Jam menunjukkan tepat pukul 12:00 tengah malam . Zaquan pulang ke rumah awal dari biasenya. Usai mandi, Zaquan mengenakan baju t-shirt berlengan panjang bewarna putih, seluar sukan bewarna merah serta dibaluti kain pelekat, juga songkok yang menutupi kepalanya, lalu menunaikan solat isyak , Zaquan tidak terus tidur, sebaliknya , membace beberape helaian muka surat Al-quran terlebih dahulu. Namun semasa dia sedang membacakan ayat suci Al-quran itu, dia terpandang celah bawah pintu bilik tidurnya. Dia terlihat seolah-olah bayangan tapak kaki sedang berlari melepasi pintunya yang tertutup rapat itu. Zaquan kemudiannya menutup Al-quran lalu disimpan di atas meja kecil sebelah katilnya. Zaquan melulu keluar dari bilik tidurnya, lalu matanya kekiri dan kanan untuk mencari pemilik bayang-bayang tadi . Tiba² "Hihihihi" , Zaquan terdengar seperti suara anak kecil sedang bergelak-ketawa. Zaquan menjengah ke tingkat bawah rumah 2 tingkat itu, dalam kegelapan, terlihat seolah² seorang kanak² sedang berlari melintasi ruang tamunya yang luas itu, dan menuju ke dapur. "Bella!" Teriak Zaquan. Zaquan dengan pantas berlari turun ke tingkat bawah . "Bella?" panggil Zaquan lagi sambil matanya melilau kiri dan kanan ... tiba² "Abang Wan..." , kedengaran suara kanak² itu lagi. Dapat dilihat oleh Zaquan , terdapat sosok kanak² dalam ruangan dapur itu , kerana budak itu berdiri betul² dihadapan tingkap yang diterangi cahaya bulan itu. Zaquan melangkah laju menuju ke arah Bella, tapi belum sempat dia kesana , Bella telahpon menghilangkan diri sambil ketawa "hihihi" .
"Bella tunggu!" , Jerit Zaquan , namun kanak² itu tidak menghiraukan Zaquan lalu terus lari dan lari .. Bella berade di semua pelosok rumah agam itu, Zaquan tidak putus kejar dan terus kejar Bella. "Bela sudah berhenti... please", Zaquan berkata sedemikian sebaik sahaja dia dapat menangkap kanak² itu . Dia terduduk melutut di hadapan kanak² itu dek kepenatan . Bella akhirnya memberhentikan langkahnya, lalu menoleh ke arah Zaquan sambil berkata , "Abang Wan... Bella rindu Abang..." anak kecil itu mula menangis . Zaquan yang termengah² sejak tadi , menarik nafas panjang , lalu ditatap kanak² dihadapannya itu dengan teliti... "Ni.. betul Bella ke ni?" , tanya Zaquan sambil memeluk erat dan mencium-cium kanak² itu di pipi dan dahinya, sambil mengalirkan air mata, "Abg... Bella rindu abang, kenape abang tak datang cari Bella?" , tanya kanak² itu lagi.. Zaquan tidak terus menjawab , Zaquan melepaskan pelukan lalu air matanya dikesat lalu mengukir senyuman dibibirnya , sambil tangan kecil itu digengam dalam tangannya. "Abang cuba Bella, abang Wan cari Bella.. tapi abang tak jumpe dik, adik kat mane? adik cakap dengan abg skang.. skang gak abg amik adik bawak balik sini" , Kata Zaquan sambil cuba menahan air matanya dari mengalir lagi, namun tak berdaya, berderai-derai air matanya jatuh mengalir dipipinya. Dia sudah tidak perduli bahawa ini bukan realiti lagi . "Abang Wan.. carilah Bella" , kata kanak² itu lagi.. "ye² Abang janji abang cari Bella ye sayang..., tapi abang memang tak tahu kat mane nak cari adik" Zaquan kembali memeluk kanak² itu dengan erat. Bella meletakkan dagunya diatas bahu Zaquan .. lalu berkata "Bella dekat je dengan abang, Bella ade je kat dalam rumah ni, abang carilah Bella ..." Zaquan sedikit terkejut lalu menatap Bella sekali lagi .. "ape?" tanya Zaquan.
Tiba² kanak² itu meronta mintak dilepaskan daripada pelukan Zaquan. Zaquan terkejut lalu meleraikan pelukannya. Bella berlari menjauhi Zaquan sambil berkata "Kau jahat!!!! kau pembunuh!!!!"
Zaquan yang masih terkebil-kebil matanya itu, cuba mendekati Bella.. "Bella kenape ni?.. ni abang .. Bella please..."
Bella semakin mengundur-undur kebelakang menjauhi Zaquan .. " Taknak!!!!! jangan dekat!!!!" , Bella menjerit sambil beriya-riya dia menangis , Zaquan tak faham ape yang terjadi , tibe-tibe dia terdengar suara lelaki sedang ketawa dibelakangnya . Zaquan menoleh sepantas kilat.. alangkah terkejutnya dia bahawa orang yang sedang gelak dibelakangnya itu , adalah dirinya sendiri ! .WARNING GUYS KITA MASUK PART BUNUH KEJAP, KALAU KORANG TAK BOLEH BACE PART NI .. SCROLL JE SAMPAI KORANG JUMPE AYAT
"OKEY DAH "Dirinya yang satu itu berpakaian jaket hitam.. t-shirt putih, seluar hitam , serta memegang sebilah pisau ditangannya.
Zaquan membeliakkan anak mata kelabu cerah itu .. "BERHENTI!!! BERHENTI!!! KAU NAK BUAT APE N?!!!" Jerit Zaquan namun dirinya yang satu itu tidak memperdulikan kate-katenya sebaliknya mendekati Bella . Bella berlari masuk ke bilik tidurnya, diikuti oleh dirinya yang satu itu serta Zaquan sendiri"Berhenti !! aku ckp BERHENTI!!!"
tiba² semasa sampai dihadapan pintu bilik Bella, dimana Bella dan dirinya yang satu itu telah masuk ke dalam lalu menguncinya dari dalam. Zaquan menjerit² dari luar , dia dapat mendengar suara teriakkan anak kecil itu meminta tolong memanggil-manggil dirinya, namun tiada ape yang dapat dia lakukan .
Zaquan mula menghempas-hempas badannya kearah pintu itu, sebaik sahaja pintu itu mula terbukak "Arhkkkk" , satu suara teriakkan yang amat kuat datangnya dari Bella. Dilihatnya dirinya yang satu itu sedang menghunuskan pisau tadi tepat ke arah jantung kanak² itu, kanak² itu dalam keadaan berlumuran darah , tangan,kaki dan mukanya telah dikelar-kelar oleh pisau . Zaquan melutut terkejut, dia terlampu terkejut untuk menangis.
"OKEY DAH"
BERSAMBUNG ....
YOU ARE READING
BISIKAN SUARA MISTERI ✔
Misterio / SuspensoMULA DITERBITKAN PADA 28 / 03 / 2020 . BAB 18/2? RELEASED . TOP TEN TOP 1 dalam #seramsejuk TOP 2 dalam #bayangan TOP 3 dalam #malam TOP 4 dalam #gelap TOP 5 dalam #group TOP 7 dalam #kongsigelap Kisah Ini Bermula Apabila ADREAN ZAQUAN Iaitu Wata...