» 26

747 51 0
                                        

Telefon aku sudah tiga kali berdering. Ya Allah bising betul. Aku rasa aku tak set alarm pun.

Akhirnya aku gagahkan diri untuk melihat notifikasi tersebut.

The day Hariel will go to Chicago.

Mata aku serta merta terbuntang luas. Ya Allah macam mana aku boleh lupa???

Aku terus mengambil baju blouse putih dan seluar jean. Tak mandi langsung sebab memang dah lambat sangat!

Departure time dia dah lah 9.30 pagi. Sekarang 9.07 dah.

Aku mencapai deodorant lalu dipakai. Nasib baik aku dah gosok tudung awal-awal. Tudung bawal itu aku pakai. Tangan laju mengambil telefon, dompet dan kunci kereta.

Aku bergegas turun ke bawah.

"Eya, meh makan" ajak Mama.

"Sorry, ma. I'm in hurry ni! See you!" Kata aku sambil memakai kasut.

Ya Allah will I make it?

•••

Aku mengerling jam ditangan. 9.15. Aku sibuk mencari susuk tubuh Hariel.

Akhirnya aku ternampak dia sedang duduk termenung.

Langkah laju diatur ke arahnya.

"Assalamualaikum" tegur aku sambil mengukir senyuman palsu. Sedih buah hati akan merantau jauh.

Hariel tersentak lamunan dia. "Waalaikumussalam.. I thought you didn't make it" kata Hariel sayu.

"Tak mungkin lah aku akan miss hari kau bertolak. Okay aku mengaku aku bangun lambat. Sorry" balas aku sambil ketawa kecil.

Aku duduk di kerusi hadapan dia.

Kami diam.

"Kau.. dah sedia?" Tanya aku.

"Dah. Tapi aku tak nak" jawab Hariel.

"Aku pasti ada sebab punya lah. Mesti nanti kau akan pegang syarikat besar. Fuhh! Good luck!" Pujuk aku. Nada aku dikawal.

Hariel tergelak hambar.

Kami diam lagi.

"Jaga hati kau tau. Tunggu aku balik. Walaupun.. tak tahu bila" kata Hariel sayu.

Ya Allah. Tabah ke aku?

"Of course. Kau tu yang aku takut. Kat sana kan aku tak tahu kau buat apa haha"

Hariel memandang aku serius.

"Kau first and last love aku tau. Tak mungkin aku nak cari lain punya. Kau tu lain lah"

Aku diam. Terharu?

"Tapi kan, kau suka aku sebab aku tak pandang rupa. Dan aku pasti ada ramai lagi kat luar sana yang tak pandang rupa. How is it?" Uji aku.

"Aku suka kau bukan sebab kau tak pandang rupa je tau. Banyak lagi. Tapi like i said, kau first and last love aku. Jadi, kalau one day kau tiba-tiba meant to someone else, aku redha. Dan aku takkan kahwin" terang Hariel lancar.

A L I U M ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang