan anak yang sedang dikandungkan ini.
"Ya, Noah?"
"Nak susu." Pinta Noah. Wajah si kecil itu dipandang. Alahai, cair.
"Noah biasanya minum susu guna botol ke, guna gelas?" Soal Chaeyoung.
"Nak botol." Jawab Noah. Kakinya dihentak perlahan tanda mahu, sambil memeluk kaki Chaeyoung. Pipi tembamnya diletak di atas riba.
"Okay, kalau macam tu Noah duduk sini sekejap. Mummy nak buat susu ni." Kata Chaeyoung sambil menepuk perlahan punggung kecil itu. Masih beralas lampin. Tubuh Noah diangkat dan diletakkan di atas sofa. Kakinya melangkah ke dapur. Mencari kelibat Makcik Hwa.
"Makcik.." Panggil Chaeyoung.
"Sini!" Sahutan itu dari belakang rumah. Chaeyoung meneruskan langkah kakinya lagi sehingga menemui Makcik Hwa yang sedang memetik buah strawberi. Besar sangat kebun yang berada di belakang rumah ini.
"Makcik.. Noah nak susu. Macam mana?" Tanya Chaeyoung. Makcik Hwa menoleh.
"Oh, ini waktu dia nak susu ya. Lupa pula. Botol susu dia dekat tepi sinki. Susu dia pula dekat kabinet atas. Buka je baru, yang lama tu dah nak habis dah." Kata Makcik Hwa. Chaeyoung mengangguk faham.
"Okay, makcik. Noah memang minum susu je ke waktu ni?"
"Bawa makanan dia sekali. Ada roti favourite dia dekat atas meja tu." Pesan Makcik Hwa lagi sebelum menyambung memetik buah strawberi. Chaeyoung faham dengan arahan itu lantas dia masuk kembali ke dalam rumah. Pergi ke dapur dan membancuh susu buat Noah.
Sambil dia melakukan semua kerja itu, bibirnya tersenyum nipis. Macam ni rupanya jadi perempun yang sebenar. Bukan sekadar tahu nak melawa, tetapi perempuan yang sebenar adalah apabila dia berjaya menjaga anak sendiri dengan sempurna.
Pandai melawa, pandai menjaga anak, pandai menjaga suami, pandai juga dalam apa yang dia minat.
Kabinet atas dibuka. Ada dua perisa susu yang ada di sini. Coklat dan biasa.
"Noah nak yang mana satu..." Gumam Chaeyoung. Dibelek lama.
"Coklatlah. Budak-budak suka coklat." Terus sahaja tangannya mencapai susu itu dan dituang ke dalam botol susu sebanyak dua kali. Kemudian diisikan air panas sedikit dan air suam sedikit. Digoncang perlahan. Mesrakan segala bancuhan itu bersama.
Setelah itu dititiskan sedikit susu itu di atas tangannya. Mahu memastikan ianya selesa diminum oleh Noah. Entah kenapa, senyuman Chaeyoung semakin lebar ketika terkenangkan segala perkara yang baru sahaja dilakukan ini. Pandai juga walaupun kali pertama. Senyumannya bertambah lebar, sehingga tidak sedar ada kehadiran Noah di sisinya.
"Mummy, nak susu."
"Eh, kenapa datang sini? Dah nak siap dah pun. Jom kita pergi depan tengok TV. Sambil makan favourite Noah ni." Roti berperisa coklat digoyang-goyangkan. Noah memuncung. Mungkin kerana menantikan kehadiran Chaeyoung yang terlalu lama. Tetapi selepas melihat warna susu yang berada di dalam botol susunya, mata Noah membulat.
"Mummy buat susu coklat ke?! Yeah!" Kuat suaranya menjerit. Chaeyoung tersenyum. Tangan si kecil itu dipimpin, berjalan ke ruang tamu sambil tangan sebelah lagi penuh dengan botol susu serta roti coklat.
"Kenapa Noah suka kalau mummy buat susu coklat?" Soal Chaeyoung. Dia duduk di sofa, meribakan Noah yang sudah pun selesa dengannya itu. TV menayangkan cerita kanak-kanak, bertambah bahagian Noah di situ.
"Sebab daddy tak kasi." Kata Noah. Kening Chaeyoung berkerut.
"Tak kasi sebab apa? Mesti sebab Noah suka minum susu ni sampai tak nak makan, kan?" Gelakan halus sahaja yang terkeluar dari mulut Noah. Biasanya kanak-kanak jika terlalu leka dengan susu, mereka akan lupa untuk makan. Makan bila perlu dan hanya sepenuhnya berharap susu sahaja. Agak tidak bagus dan sebolehnya jangan diamalkan.
"Lepas ni kalau Noah nak minum susu sedap ni, Noah kena makan nasi juga. Ya?"
"Okay, mummy."
Chaeyoung tersenyum. Bagus Noah.
ANDA SEDANG MEMBACA
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
FanfictionAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-
![[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)](https://img.wattpad.com/cover/193871135-64-k249483.jpg)