Athena menghulurkan jaket keselamatan ke arah aku.
Terketar-ketar tangan aku mengambil huluran itu.
Tak sangka aku akan buat kerja gila ni.
"Kau okay? Pucatnya muka kau. Kau nak tarik diri ke?" Tanya Hariel.
"Aku okay. Sejuk je ni. Eh mana ada aku nak tarik diri" nafi aku.
Kalau boleh aku nak aje kata Ya, Hariel. Aku nak tarik diri sangat-sangat!
Namun melihatkan semangatnya yang berkobar-kobar ingin menangkap gambar dengan aku ditengah lautan, aku turutkan jua.
"Kalau macam tu pakai lah jaket tu" arah Hariel.
"Ha?" Aku bingung sebentar.
Fikiran aku bercelaru memikirkan nasib aku nanti.
"Haih kau ni" Hariel mengambil jaket aku lalu dipakaikan ke tubuh aku.
Selalunya aku akan blushing gila-gila tapi tak tahu kenapa emosi tu tak berfungsi.
"Okay semua dah boleh naik" arah penjaga banana boat itu.
Kami mula menaiki boat tersebut.
Kedudukan dari hadapan, Khairul, Hariel, Farisya, Waney, Athena dan akhir sekali aku.
Ya Allah aku belakang sekali.
Makin terus nasib aku.
Boat mula bergerak.
Aku menggigil teruk.
"Oi Frey! Cantik kan?" Tanya Athena yang dihadapan aku.
"Huh? Ha.. Ha cantik" jawab aku. Padahal mata ni tertutup rapat.
Tangan aku mencengkam boat tersebut supaya tidak terjatuh.
Aku memberanikan diri membuka mata sedikit.
Aku terpempan. Laut terbentang luas. Subhanallah.
Cantik betul!
Tiba-tiba boat ini tergolek kekiri sedikit membuatkan kami terhuyung-hayang.
Makin kuat cengkaman aku. Mata kembali ditutup.
Melihatkan tiada siapa yang jatuh, pemandu boat berusaha membuat kami jatuh.
Banana boat yang kami naiki tergolek ke kiri sekali lagi membuatkan semua orang terjatuh.
Kecuali aku.
Ya weh.
Kecuali aku.
Bunyi mereka menjerit kedengaran di gegendang telinga.
Aku membuka mata mencari kelibat mereka.
Aku menoleh kebelakang. Mereka bergelak ketawa apabila sudah jatuh ke dalam air
Aku sorang sahaja di atas boat.
Mata ditutup rapat kembali.
Aku memeluk boat itu sekuat yang mungkin.
Apabila pemandu boat tersedar aku masih belum jatuh, dia berusaha memusingkan lagi boat yang aku naiki.
Gebush!!!!
Akhirnya aku jatuh ke dalam air.
Tangan terkapai-kapai mencari permukaan air.
Nasib baik pakai jaket, aku terapung.
Aku mengelap air di muka.
"Freya!!! Lawak lah kau!! Ahahahaha" Athena, Khairul dan Hariel ketawakan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
A L I U M ✓
RomansaAlium. Maksud dia ' berbeza ' dalam bahasa latin. Aku teringin nak jumpa perempuan yang berbeza tapi tak jumpa. Kau tahu kenapa? sebab semua perempuan pandang rupa. Perempuan semua sama!