Episode 15 : MASALAH LAGI?!

34 8 0
                                    

Langit yang gelap dipenuhi bintang - bintang yang indah bergemerlapan, ditemani cahaya bulan yang indah bersinar, sungguh tenang sesiapa sahaja yang melihat keindahan alam ciptaan Allah yang satu ini.

Namun, bagi sesetengah orang, hati mereka masih resah dan risau . Iz,Megat,Fahmi,Hairul dan Fizam duduk berkumpul di ruang tamu. Mereka bercadang untuk menjemput Encik Kamal, iaitu bapa saudara Zaquan yang dianggap telah meninggal dunia pade 5 tahun yang lepas.

Namun sungguh mengejutkan apabila lelaki itu berhubung melalui sms di Ip Zaquan , pada malam hari dimana Zaquan dan Andy telah diserang. Encik Kamal berjanji untuk menceritakan semua perkara dan akan menjawab semua soalan yang dia tahu. Zaquan yang telah sedar , turut ingin menyertai kawan²nya untuk menjemput Pakciknya, Namun dihalang oleh Iz .

Fahmi : Aku ... actually... x sedap badan la ... tak tahu kenape ...

Fahmi memicit-micit kepalanya yang terasa sakit berdenyut-denyut itu. Sementara Hairul dan Fareez juga mengadukan bende yang same.

Iz : erh korang boleh kene bende yang same.... serentak??? erhh korang makan ape je ?

Iz merasa dahi kawan²nya menggunakan belakang tapak tangannya. 'Panas!' , teriak hati Iz. Iz kemudian memandang kearah Fizam ..
"pelik.. kenape dia sahaja yang ok?"
Desis hati Iz , namun dibiarkan saja.

Tiba² Fizam bersuara ..

Fizam : erh kalau korang tak sehat, tak pe la .. biar aku dengan Iz je yang pergi.

Hairul : erh mane boleh macam tu, kiteorang kene tolong .. bende ni penting.. bukan main² , orang yang kite ingat dah tak de.. rupenya masih ade , hal ni mesti ade kene mengena dengan budak² Edy ni .

Fizam mula kelihatan risau dan resah, titik jernih mula mengalir keluar dari dahinya. Namun tiba² Iz bersuara..

Iz : erhhh takpe, aku ok .. maksud aku kiteorang ok.. aku percaya Fizam cukup untuk teman aku malam ni, korang rest la , ape² nanti aku bagitau..

Iz cuba memujuk kawan² nye untuk ke hospital sahaja, akhirnya beberape minit kemudian, Megat,Hairul dan Fahmi pasrah dan mengalah. Mereka bertiga betul² sudah tidak larat untuk bergerak. Iz dan Fizam membantu mereka untuk memasuki kereta. Iz duduk bersama Fahmi dan Hairul di seat belakang, sementara Fareez duduk di seat penumpang dihadapan, ini bermakne Fizam yang memandu kereta tersebut .

Fizam terus memecut laju kereta ke Hospital untuk menghantar mereka bertiga , usai selesai.. Fizam dan Iz terus bergerak ke airport untuk menjemput Encik Kamal.

Dalam perjalan ke airport , Iz memulakan bicara ..

Iz : kau rase diaorang x pape ke erhk? panas gile badan diaorang haishhhhhhhhhh.. mule² Dien.. pastu Andy, pastu diaorang lk ..

Tanpa menoleh , fizam membalas..

Fizam : aah tu la , esok² kau pulak kan? hahaha

Iz sedikit terkejut apabila mendengarkan Fizam berkata demikian.

Fizam : hahahhahaha aku gurau jela Iz ...

Dengan ragu² , Iz pakse diri untuk gelak juga ..

Iz : oh..ok hahahaha

Tiba² tanpa tidak sengaja, Iz terpijak sesuatu. Dia melihat dibawah kasut sneaker merah nye, dilihatnya sesuatu seperti sehelai kertas kecil yang berlipat serta ade titisan darah, Iz dengan segera mengambilnya lalu menyembunyikan dalam poket Mongkey Jaket biru gelap yang dipakainya.

BISIKAN SUARA MISTERI ✔Where stories live. Discover now