Episode 1: SESUATU

85 12 34
                                    

Jam tangan kini menunjukkan tepat pukul 1:30 a.m . Namun Adrean Zaquan masih lagi berada di ofisnya . Ditangan kirinya terdapat sebatang pen , manakala dihadapannya terdapat sehelai kertas kosong A4. Jasadnya disitu , namun fikirannya melayang memikirkan kejadian yang terjadi 3 tahun lepas. Kejadian yang dikatakan Dato Sri Othman meninggal akibat kemalangan jalan raya. Entah mengapa pada dirinya,Zaquan susah untuk mempercayai fakta yang dikatakan kebenaran itu. Sedang dia mengelamun , tiba² dia terdengar satu suara seperti berbisik memangilnya dari arah luar bilik ofisnya. "Adrean..." . Zaquan terus bangun dari tempat duduknya , dan tanpa ragu² dia meninjau keadaan sekitar luar ofisnya itu, didapati keadaan amat senyap sunyi kerana semua staff² telah pulang kerumah.Zaquan meraup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya sambil berikhstifar . Ketika dia ingin kembali kedalam biliknya , tiba² dia terdengar lagi suara berbisik memanggil namanya, "ADREAN!.." tapi kali ini nada nya agak sedikit kuat dan cukup buat Zaquan tergumam. Zaquan melihat lagi keadaan sekeliling untuk memastikan tiada siapa di ofis tersebut melainkan dia seorang. Tanpa berlengah, Zaquan terus kembali kedalam ofisnya sambil mengemas² kertas kerjanya, iphone dan baju kotnya yang bewarna hitam itu juga dicapainya, lalu begegas keluar dari ofis untuk pergi ke Kereta Koenigsengg CCXR Trevita miliknya di tingkat bawah. Koenigsengg CCXR Trevita yang hanya terdapat 3unit di dunia ini , dengan harga sekitar Rm20 Juta itu amat dijaga dan disayangi Zaquan, sebagai tanda penghargaan buat Dato Sri Othman , yang menghadiahkannya sewaktu harijadinya yang ke-17tahun.

#BEBERAPE MNIT KEMUDIAN
(SEWAKTU DIDALAM KERETA)

Kereta 4roda itu terus memecut laju kehadapan, keadaan jalan raya yang terlalu sunyi itu membuatkan Zaquan berase tidak enak,dia menguatkan saluran radio kesukaannya , dan mula bernyanyi sama . " Sakit,aku rasakan,terlalu dalam,pedih..."
(Sakit-Achey) . Tiba² dia merasakan sesuatu yang aneh , seperti ada orang yang sedang memerhatikan setiap tingkah-lakunya pada ketika itu. Namun dibiarkan saja perasaan takut itu berlalu dan meneruskan perjalan sampai ke destinasinya.

2Jam Kemudian

Koenigsengg CCXR Trevita milik Zaquan kini sampai betul² dihadapan sebuah pagar rumah agam yang besar dan indah itu. Pakcik Din iaitu seorng lelaki yang separuh usia yang bekerja sebagai Pak guard sudah lebih 15 tahun lamanye dirumah agam itu, sudah kenal benar dia dengan kereta pemilik rumah agam itu,tanpa berlengah, dia terus keluar daripada pondok jaga yang bercantum dengan pagar itu, lalu membuka pintu untuk membenarkan Koenigsengg CCXR Trevita itu masuk ke dalam


Jam kini menunujukkan pukul 4.46 a.m, namun Datin Madihah masih tidak dapat tidur, dia duduk diruang tamu dengan secawan nescafe ditangannya, dia menunggu kepulangan waris tunggal segala harta peninggalan arwah Dato Sri Othman itu dengan perasaan penuh kerisauan. Sebaik sahaja dia melihat cahaya kereta dari luar, dia terus bangun dan berlari untuk membuka pintu,bibirnya mengukir senyuman lebar kerana anak yang ditunggu² nya itu telah selamat sampai. Ditunggunya pula

Zaquan keluar dari kereta tersebut, meskipon bibir Zaquan melemparkan senyuman, namun melihat matanya sahaja sudah tahu yang Zaquan sedang berusaha keras, dalam usia muda 22 tahun itu, dia sudah menjadi CEO disebuah Syarikat milik arwah Dato Sri Othman.
Datin Madihah merasa kasihan melihat anak kesayangannya itu,namun tiada apa yang dapat dibantunya. "Ma,nape pandang wan macam tu? Hahahaha" Zaquan tergelak kecil melihat wanita separuh usia yang tetap awet muda dihadapannya memandangnya tanpa berkedip mata.


