"Girlfriend? Lelaki macam tu ada girlfriend? Kau hilang akal ke?" Jelas sekali Taehyung tidak percaya dengan apa yang diberitahukan oleh Jungkook. Wajahnya berkerut memandang Jungkook sambil menikmati minuman kopi dari Starbuck ini.
"Bukan aku yang hilang akal, jantan tu yang hilang akal. Perempuan tu cantik, perfect. Suara lembut je. Tapi sayang.. salah pilih." Jungkook mengeluh. Taehyung gigit bibir. Susah kerjanya.
"Aku rasa dia tak pergi jauh pun." Kata Taehyung. Benar-benar dia mahu 'sekolahkan' Jimin. Sepuas hatinya.
"Aku tak tahu dia ke mana. Girlfriend dia pun tak tahu. Macam mana nak cari?"
"Trace. Handphone ada, apa guna." Kepala Jungkook terangkat. Sisa kopi yang ada di dalam gelas dihabiskan selepas itu.
"Baik malam ni je. Kita settle dekat rumah tu terus."
"Depan perempuan tu?" Soal Jungkook, meminta kepastian. Taehyung mengeluh.
"Itulah masalahnya. Aku tak nak ada sesiapa nampak atau tahu apa aku nak buat." Kata Taehyung. Jungkook diam. Mereka buntu.
"Ah, benda tu belakang kira. Asalkan aku puas hati." Kata Taehyung tiba-tiba.
"Kalau perempuan tu bising?"
"Aku tahu macam mana cara nak buat dia biar dia 'diam'."
Jungkook terus menayangkan wajah gatal miang keladi. Taehyung mengerutkan dahi.
"Amboi.. kau nak buat apa? Kau nak cium dia bila dia jerit?"
"Benda boleh 'main' buat apa cium je?"
"Bodoh."
Berdekah mereka berdua di kafe itu. Ayat gurauan Taehyung mencuit hati Jungkook.
"Aku tahu kau bergurau." Kata Jungkook.
"Gurau? Mana ada gurau."
"Hah?" Jungkook terkebil-kebil. "Kau.. kau nak buat betul-betul ke?"
Taehyung menepuk dahi. Mengeluh dengan kepolosan sidekicknya ini.
"Kau kenal aku dah bertahun-tahun kut? Sejahat-jahat aku, sentuh perempuan bukan cara aku. Aku takkan sentuh perempuan walaupun dia sendiri yang rela. No way." Kata Taehyung. Tegas. Jungkook tersenyum sinis.
"Kalau kau tengok perempuan ni, aku tak rasa kau boleh tahan. Silap-silap kau yang tak keruan." Kata Jungkook. Taehyung mendengus.
"Tak akan."
"Kau tak bernafsu dengan perempuan ke?"
"Aku bernafsu dengan kau je." Kata Taehyung terus terang. Jungkook berubah hijau.
"Nak mati ke?"
Taehyung cuma ketawa.
ANDA SEDANG MEMBACA
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
FanfictionAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-
![[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)](https://img.wattpad.com/cover/193871135-64-k249483.jpg)