"Apa awak buat ni? Awak dah hilang akal ke apa?! Ni anak kita! Gila ke nak jual dekat orang?!"
"Aku peduli apa. Aku tak kira, lahir je budak ni, aku nak jual. Aku nak duit."
"Jimin!" Menjerit Chaeyoung mendengar kata-kata Jimin. Nafasnya turun naik bukan kerana lelah membawa kandungan yang masih baru itu, tetapi kerana darahnya yang menggelegak hebat saat keputusan gila diambil oleh teman lelakinya ini.
"Kalau kau nak hidup mewah, kau dengar cakap aku."
"Kenapa awak berubah, Jimin? Kenapa awak jadi macam ni? Apa salah saya?" Soal Chaeyoung. Suaranya keras, tetapi intonasinya begitu sayu sekali. Sedih dengan nasib diri yang tidak berapa baik.
"Ini pilihan kau. Pilihan kau untuk hidup dengan aku, selepas kau dihalau keluarga. Kau nak aku bertanggungjawab sangatkan? Ini aku buat apa yang kau suruh." Kata Jimin. Tangannya bercekak pinggang. Panas hati dengan Chaeyoung.
"Sampai hati awak. Saya cintakan awak."
"Cinta takkan boleh bawa mati, Chaeyoung. Aku perlukan duit. Aku tak perlukan kau pun."
Chaeyoung mengetap bibir. Dia dah agak. Jimin cuma mahukannya kerana nafsu, bukan benar-benar cinta.
"Saya tetap tak akan serahkan anak saya untuk awak jual. Ini anak saya." Tegas Chaeyoung. Selepas itu, kepala Jimin tertoleh ke belakang memandang Chaeyoung. Rahangnya bergerak-gerak, menandakan lelaki itu benar-benar sedang marah.
"Kau ulang apa yang kau cakap tadi."
"Saya takkan serahkan anak saya dekat awak. Ini anak saya!"
"Kau cabar aku." Tiba-tiba Jimin mengamuk. Baju dan seluarnya tiba-tiba ditanggalkan kasar. Chaeyoung terdiam. Dia ingin lari, tetapi sekelip mata tubuhnya disambar dan pakaiannya dibuka kasar.
"Jimin!"
"Diam! Kau cabar akukan? Jangan sampai gugur budak ni aku kerjakan kau."
Chaeyoung menangis kerana dipaksa untuk bersama, sementara Jimin dirasuk syaitan kerana kemarahannya yang infiniti.
ANDA SEDANG MEMBACA
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
ФанфикшнAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-
![[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)](https://img.wattpad.com/cover/193871135-64-k249483.jpg)