» 33

709 53 1
                                    

Aku bersendirian di kubur arwah Muhammad. Semua orang sudah balik.

Air hujan lebat membasahi bumi ibarat memahami situasi aku sekarang.

Batu nisan arwah Muhammad aku pegang sambil menangis menyesal.

Kalaulah aku tak bodoh pergi jumpa Akmal.. semua benda ni tak jadi.

"Kenapa awak mesti pergi tinggalkan saya, Muhammad? Awak kata awak takkan tinggalkan saya? Kenapa? Oh lupa. Saya yang bersalah. Kan?" Kata aku bersendirian lalu menangis teresak-esak.

Air hujan yang membasahi baju aku, aku biar. Aku datang sini menaiki teksi. Telefon, dompet semua aku tak bawa. Duit pun hanya dalam 5.00 je sekarang.

Aku mencangkung di sisi kubur arwah Muhammad.

Rasa nak balik jauh sekali.

Aku rasa nak tinggal sini je.

Kenapa awak selamatkan saya, Mad?

Tiga hari.. je lagi.. kita akan mendirikan rumah tangga.. kenapa.. ?

Tiba-tiba sahaja air hujan yang turun berhenti. Tempat aku juga menjadi redup.

Aku mendongak.

Ada payung.

Aku melihat tuan punya payung.

Hariel..

"Sambung lah. Aku cuma tak nak kau demam" kata Hariel.

Aku mengesat air mata. Segan pula bila ada orang tengok aku menangis. Lagi-lagi orangnya lelaki.

Aku terus bangun.

Saya lawat awak lainkali ya, Muhammad?

Assalamualaikum.

Aku terus berjalan keluar dari kawasan kubur.

Kereta hitam Audi R8 milik Hariel terparkir elok di tepi jalan. Aku berjalan melepasi kereta tersebut.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Hariel.

"Balik" jawab aku pendek.

"Jom lah aku hantar" ajak Hariel.

Aku menggeleng lalu sambung berjalan. Air yang tadi berhenti gara-gara payung tadi, kembali membasahi bumi.

Kemudian ia berhenti sekali lagi akibat payung tak guna Hariel tu.

"Apa lagi?" Tanya aku.

"Naik aku" Kata Hariel tidak mahu mengalah.

"Kalau kau risau aku demam tak apa. Aku pinjam payung ni. Esok aku pulang balik. Pergilah kat kereta kau semula" kata aku lalu menarik batang payung tersebut.

Namun Hariel tidak mahu melepaskannya.

"Naik aku" ulang Hariel.

"Nanti basah tempat duduk kereta kau tu" kata aku mencari alasan.

"Tak apa. Jom" ajak Hariel lagi.

Aku mengeluh. Lari mana pun aku dia tetap akan kejar.

Apabila aku mula mengikut dia, dia mula tersenyum lebar.

Tempat duduk disebelah pemandu aku ambil. Terpaksa okay. Dia dah buka pintu.

Aku masuk dengan rela hati.

Sepanjang perjalanan kami senyap.

Kesunyian itu membuat aku mengantuk. Tambahan pula dengan pendingin hawa yang sejuk.

Akhirnya aku terlelap.

•••

Kereta aku terparkir kemas di hadapan perkarangan rumah Freya. Aku masih ingat alamat rumahnya kerana dulu aku pernah menghantar 15 bekas Fererro Rocher ke rumahnya sebagai hadiah hari lahir.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now