"Syaza Riyana bangun!" Suara Puan Hanis bergema memenuhi ruang setiap pelosok rumah banglo mewah itu. Riyana yang sedang tidur dengan lena itu, terkejut mendengar teriakan Puan Hanis , lalu tergolek jatuh katil . "Aduh.... Sakit..." Riyana mengosok² kepalanya yang malang itu dek terhantuk terkena pada lantai. "Riyana..mama bilang sampai 10, tak siap bangun lagi, no breakfast for u ... Plus Khairy dah tunggu ni..dah pukul 10.00 a.m ni tau tak" Teriak Puan Hanis dari tingkat bawah.
Riyana membeliakkan anak matanya yang bewarna hazel dek terkejut apabila mendengar nama Khairy disebut, dia baru teringat yang hari ini merupakan hari untuk dia bertemuduga di Syarikat King Executive . Paling mengejutkannya lagi, interviewnya bermula pada pukul 11pg, bermakna dia hanya ada 1jam sahaja lagi untuk bersiap, "Mama cakap dengan Khai, lagi 30min Nana turun ye" Tanpa berlengah lagi,Riyana terus mencapai tuala mandinya untuk bersihkan diri dan bersiap² .
#Sementara Itu Ditingkat Bawah
"Maaflah Khai,menyusahkan kamu aje...nak kena tunggu Nana bersiap lagi." Kata Puan Hanis sambil menuangkan secawan kopi o untuk Aisyh Khairy. Khairy yang fokus dengan telefon pintarnya,segera meletakkan telefon itu diatas meja,sebaik sahaja disapa wanita itu,tanda menghormatinya.
"Erh,susah ape pulak aunty, kiteorang kenal dari kecilkan,lagipon Khai yang datang awal, ingatkan pukul 9.30, rupenya 8.30 ..salah tengok jam" Khairy tergelak kecil sambil mencapai cawan yang berisi air kopi itu lalu diteguknya.
"oh macam tu hahaha,Khai bukan tak tahu Rin kalau bersiap macam mana, hahahaha, kate 30min,1 jam la karang baru siap.. biar dia rasa skali-skala" Wanita yang berusia 40-an itu tertawa riang kerana dapat mengenakan anak tunggal perempuannya itu.Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 9.30 a.m, Riyana sudah siap mengenakan tudung bawal bewarna merah jambu,serta baju dan seluar yang cantik dan sesuai.Setelah puas meneliti dirinya dihadap cermin,dia kemudian mula mengorak langkah menuruni anak tangga dan mendekati Puan Hanis dan Khairy. Sebaik sahaja Riyana sampai kepada mereka, dia tak boleh kawal, tapi melirikkan mata kearah Khairy dek terpukau dengan ketampanannya. Khairy merupakan sahabatnya yang terpisah sejak 4tahun yang lalu, kerana Khairy melanjutkan pembelajaran di luar negara,hari ini merupakan seminggu selepas kepulangannya di Malaysia.Khairy kini mengambil alih jawatan ayahnya sebagai CEO disebuah Syarikat yang terkenal di Malaysia . Mempunyai ketinggian 179cm,badan yang sasa,gaya rambutnya yang menarik sesuai dengan wajahnya serta berkulit sedang itu. Khairy yang perasan seseorang sedang memandangnya, terus bertentang mata dengan gadis comel yang berketinggian 155cm itu "Wow.. I mean hey .. Hahaha , U dah siap ke? Kalau dah jom kita gerak, sebab i pon ade meeting kejap lagi" Khairy mengukir senyuman lebar apabila melihat gadis yang ditunggu² dan dirindui nya itu kini berada dihadapannya. Khairy,turut terpegun dengan kecantikan Riyana,namun oleh kerana Puan Hanis berada disitu, Khairy hanya bersikap biasa sahaja. Riyana menganggukkan kepalanya tanda dia sudah bersedia, Khairy mengambil beg bimbit dari tangan Riyana dan menjemput Riyana untuk menaiki kereta Lykan Hypersportnya yang diparking di halaman rumah banglo itu.
#Di Dalam Kereta
Riyana sedikit kagum, dalam hatinya ingin saja dia menjerit kegembiraan kerana dapat menaiki kereta Lykan Hypersport yang merupakan kereta ke-3 termahal di dunia dengan harga lingkungan 12juta. Sebelum ini , dia hanya pernah menaiki kereta BMW sahaja. Lebih² lagi, dia dapat menaiki kereta itu dengan seorang lelaki yang memang dia Crush' sejak dia berusia 14tahun. Hatinya kini berbunga², hanya Tuhan saja yang tahu ketika itu. "So,Rin.. U macam mane? Okey?" Khairy memecahkan suasana sunyi sambil matanya tetap fokus kepada jalan raya. Riyana yang sedikit terkejut itu, mengambil masa untuk memproses keadaan, dia memandang kearah Khairy dengan mata yang berkedip² dengan fikiran blank..,"so?" Khairy bersuara lagi apabila pertanyaannya tidak dijawap. Riyana tersentak dan kembali ke alam realiti "ya..sorry. ..ya, Rin ok je" jawap Nana ringkas kerana sedikit cemas, tidak pernah dia berdua-duaan seperti itu tanpa orang ketiga. "I cadangkan U kerja je dengan I.. Nak?" , tanya Khairy lagi. "Erh tak boleh la macam tu Khai, family awak dah banyak tolong keluarga saya, Rumah yang saya duduk tu pon, Dedy awak yang bagi.. Saye bersyukur sangat dah , kalau tak mungkin sekarang saya dengan mama merempat tepi jalan."
