+02

158 14 4
                                    

huh~

keluhan berat dilepaskan oleh hyunjin. rekod kesihatan yang berada di atas meja lampu tidur tu dipandang lama.

tadi, sewaktu dia ada appoiment dengan dokter kim, doktor kim memberitahu yang rekod kesihatan dia makin lama makin baik.

tersenyum eomma dan appanya saat mendengar kata-kata daripada doktor kim tu. tapi, dia masih kena elakkan daripada bersentuhan dengan manusia yang bergelar perempuan.

tapi bila difikirkan semula, sampai bila dia hidup tanpa wanita disisinya.

adakah dia takkan kahwin seumur hidupnya.

rambutnya dikusutkan. pening kepala memikirkan nasibnya yang malang tu. disebabkan penyakit alah ni, dia mahu merasa pelukan eommanya tu pun tak boleh.

BBAMM

kedengaran pintu dorm itu dibuka dan ditutup seseorang. hyunjin mengangkat mukanya lalu memandang ke arah gerangan itu.

"yoww hyunjin"

ujar minho yang sedang meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi meja belajarnya. senyuman diukirkan oleh hyunjin.

minho memandang ke arah sehelai kertas yang dipegang hyunjin tu. melihat minho yang tersedar akan surat dia tu, terus dia menyimpan surat tu di dalam laci.

minho pula sudah membuka uniform sekolahnya.

"kau okey?"

soalan minho tu membuatkan hyunjin sekadar menganggukkan kepalanya.

"seriuss?"

sekali lagi hyunjin anggukkan kepalanya.

"kau tu yang tak okey.."

ujar hyunjin. minho alihkan pandangannya pada si hyunjin tu. dahinya berkerut seakan tak memahami kata-kata daripada hyunjin tu.

"tak okey apa?"

"dari masuk tadi, sampailah sekarang ni telinga kau asyik merah je.. setahu aku kan, kalau telinga kau merah kan.. kau tengah malu"

ujar hyunjin.

terus minho memegang pipinya tu lalu dia berlari ke arah cermin. wajahnya itu dipandang.

"YAHH, APEHAL DENGAN AKU NIEHH"

kejadian tadi masih berlegar-legar di fikirannya. semuanya disebabkan gadis tu tadi. kalau dia berjumpa dengan gadis tu, siaplah!!!

hyunjin pula sudah ketawa melihat gelagat si minho tu. tak ubah macam kanak-kanak ribena je.

➽➽➽

"woi, yeseul"

langkahku terhenti apabila terdengar suara seseorang yang sangat aku kenali. pompuan tagune nieh tak pernah nak nyusahkan aku kann...

aku menoleh ke arahnya dengan wajah takde perasaan.

"apa?"

"kau ke mana, hah? kan aku dah cakap yang kau kena cuci toilet hari ni.. kau jangan nak mengelak yeaa"

aku pandang wajah nayeon tu dengan pandangan jijik. sumpah aku menyampah dengan pompuan nieh.

"kalau aku tak nak jugak?"

"kau tak nak?? hehe"

nayeon menarik rambut aku dengan kasar sehinggakan kepalaku terdorong ke belakang.

aduhh, sakit banglaa..

"nahaslah kau.."

nayeon menolak aku dengan kasar lalu berlalu pergi. aku perhati je gelagat dia yang gedik mengalahkan ulat bulu panjat lidi tu.

"taraguna..."

ujarku lalu menuju ke arah bilik air sekolah tu. ouh lupa pula, untuk makluman semua aku sekolah di sekolah berasrama.

sambung balik.

aku ambil segala peralatan mencuci tu di stor dan bawanya semula ke tandas. haish, asyik-asyik aku je yang kena.

kau tunggulah nayeon..

aku belajar wing chun nanti..

aku kalahkan kau macam ipman buat.

kau tunggu.. tak kesahla kau ketua pengawas sekolah ke, anak pengetua ke? peduli apa aku..

aku tonyoh-tonyoh singki tu kasar apabila teringatkan muka nayeon tu.

huduh sejibik macam singki yini..

"yeseul!!!"

aku alihkan pandangan aku pada gerangan yang menjerit nama aku tu.

"apa?"

naheul yang termengah-mengah tu cuba mengambil nafas. lalu dia hembus perlahan. wajah aku ditatap lama.

"pengetua nak jumpa kau.."

"WHAT?!!"

membuntang mataku saat mendengar kata-kata daripada naheul tu.

-to be contineud-

HEYYO!! HOPE YOU ALL ENJOY DAN JANGAN LUPA UNTUK VOTE AND COMMENT YE CAYANG SAYA SEMUA ❤❤

allergic + hwang hyunjin 현진Where stories live. Discover now