Di Luar Bilik Wad ...
Dr.Harith : "Saya mintak maaf, keputusan saye tetap muktamad. Kamu berdua tidak dibenarkan untuk stay dengan pesakit..."
Belum sempat Dr.Hairth menghabiskan ayatnya, Iz mencela...
Iz : " Tapi doktor, kenape? kenape perlu doktor pisahkan saye dengan dia? "
Iz mula mengerutkan keningnya marah, kemudian mengembungkan pipinya. Andy yang diam dibelakang Iz hanya menutup mukanya dengan sebelah tangan kirinya, kemudian menundukkan kepalanya sambil digeleng-gelengkan. Andy tahu, Iz hanya berlakon sahaja dengan membuat memek muka marah seperti kanak² 5 tahun itu.
Dr.Harith : "well bagi mengelakkan perkara pagi tadi berulang kembali.. tapi kamu berdua dibenarkan melawat pesakit pada waktu melawat seperti biase."
Kali ini Iz pula yang menundukkan mukanya, kerana dia lah , luka Zaquan kembali berdarah. Namun Iz masih tetap berdegil untuk tidak meninggalkan Zaquan pada malam itu.
Iz : "Saya janji , kejadian pagi tadi x akan berulang lagi .. so saye nak stay dan tetap nak stay .. walau macam mane skali pon, saye akan stay.. ok bye"
Iz kemudian mula memalingkan badannya lalu melangkah untuk masuk ke dalam bilik wad dimana Zaquan ditempatkan. Doktor dan Andy saling bertentang mata. Andy yang faham maksud pandangan Dr.Harith itu, segera menganggukkan kepalanya lalu mencapai pergelangan tangan Iz, lalu digengam erat. Iz yang terkejut segera menoleh memandang Andy.
Iz : " Erh pe ni Dy...lepas la Dy... aku nak masuk ni..."
Iz cube merentap tangannya dengan kasar dari terus di gengam Andy. Sementara Andy meminta diri daripada Dr.Harith dan menarik Iz keluar dari Hospital tersebut.
Iz akhirnya dapat melepaskan tangannya daripada Andy, lalu membentak berang.Iz : "Erh kau pahal Dy!, aku kate aku x nak balik, x nak lah!"
Andy hanya bersabar , dia tahu Iz x berniat nak tinggi suara dengannya, dia dan Iz telah berkawan sejak mereka 5tahun, masak benar Andy dengan perangai Iz. Dengan nada yang perlahan Andy berkata..
Andy : "Sabar Iz, aku tahu kau risaukan Dien, tapi kan Dr.Harith dah cakap, kalau ade ape² , nanti dia infrom kite...lagipon biarlah Dien rehat dulu untuk malam ni, mane tau esok dia dah keluar? hahahaha"
Iz mula tenang, lalu menatap mata Andy , kemudian Iz menganggukkan kepala .. sambil berpeluk bahu mereka berdua, tiba² tanpa sengaja, Andy serta seorang lelaki misteri berlanggar bahu, lelaki itu memakai jaket hitam, berkaca mata hitam , mask hitam menutupi mulut dan hidungnya, serta memakai cap hitam yang sengaja dikehadapan sedikit topinya itu, mungkin untuk menutupi wajahnya.
Andy tersentak, bergitu juga lelaki misteri tersebut . Andy meminta maaf , manakala lelaki misteri itu pula terus berlalu memasuki hospital tanpa berkata ape²
Sesampai mereka di kereta, Andy tidak menjumpai kunci keretanya,lalu dia baru teringat yang dia meletakkan kunci keretanya di atas meja dalam bilik wad Zaquan berada. Andy meminta Iz untuk tunggu di kereta, sementara dia kembali melangkah kedalam hospital. Andy berjaya melepasi pak guard, serta mendapat kebenaran untuk hanya mengambil kunci keretanya.
YOU ARE READING
BISIKAN SUARA MISTERI ✔
Mistério / SuspenseMULA DITERBITKAN PADA 28 / 03 / 2020 . BAB 18/2? RELEASED . TOP TEN TOP 1 dalam #seramsejuk TOP 2 dalam #bayangan TOP 3 dalam #malam TOP 4 dalam #gelap TOP 5 dalam #group TOP 7 dalam #kongsigelap Kisah Ini Bermula Apabila ADREAN ZAQUAN Iaitu Wata...