Datin Madihah tersentak lalu mengukir senyuman manisnya kepada Zaquan " ala tak ade ape, bukan setakat hensem anak mama ni ..baik pulak tu haha" , Datin Madihah mengosok² belakang Zaquan lalu mencapai beg bimbit serta kot pada tangan Zaquan , sambil memimpin tangan anak terunanya munuju masuk ke dalam rumah agam itu.

"Hahaha apelah kau ni wan, yang kau pakai pakaian macam ni dah kenapa?, sakit perut aku gelak tau"seorang lelaki yang duduk makan di sebuah restoran bersama Adiknya itu gelak terbahak². Zaquan mengenakan baju sweater hitam menutupi kepalanya,bertopi hitam,memakai cermin mata hitam,berseluar hitam serta berkasut sneaker hitam juga, sementara Syafiq Irfan berpakaian segak bergaya. " ish kau ni,tak nampak awek² kat sana tu? Tu budak² kolej aku ,kalau diaorang nampak aku mati la aku" Zaquan menyuapkan nasi kedalam mulutnya sambil tertunduk-tunduk. Irfan tergelak besar lagi sekali, "Cehh budak kolej a.ka. ex gf kau gak semua tu kan? Hahaha, tu la kau,suka sangat cari nahas dengan perempuan , cakap itu ini tapi hampeh hahahahahha" Suka benar Irfan mengusik adiknya yang malang itu. sedang mereka menikmati makanan mereka, tiba² Irfan bangun dari tempat duduknya "Weyh Wan, aku gi toilet jup erh, tunggu tau", Zaquan tidak menoleh kearah Irfan,sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya, "okey" balas Zaquan ringkas.

Baru 2 suap yang sempat disuapkannya kedalam mulut setelah Irfan mengorak langkah menuju ke toilet, tiba² seorang wanita menjerit, suaranya bergema dalam restoran itu, jeritan itu bersambung² dari seorang ke seorang. Zaquan yang terkejut terus menoleh ketempat orang ramai berkumpul, jaraknya lebih kurang 10langkah dari meja makanannya, dia menyempil² ditengah² orang ramai untuk sampai ke hadapan. Dia terkejut apabila didapatinya Tubuh Irfan rebah diatas lantai, Zaquan jatuh terduduk akibat terkejut, dia tidak mampu berbuat apa² , mahupon bersuara, dia tidak menangis hanya diam membisu. Terdapat darah yang mengalir dari kepala Irfan, Irfan ditembak tepat pada kepalanya , matanya masih terbuka. Seorang pelangan di restoran itu menelefon pihak polis dan pihak hospital untuk meminta bantuan. Tiba² sewaktu Zaquan memandang kearah Irfan,dia merasa sesuatu yang pelik , anak mata irfan kini memandang tepat kearahnya,Zaquan mengalihkan pandangannya kemudian dilihatnya Irfan semula, tetapi Irfan sudah tiada disitu, secara tiba² Irfan berada disebelah kirinya sambil memandang marah kearahnya lalu beteriak "Ini semua salah kau !!" Zaquan terkejut lalu membuka matanya , dilihatnya kini dia berada didalam sebuah bilik tidur yang amat dikenalinya,iaitu bilik tidur Irfan. Dia kemudian mengaup mukanya dengan sebelah tangan sambil menyebut nama Allah, dia bermimpi rupanya. 2 peristiwa mengejut yang menimpa keluarganya itu, membuatkan Zaquan sering teringat² , Kematian Irfan dan Dato Othman berlaku pada hari yang sama tetapi waktu berbeza.

Dalam keadaan samar² kegelapan itu, tibe² dia terpandang seakan-akan ade sesosok tubuh sedang berdiri dihadap cermin tidak jauh dari katilnya.Dia tidak dapat melihat sosok itu, hanya kelihatan hitam samar² sahaja. Tibe² dia mendengar 1 suara yang datangnya dari makhluk yang tidak dijemput itu berkata "Ingat Adrean,Aku Akan Datang" seperti nada berbisik, lalu makhluk Allah itu hilang dalam sekelip mata. Zaquan mencari² kelibat makhluk itu di dalam bilik, tetapi tidak menemuinya,dia kemudian bangun untuk mengangkat air wuduk , kemudian membaca beberape helaian al-quran sementara tunggu solat subuh memanggil.

BERSAMBUNG..

BISIKAN SUARA MISTERI ✔Where stories live. Discover now