Mata Chaeyoung meliar melihat kawasan tingkat bawah rumah besar ini. Dia mencari susuk tubuh Taehyung. Seperti apa yang diminta lelaki itu, dia turun ke bawah juga seperti apa yang telah diberitahu.
Kaki dihayun ke arah dapur. Pakaian yang berada ditubuhnya kini adalah pakaian yang berada di dalam almari bilik itu. Walaupun berat hati hendak mengambil kerana milik orang, tetapi dia terpaksa untuk sarung ke tubuhnya.
"Eh, ibu mengandung dah wangi." Chaeyoung kuat mengetap gigi mendengar ejekan sopan itu. Taehyung sedang mengunyah di meja makan. Konon ingin ditemani tetapi sudah mengunyah dah pun.
"Macam ni lah baru elok. Takdelah macam budak busuk." Ujar Taehyung selamba buat kali kedua. Bibirnya terukir senyuman halus. Sangat halus. Seakan-akan bukan tersenyum.
Chaeyoung duduk di kerusi berhadapan denggan lelaki ini. Dia memandang meja yang terhidang semangkuk mi segera berperisa kimchi kegemarannya, terdapat juga makanan sampingan yang tersedia.
Ah, kecur liur melihat.
"Makanlah. Untuk kau. Saja aku suruh makcik masak lebih. Tak lapar pun, makan je." Kata Taehyung. Nadanya biasa, seperti percakapan biasa. Bukan mengejek, bukan memerli. Tetapi tegas.
Tanpa kata, Chaeyoung memulakan tangannya untuk menyuap makanan. Tetapi seleranya mati apabila mengingatkan tujuannya datang ke sini.
"Kenapa bawa saya ke sini?" Akhirnya soalan itu terkeluar juga dari rongga tekaknya. Ingin sekali tadi dia menjerit tetapi mengenangkan ada si kecil Noah di rumah ini, ditahan lama. Dan baru sekarang soalan itu terzahir dengan suara yang sesuai.
"Makan dulu."
"Saya tak nak duduk sini tau. Saya nak keluar dari rumah awak ni. Saya tak nak pun tinggal dekat sini." Kata Chaeyoung, terus terang. Kunyahan Taehyung menjadi perlahan dan terus sahaja terhenti. Seleranya hilang tiba-tiba.
"Habis tu kau nak duduk dekat mana? Rumah yang dah macam sarang penagih dadah tu? Kau mengandung. Aku bawa kau ke sini sebab kau mengandung. Kalau tak, aku campak kau kat mana-mana. Buat apa aku nak bela perempuan yang tak tahu bersyukur?" Tajam kata-kata Taehyung menikam masuk ke dalam hati Chaeyoung. Bibirnya diketap kuat. Sensitif.
"Kenapa tak buang je saya dekat tepi jalan tadi?" Masih mahu bergaduh.
"Kan aku dah cakap, kau mengandung. Susah ke nak faham?"
"Kalau tak mengandung?"
Helaan nafas Taehyung berat. Dia tersilap. Bergaduh dengan wanita sensitif seperti ini tidak ada harapan untuk menang. Cakaplah berulang kali benda yang sama sekalipun, tetap akan dipusingkan juga.
"Aku tak buang kau kalau kau tak pregnant. Aku bawa kau ke sini, jadi babysitter anak aku." Hati Chaeyoung yang tadinya keras seperti batu kini cair secairnyya mendengar ucapan yang menyenangkan hati itu. Suara Taehyung yang pada awalnya kasar dan tegas sudah bertukar lembut kembali.
Seleranya datang semula. Terus dia menikmati hidangan yang berada di hadapan mata tanpa banyak bunyi sambil diperhatikan oleh sepasang mata redup.
YOU ARE READING
[ON-GOING] Daddy 아버지 (V BTS)
FanfictionAku minta kau pergi, supaya jangan dekati lagi lelaki jahat seperti aku. Cover : @CHOCTAE-