Aku meletakkan beg diluar bilik pengawas. Jujur aku kata, ni kali pertama aku memasuki bilik pengawas.
Sebelum ni aku masuk bilik disiplin je.
Aku tak buat kes okay.
Aku menolak pintu bilik. Udara sejuk berpunca dari penghawa dingin menyerbu tubuh aku.
Untung betul jadi pengawas.
Kelihatan beberapa pelajar di dalam memandang aku dengan pandangan pelik.
Aku hanya mengendahkan mereka.
Aku pergi ke bahagian vest. Setiap pagi, kami perlu memakai vest.
"Pengawas baru?" Tegur seorang pelajar perempuan.
"Ha? Ha.. Haah. Awak siapa?" Tanya aku pula.
"Aku Penolong Ketua Pengawas" katanya. Perkataan 'Penolong Ketua Pengawas' itu ditekankan.
Okay I don't like her already.
"Oh" balas aku lalu mencari vest nama aku.
"Oh?" Tanya perempuan itu tak percaya.
"Oh la" jawab aku. Perempuan ni dah kenapa? Aku nak balas apa lagi?
Dia mendengus lalu berlalu dari situ.
Aku mengeluh. Aku fikir penolong ketua pengawas kat sini baik je. Rupanya terlebih 'baik'.
"Bo!" Jerkah Hariel dari belakang.
"Dah tak ada adab eh? Assalamualaikum" aku menjelingnya.
"Eee garang lah akak pengawas baru ni" usik Hariel.
Pengawas perempuan di situ sudah pandang aku lain macam.
Jarang melihat Hariel tegur perempuan. Selalunya perempuan yang tegur Hariel.
Ya Allah berminit-minit mencari vest akhirnya jumpa. Kat hujung sekali rupanya. Menyusahkan betul.
Selesai mengambil vest, aku ura-ura mahu pergi dari situ.
"Kau nak pergi mana?" Tanya ' Penolong Ketua Pengawas ' tadi.
"Err kelas?" Jawab aku.
"Kau tak tahu ke kita ada perjumpaan? Pengawas jenis apa lah ni" sindirnya sebelum berlalu pergi.
Aku memandang Hariel dan Khairul dengan pandangan tajam.
Mereka hanya tersengih.
Bertuah betul. Bukan nak add aku dalam group. Free free je kena marah.
' Pengawas jenis apa lah ni '
Kerusi plastik sudah tersusun untuk pengawas.
Aku mengambil tempat di belakang sekali.
Hariel mengambil tempat di sebelah aku manakala Khairul mengambil tempat sebelah Hariel.
Haih agak-agak macam mana lah Athena sorang-sorang kat meja tu?
"Ahem" tegur ' Penolong Ketua Pengawas ' tadi.
Perempuan ni nak apa lagi?
"Ketua Pengawas dengan Penolong Ketua Pengawas kena duduk bersebelahan" kata Penolong Ketua Pengawas.
"Bukan ke tempat orang yang ada jawatan kat depan? Apa main duduk belakang?" Tanya aku.
"Exactly" jawabnya lalu melirik Hariel.
Aku menoleh ke arah Hariel. Hariel membuat muka tidak tahu apa-apa.
"You heard her" kata aku.
Hariel mengeluh lalu bergerak ke hadapan. Perempuan itu mengikut Hariel bergerak ke depan. Senyuman sinis dihadiahkan untuk aku
YOU ARE READING
A L I U M ✓
RomansaAlium. Maksud dia ' berbeza ' dalam bahasa latin. Aku teringin nak jumpa perempuan yang berbeza tapi tak jumpa. Kau tahu kenapa? sebab semua perempuan pandang rupa. Perempuan semua sama!