aku tau apa yang aku buat ni adalah benda salah dan paling bodoh sekali. tapi, disebabkan naheul...
aku kena jugak buat!
aku pandang tembok sekolah tu. pokok yang selalu menjadi port aku menskodeng tu dipandang lalu aku panjat.
sampai je di puncak tembok tu, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang melakukan aktiviti harian mereka.
wahhhhhh..
tengok diaorang tu membuatkan aku rasa macam nak pengsan je kat situ.
wahai yeseul, bangunlah yanda..
perlahan-lahan aku terjun dan selamat mendarat ke tanah.
BBUKK..
fuh~
nasib baiklah kat sini ada pokok-pokok kecil, dapatlah aku sembunyikan diri.
baru saja aku nak melangkah menuju le asrama pelajar lelaki tu, tiba-tiba sepasang mata memandang ke arah aku.
HAH, HWANG HYUNJIN?!!
"k-kau, k-kau siapa?"
soalnya pada aku. aku membuat isyarat supaya dia mendiamkan dirinya sambil merayu. dia pandang aku dengan mata yang tak berkedip.
"shutt, nanti orang dengar.."
baru je aku nak melangkah ke arah dia, segera dia menggelengkan kepalanya daripada aku.
"jangan dekat dengan aku.."
"tapi..
" AKU CAKAP JANGAN DEKAT DENGAN AKU!!!"
tersentak aku saat mendegar jeritan daripada hyunjin tu. aku cuma nak passkan surat ni pada dia je. takde niat lain pun.
hyunjin pandang aku dengan pandangan tak puas hati lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku di situ.
pelik lah dia tu..
"LEE KNOW!!"
kedengaran suara seseorang menyepak bola namun tidak sempat menyambut bola tu menyebabkan bola tu menuju ke arah aku.
membuntang mataku saat melihat bola yang laju menuju ke arah aku tu. mataku ditutup rapat sambil aku menutup kedua-dua belah telinga ku.
tapi aku membuka mataku apabila merasa seakan tiada apa yang mengenaku.
"kau okey?"
soal lelaki tu. jap, inikan...
LELAKI SEMALAM?!!!
MAIGOSHHH..
aku anggukkan kepalaku lalu menunduk. tak nak aku pandang lelama lelaki ni.
"KAU OKEY KE LEE KNOW?"
soal rakannya dari padang bola sepak tu.
"aku okey lah.."
dia cuba sedaya upaya menyembunyikan aku dibelakangnya daripada diketahui rakannya.
bola yang berada di tangannya itu disepak ke arah rakannya yang sedang bermain bola sepak tu.
dia menghadap aku semula dan kali ni aku nampak muka dia tegang.
"bagitau aku, asal kau ada kat sini?!!"
gulp.
➽➽➽
kreakk
pintu bilik rawatan dibuka oleh hyunjin lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik rawatan tu.
"haa, hyunjin kamu tak pergi berlatih 100 meter ke?"
soal pembantu doktor song. hyunjin melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang terdapat disitu sambil gelengkan kepalanya.
memandangkan hyunjin memang pro dalam 100 meter, jadi dia selalu berlatih tamat je waktu persekolahan. tapi hari ni tak.
dia nak tenangkan diri tapi lain yang jadi.
"kenapa masam je ni? ada masalah ke?"
kali ni doktor song pula melabuhkan punggungbya menghadap hyunjin. wajah doktor song tu dipandang dingin.
"doktor.."
"urmm.."
"betul ke yang saya ni tak macam lelaki lain yang boleh ada pasangan hidup?"
soalan hyunjin tu membuatkan doktor song tersentak. wajah hyunjin tu dipandang. doa faham dengan keadaan hyunjin sekarang ni.
"kamu lapar ke? saya ada-"
"pembantu doktor song, please jawab.."
huh~
keluhan berat doktor song lepaskan lalu bahu milik hyunjin tu dipegang.
"hyunjin, percayalah cakap saya suatu hari nanti kamu akan berjumpa dengan orang yang boleh sentuh kamu. dan kamu takkan alah pada dia. tapi buat masa ni, kamu kena juga hati-hati tak sentuh mana-mana gadis, ye.."
hyunjin menganggukkan kepalanya lalu cuba untuk mengukirkan senyuman.
"jadi, hari ni kamu rehat lah puas-puas. walaupun kamu berlatih hampir setiap hari, tapi kesihatan dan rehat tu pun penting.."
hyunjin sekadar anggukkan kepalanya.
-to be contineud-HEYYO, NEW UPDATE FROM ME. ACT, NAHYUN BOSAN JADI TERAJIN NAK UPDATE MEMANDANGKAN ADA IDEA NIEH 😂 HOPE AWAK SEMUA ENJOY DAN JANGAN LUPA UNTUK VOTE DAN COMMENT✨ DAN SUDI BACA FANFIC NI ❤ ANYEONG 👋
YOU ARE READING
allergic + hwang hyunjin 현진
Fanfic+ ❝hyunjin, alah pada perempuan? ❞ starts ;30mac20 ends ;