» 29

686 52 1
                                    

Hariel P.O.V

Aku berjalan di sekitar KLIA untuk mencari food court yang mungkin menarik minat aku.

Tiba-tiba mata aku tertangkap susuk tubuh seorang pramugari.

Perempuan ni lah yang cuba goda aku dalam kapal terbang tadi tu. Tapi aku buat tak endah je.

Tiba-tiba kain kepunyaan pramugari itu jatuh ke lantai.

Haih dia nak try aku ke ni? Aku tahu dia saje-saje je buat macam tu.

Nak tak nak aku mengambil kain tadi.

"Miss! Miss Stewardess!" Panggil aku.

Pramugari itu menoleh dengan senyuman lebar di bibir.

Umpan mengena lah tu!

"I believe this is yours" kata aku lalu menghulur kain itu ke arahnya.

"Aw Thank you!" Kata pramugari itu lalu mengambil huluran aku.

Aku hanya mengangguk kecil lalu ingin beredar dari situ.

Namun pramugari tadi terus menarik lengan aku.

Akibat terkejut, lengan aku direntap. Pramugari itu agak terkejut namun dia cuba mengawal riak wajah.

"Can I have your phone number?" Tanya pramugari itu.

"No thanks. I don't give my number to strangers" tolak aku lalu beredar.

Nasib perempuan itu tak kejar. Cis!

Aku sambung mencari food court yang mungkin menarik minat aku.

Namun semuanya hmm hampeh!

"Encik!!"

Panggilan itu membuat aku menoleh. Mungkin dituju untuk aku.

Yup. Dituju untuk aku. Haih, another flirty thing ke ni?

Nampak sahaja wajah gadis itu, membuat aku terkedu.

Betul ke ni dia..?

Aku.. tak mimpi?

Rasa ingin menitiskan air mata namun sebaik-baik aku kawal. Nanti dituduh tak waras pula.

Dia mengatakan sesuatu tetapi aku tidak dalat fokus.

Aku sibuk menatap wajah yang aku rindu itu. Ya. Aku rindu sangat-sangat!

Tiba-tiba dia menghulurkan dompet. Eh dompet aku?

Oh itu ke yang dia bebelkan?

Aku mengambil hulurannya lalu dia beredar.

Aku memandang nya sehingga bayangnya tidak kelihatan.

Dia tak perasan aku ke..?

Dia..

Lupa aku?

•••

"Ya Allah Yeeq! Kau tak tahu aku rindu kau macam mana!!!!" Jerit aku ditengah-tengah orang lalu lalang. Hahaha aku dah tak kisah dah orang pandang aku pelik ke.

Yeeq aku peluk erat.

"Adehhh.. yee.. Yeeq pun rindu akak" balas Yeeq.

Akhirnya aku melepaskan pelukan. Kemudian Yeeq berbalas salam dengan Fareel.

Kemudian pandangannya tertancap pada Muhammad.

Muhammad tersenyum manis.

"Suami akak?" Tanya Yeeq.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now