Bab 10

1.4K 206 10
                                        

"Cik puan,"

Chaeyoung memandang Makcik Hwa sambil tersenyum. Sopan wanita berusia itu membalas senyumannya. 

"Makcik nak tunjukkan bilik tidur cik puan ni. Mari." Makcik Hwa mengajak. Chaeyoung menggaru leher. Agak janggal dengan panggilan yang diberikan oleh Makcik Hwa. 

"Makcik jangan panggil saya cik puan. Saya orang biasa je." Kata Chaeyoung. Makcik Hwa tersenyum. 

"Tuan memang suruh makcik panggil macam tu." Kata Makcik Hwa. Chaeyoung ketap bibir. Geram pula dengan Taehyung ni. Sesuka hati pula dia!

"Depan dia, makcik panggil saya cik puan. Tapi kalau dengan saya je, panggil Chaeyoung je makcik. Saya tak biasalah." Kata Chaeyoung lagi. Sebolehnya dia mahu Makcik Hwa setuju  dengan cadangannya itu.

"Baiklah, cik puan." Makcik Hwa tertawa kecil. Terasa Chaeyoung sangat serasi dengan dirinya ketika ini. Walaupun baru sahaja kenal, entah datang dari mana, dibawa oleh Taehyung dari mana, tetapi sikap Chaeyoung kelihatan menyenangkan hati buat masa sekarang ini. 

"Makcik tinggal sorang je ke dekat rumah ni? Maksud saya, makcik dengan Noah je?" Soal Chaeyoung semasa mereka berdua mendaki anak-anak tangga untuk ke tingkat atas. Boleh tahan banyak anak tangga. Lif ada, tetapi sedang dibaiki. 

"Ya, sorang jelah. Menjaga Noah kalau tuan tak balik rumah." Kata Makcik Hwa. 

"Dia jarang balik rumah ke?" tanya Chaeyoung lagi. Makcik Hwa mengangguk. 

"Jarang sangat. Kalau balik pun, sebab nak jumpa anak dia je. Lepas tu keluar balik. Itu pun dah dikira untung. Kadang-kadang berbulan dia tinggalkan rumah ni. Noah tu sabar betul dengan tuan. Dia macam boleh faham tuan sibuk kerja. Baik sangat perangai dia." Panjang lebar Makcik Hwa berkata sehingga melenyapkan terus pertanyaan Chaeyoung yang seterusnya. Mahu bertanya lebih, tetapi terasa tidak sesuai pula. Tujuannya datang ke rumah ini pun masih lagi dia tidak tahu, mahu bertanya lebih. 

"Tuan baik sebenarnya, Chae. Orang yang nampak perangai sebenar dia je yang paling dia sayang. Tak semua orang dia tunjuk tau." Makcik Hwa tersenyum. Chaeyoung diam, tetapi dia memandang wajah wanita tua itu sambil melangkah lagi sehingga tiba di satu bilik paling hujung di aras itu.

"Bilik kamu." Kata Makcik Hwa. Chaeyoung memandang pintu bilik ini. Besar betul pintu. Terasa tak larat hendak menolak masuk ke dalam.

"Kalau ada apa-apa, panggil je makcik. Kat bilik tu ada speaker. Panggil perlahan pun makcik boleh dengar dari bawah." Pesan Makcik Hwa lagi. Chaeyoung tersenyum dan mengangguk.

"Terima kasih, makcik. Susahkan je. Serba salah saya jadinya."

"Sama-sama. Takde apa pun lah. Dah memang kerja makcik. Oh ya, dekat dalam bilik ni memang dah tersedia pakaian. Kalau kamu nak ganti baju, boleh pakai baju yang ada dekat dalam almari tu. Semua tu baju baru. Tak pernah lagi sesiapa pakai." Kata Makcik Hwa lagi. Chaeyoung mengangguk perlahan. Namun ada sesuatu yang bermain-main di dalam kotak mindanya.

"Takde sesiapa pakai tapi kenapa.."

"Makcik turun dulu ya?" Tanpa menjawab soalan cepumas Chaeyoung, Makcik Hwa meminta diri. Serta merta Chaeyoung terasa dirinya terlalu menyibuk tentang hal rumah ini termasuklah hal lelaki yang membawanya ke sini. 


- - - - - - - -


Ruang bilik yang besar dan luas ini diperhatikan lama. Walaupun bukan kali pertama dia mendiami bilik sebesar ini sebelum dibuang keluarga, tetapi Chaeyoung terasa ada sesuatu yang dia pasti akan terkejut jika perkara itu terbongkar. 

Taehyung  kelihatan misteri dan perahsia. Sukar dijangka. Sekejap itu, sekejap ini dan semuanya memang mengejutkan. Pasti ada sesuatu yang tersimpan disebalik semua ini.

Punggung dilabuh berat di atas birai katil. Pakaiannya masih belum bertukar. Dia mahu melepaskan lelahnya dahulu, menghadapi pelbagai perkara dan kejadian pada hari ini.

Awalnya Jimin. Dan seterusnya Taehyung. Kemudian kehadiran si kecil Noah pula, menambahkan rasa ingin tahu di dalam diri seorang Chaeyoung ketika ini. Persoalan mengapa dia berada di rumah besar ini pun masih belum diketahui.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik diketuk dari luar. Pantas mata Chaeyoung tertumpu ke arah pintu besar itu. Dengan perlahan dia bangun, menyentuh sedikit perutnya yang akan membesar dari sekarang sebelum membuka pintu bilik itu.

"Kau dah mandi?" Soalan pertama diajukan. Chaeyoung hanya diam menelan liur, hanya berdiri di belakang pintu bilik sahaja.

"Kau lapar tak? Nak makan?" Dua soalan sekaligus pula diberikan tetapi reaksi Chaeyoung tetap sama sahaja. Tiada yang berubah. 

"Dengar tak ni? Ke nak mati dah?" Terus anak mata mereka berdua terpanah bersama. Soalan Taehyung yang kasar itu berjaya menarik perhatiannya.

"Kalau nak mati dah lama terjun dari tingkap. Tak payah tunggu lama-lama."

"Amboi mulut."

"Apa?" 

Berbalas-balas kata tanda tidak puas hati. Chaeyoung memeluk tubuh. Taehyung tertawa halus, matanya redup memandang Chaeyoung. Anak rambut yang jatuh ke dahi di tolak ke belakang dengan lembut.

"Pergi mandi, kau tukar baju. Budak busuk." Kata Taehyung selamba. Terbeliak mata Chaeyoung. Budak busuk dia panggil aku? Aku nampak busuk sangat ke? Hati kecili Chaeyoung berbisik. 

"Lepas tu, turun makan." Sambung Taehyung lagi.

"Tak lapar." Kata Chaeyoung pula. Ego. Padahal ikutkan hati tekaknya betul-betul ingin menghirup makanan hangat dan panas. Mi segera yang dimasak sehingga tidak kelihatan di mana segeranya. 

"Tak lapar? Teman aku makan. Aku lapar. Cepat mandi. Lepas tu pergi dapur. Aku tunggu. 15 minit je aku bagi masa." Terus Taehyung berlalu pergi. Ternganga Chaeyoung dibuatnya. 

Lelaki ini... cari pasal betul!


[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang