» 41

682 46 0
                                    

Last day ( pagi )

Aku dan Hariel berjalan di sekitar Mall. Besar, serius. Masa aku sampai kat Johor Bahru, memang niat aku nak pergi tapi itulah.

Bila Hariel cerita baru aku teringat.

"Kat tengah tu ada ice skating" kata aku lalu menunjuk ke arah beberapa orang sedang menonton orang bermain ice skating.

"Jom" ajak Hariel.

"Eh aku cakap je. Aku tak nak—" Hariel terus menarik lengan aku.

"Hariel! Tak nak lah! Susah!" Rungut aku. Kang jatuh buat malu je. Dah lah ramai orang pula tu tengok.

"Kau tak cuba lagi dah kata susah." Kata Hariel pula.

Well, typical kan?

Kami berdua berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

Walaupun Hariel ingin membayar untuk aku, aku menegah. Biar bayar separuh-separuh. Baru fair and triangle!

"Kasut semua peralatan di sana. Makesure pakai sebelum masuk. Pekerja pun ada di sana. Ada apa-apa masalah, tanya dia" kata penjaga kaunter.

Hariel mengangguk.

Aku tidak mengendahkan apa yang dikatakan. Aku sibuk melihat beberapa kanak-kanak dan remaja bermain ice skating.

Esh malu lah, orang dah besar gajah ni nak main.

"Frey?" Panggil Hariel yang sudah berjalan jauh.

"Ah, coming" aku berjalan menuju ke Hariel.

"I think ni saiz kau. And this one is mine" kata Hariel lalu mencuba kasut yang dia ambil.

"Puih. Konfiden je" kata aku lalu menyarung kasut tersebut.

Aku tergamam apabila kasut itu memang muat-muat untuk aku.

"Ahem, Konfiden saya betul kan?" Tanya Hariel.

Aku hanya menggulingkan mata.

"Jom" ajak Hariel.

Aku dan Hariel berjalan menuju ke pintu masuk.

Hariel terlebih dahulu mendahului aku.

Aku masih kaku di pintu masuk.

Melihatkan ketiadaan aku, Hariel berpatah balik ke pintu masuk.

"Kenapa?" Tanya Hariel.

"Pe-pegang" kata aku sambil menghulur tangan. Macam anak nak suruh ayah dia dukung

Hariel tersenyum kecil. Dia menghulur lengannya.

Lengannya aku paut.

Kaki aku dari tadi tak bergerak. Kaku aje. Hariel sahaja yang bersusah-payah bergerak.

"Cuba kau try" kata Hariel yang ringkas itu membuat aku gugup.

"Tak jatuh ke?" Tanya aku risau.

"Kalau jatuh, aku sambut. Jangan risau" pujuk Hariel.

Nasib lah pakai sarung tangan.

Aku perlahan-lahan melepaskan pegangan. Hariel juga semakin lama semakin menjauh. Namun walaupun jauh, perhatiannya 100% kepada aku.

Adakah dia lepaskan aku sebab aku merimaskan dia nak main?

Aku cuba bergerak mendekati Hariel.

"Ha! Sikit lagi!" Sokong Hariel.

Aku makin berani untuk bergerak. Namun perasaan bangga itu tidak tahan lama apabila ada jebon yang menolak aku dari belakang.

Aku memejam mata. Tak jatuh.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now