» 28

683 58 4
                                    

9 Tahun Kemudian ...

Aku sibuk menyiapkan laporan terakhir yang diberi oleh CEO aku. Kenapa terakhir? Kerana lusa CEO yang baru akan mula bekerja. Aku merupakan sekretari CEO. Power kan job aku?

Aku cuma harap CEO tu tak kurang ajar, sombong, garang dan semua bad atitude lah.

Oh another thing, Athena dan Khairul suprisingly bekerja di sini juga. Iz bekerja sebagai peguam. Jadi kami sudah lama tidak bersua muka. Hanya talian di telefon.

"Assalamualaikum" tegur Athena dari pintu bilik aku.

Pintu kaca itu ditolak Athena.

"Asal datang pejabat aku?" Tanya aku

Wajah Athena dicemberutkan.

"Mentang-mentang sekretari CEO, sombong ya dia. Fikir apa tu?" Usik Athena.

"Fikir apa?" Tanya aku pula.

"Ya lah, orang tu kan nak nikah bulan depan" usik Athena lagi.

"Apa-apa lah. Kau ni usik-usik pula. Mentang-mentang lah dah nak ada anak seorang" usik aku pula sambil melirik ke perut Athena yang sedikit besar.

Athena tergelak kecil. Aku hanya sambung membuat kerja aku.

"Eh Frey" tegur Athena

"Hm?" Balas aku. Pandangan masih sibuk difokuskan ke arah laporan yang masih belum siap

"Aku dengar cerita Hariel dah nak balik Malaysia" kata Athena.

Aku mengerutkan dahi.

Agak lama aku diam.

"Siapa Hariel?" Tanya aku

Athena menepuk dahi.

"Serius kau tak kenal?" Tanya Athena inginkan kepastian.

Aku mengerutkan dahi sekali lagi. Otak bersungguh-sungguh mencari fail orang bernama Hariel. Siapa??

"Siapa? Cousin kau ke?" Tanya aku lagi

Athena menggeleng kepala. "Kalau ya pun benci, takkan sampai lupa" perli Athena.

"Tak. Serius talk ni siapa Hariel?" Tanya aku mendesak.

"Dia kan—"

"Assalamualaikum" tegur seseorang di pintu bilik.

Kami berdua menoleh. Kemudian aku tersenyum rahsia.

"Jemput isteri ek?" Usik Aku lalu sambung membuat kerja.

Khairul tersipu-sipu malu.

"Nak balik dah ke, bang?" Tanya Athena.

"Sayang nak balik lambat lagi pun takpe. Abang tunggu. Apa-apa call" kata Khairul pula.

"Eh balik sekarang aje lah. Athena nak kemas rumah apa semua" Athena mula bangun.

"Kemas rumah? Serius Rul? Kau suruh isteri kau kemas rumah?" Tanya aku tidak percaya

"Eh jangan lah tuduh suami aku macam-macam. Ya, dia dah halang dah. Aku yang degil" bela Athena.

Aku memandang Khairul tajam.

"Hm okay lah. Baik-baik balik tu" pesan aku.

Athena hanya membalas dengan senyuman sebelum keluar dari bilik aku.

Aku sambung membuat kerja.

Selepas 45 minit menyiapkan kerja, akhirnya siap!

Ting!

A L I U M ✓Where stories live. Discover now