Riyana terkenang peristiwa 5 Tahun lepas, asalnya Riyana hanyalah gadis kampung biasa, dia tidak mempunyai kawan yang betul² ingin berteman dengannya, sebaliknya mereka hanya berkawan dengannya hanya untuk pergunakan kelebihannya. Dia seorang yang bijak serta sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam ape jua yang dilakukannya, namun dia selalu gagal dalam perhubungan kawan, persahabatan, mahupon bercinta. Dia tidak pandai untuk berkomunikasi dengan orang baru kerana sifat pemalunya dan clumsy dalam sosial.
Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, dia terlihat seorang pemuda lingkungan umurnya yang berpakaian kemas, berada di taman permainan kampungnya itu, pemuda itu duduk diatas kerusi yang tersedia ada disitu. Mukanya muram, matanya kelihatan merah dan bengkak, air matanya masih mengalir, Entah mengapa, walaupon Riyana tidak mengenali pemuda itu, namun tersentuh hati untuk menegurnya, Riyana berjalan mendekatinya "Assalamualaikum" Riyana memberi salam kepada pemuda tu, pemuda itu pada awalnya terkejut akan kehadiran Riyana, namun tetap menjawap salam Riyana dengan suara yang serak² basah itu.Pemuda itu mengesat air matanya. "Boleh saye duduk?" Tanya Riyana dengan sopan . "erhh duduk ajelah bukan hak saye nak halang awak kan,hahaha" pemuda itu tergelak kecil , Riyana duduk di hadapannya lalu memulakan bicaranya "maaf,saye tak sengaja nampak awak kat sini, awak ok ke ? Kenape awak menangis?" Riyana bertanya dengan nada selembut yang dia boleh , pemuda itu memandang tepat ke arah Riyana dan merenungnya lama , Riyana yang rase tidak selase itu cepat² berkate "maafkan saya kalau buat awak x selesa dengan soalan saya,dan saya tak patut tanya macam tu sebab bukan hak saya, maaf saya pergi dulu" Riyana bergegas untuk bangun, "nanti" pemuda itu bersuara, Riyana menghentikan langkahnya kemudian memandang kearah pemuda itu lagi, "Saya Aisyh Khairy, pnggil Khai je, U pulak?" Khairy mengukir senyuman lebar. "Saya Syaza Riyana, panggil Rin aje" Riyana membalas senyuman Khairy, entah mengapa dengan hanya meilhat senyuman Khairy boleh membuat dia jatuh hati berkali² dengan pemuda itu , tulah kali pertama mereka bertemu dan menjadi akrab selepas hari itu.
"Rin.. Oh Rin, hello Rin.." Riyana mendengar seseorang memanggil namanya, dia kenal benar suara serak basah itu, suara Khairy, Nana baru perasan yang dia berada jauh di alam maya sepanjang perjalanan mereka menuju ke Syarikat King Executive itu. Nana kembali ke alam realiti, mukanya sedikit merah kerana malu,Khairy tergelak kecil melihat gelagat Nana, "Okeylah Khai thank ye sebab tolong hantar saya" Riyana mengambil beg bimbitnya serta beg tangannya dan bersedia untuk keluar dari kereta. Khairy menganggukkan kepala "Ala tak de ape la, bukan susah pon.. Lagipon Rin je bukan orang lain pon, hahaha" Riyana mengangguk tersipu malu.. Lalu berlalu pergi meninggalkan kereta tersebut.Manakala Khairy pula memerhati gadis itu berlalu masuk ke dalam bangunan itu, "erh Rin nanti dulu" Khairy sedikit menguatkan suaranya untuk memanggil Riyana. Riyana menoleh memandang Khairy sambil menunggu kata-kata Khairy yang seterusnya. "Nanti dah sudah, balik nanti call I okey?" Khairy mengenyitkan mata kirinya, kemudian berlalu pergi meninggal Riyana disitu, "Haishhh sampai bile la kau nak angau macam ni Rin, asal kau nampak dia je kau angau, asal angau je mesti sebab dia, haishh dah² sekarang kau fokus, kau nak mintak keja" ngomel Riyana sendirian sambil mengorak langkah ke dalam bangunan syarikat tersebut.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
BISIKAN SUARA MISTERI ✔
Mystery / ThrillerMULA DITERBITKAN PADA 28 / 03 / 2020 . BAB 18/2? RELEASED . TOP TEN TOP 1 dalam #seramsejuk TOP 2 dalam #bayangan TOP 3 dalam #malam TOP 4 dalam #gelap TOP 5 dalam #group TOP 7 dalam #kongsigelap Kisah Ini Bermula Apabila ADREAN ZAQUAN Iaitu Wata...