+07

112 11 1
                                    

"EHHHHH, SERIUSLAH?!!"

aku anggukkan kepalaku. kelas yang bising tu membuatkan aku terasa malas nak bersembang. dah lah takde mood nie..

semuanya sebab MAMAT tu lah..

"huhu, aku tak dapat nak pass surat kau tu kat jeongin.. lepastu aku pulak yang kena cop bagi surat kat mamat tu. dahla kuat perasan..

eiiiy, baiklah aku tulis surat kat habang felix. dahla jaguh sukan archery♡"

naheul sudah membuat poker facenya. dia tau yang aku minat sangat dengan felix.

"kau tau ke nama mamat yang kau banyak kali terserempak macam jumpa jodoh tu?"

soal naheul.

"euw, please lah dia jodoh aku. dalam mimpi jelah.. even aku banyak kali terserempak dengan dia, aku tetap tak tahu dan takkan ambil tahu pasal dia.

tapi, semalam aku ada dengar kengkawan dia panggil dia leenoo ke lienow. entahlaa"

terbuntang mata naheul saat mendengar kata-kata aku tu.

"APA?!! LEE KNOW?!!"

aku terus menutup mulutnya tu. dia ni pun kalau boleh, cekik mikrofon tu. kalahkan bunyi drum kat konsert je..

"slowlah sikit.."

"maap, terover pula"

naheul mengedipkan matanya berkali-kali ke arah aku. hish minah ni, geli aku tengok tau tak..

"kau tau tak lee know tu siapa?"

aku gelengkan kepalaku. manalah aku pernah dengar nama mamat pelik nieh.

"dalam member stray kids, lee know merupakan member kedua yang paling berjaya terutamanya dalam bidang sukan lompat tinggi. dia tu mewakili korea selatan sampai ke amerika tau.."

aku sekadar mengendahkan saja kata-kata daripada naheul tu. okay lah jugak, dia punya pencapaian tu.

tapi tak berminat.

"dan aku dengar dia tu susah sikit nak suka orang.."

ujar naheul lagi.

"seriuslahh"

dia anggukkan kepalanya.

"ye, aku serius.."

terdiam aku. biar betul dia tak pernah seseorang? dia tu gay ke?

entah macam mana, fikiran aku mula melayang tentang hyunjin. aku ingat lagi semalam yang dia elakkan diri dia dari aku.

kenapa dengan dia tu?

"weyh naheul, semalam kan-"

"CIKGU LEE NAK SAMPAI WEYH, DUK TEMPAT MASING-MASING!!!!!"

semua pelajar dah tergopoh-gapah duduk di tempat masing-masing. tch, baru nak bersembang pasal hyunjin. kacau betullah cikgu ni..

➽➽➽

"hari ni, kamu semua akan panaskan badan sebelum mulakan latihan kamu... dan lepas dari berlatih, kamu semua berkumpul semula untuk sesi taklimat perkhemahan tahunan"

"baik cikgu"

"bagus.. ada soalan?"

krik krik krik krik. semua pelajar sekadar mendiamkan diri.

"baik, jb kamu ketuai diaorang panaskan badan.."

"baik"

segera jb melakukan aktiviti panaskan badan dan pelajar yang lain pula hanya mengikut gerak-geri dia saja.

tapi, lain pula bagi stray kids apabila melihat minho yang lain macam semangat dia tu daripada biasa.

dengan tersengih-sengih sensorang.

dah macam kena rasuk je dia nieh..

member stray kids saling berpandangan lalu mereka gelengkan kepala termasuklah hyunjin. dia tahu yang minho ni sebenarnya dah kena sampuk dengan cinta.

"weyh lee know, lain macam je semangat kau hari ni. ada apa-apa ke?"

soal bangchan.

minho sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"hurm, aku pelik. sumpah pelik. dia jadi macam ni sejak dia hilangkan diri semalam. perasan je habis main bola, dia dah lesap.."

ujar han pula.

"hish, aku biasa je lah.. korang tu yang pelik.."

ujar minho.

"semalam kau ada jumpa sesiapa ke?"

felix pula menyoal. manalah tau kalau minho ni ada jumpa seseorang sampai hati dia berbunga macam ni.

semua mata ahli stray kids menumpu ke arah minho tu. sementara minho pula sekadar mengangkat bahu sambil tersenyum.

"maybe~"

-to be contineud-

MAAFKAN NAHYUN SEMUA. CERITA NI BILA DIBACA SEMULA, TAK MACAM CERITA ALLERGIC PUN. BUT, SOKAY SEBAB NAHYUN AKAN MASUKKAN PADA PART SETERUSNYA.

THANKS FOR VOTE, COMMENT AND SUDI MEMBACA FANFIC NI❤ HOPE AWAK SEMUA ENJOY ✨ ANYEONG 👋

allergic + hwang hyunjin 현진Where stories live. Discover now