Ah, another boring day. Aku berjalan masuk ke dalam bangunan tempat kerja aku. Sampai sahaja di kaunter, aku ternampak Julia berseorangan sedang menatap skrin telefon. Segera aku menyapanya.
"Ahem" tegur aku dengan senyuman sinis.
Riak wajah Julia terus bertukar bengang. Dah tahu aku siapa kot? Haha!
Aku terus menaiki lift untuk ke tingkat 7. Baru beberapa orang yang baru tiba. Antaranya ialah Rose, Mak Jah dan Faris.
Langkah dibawa ke bilik kerja aku. Aku melepaskan lelah di atas sofa empuk.
Telefon dicapai.
Kelihatan ada satu notifikasi dari kalender. Lantas jari membuka kalender tersebut.
Oh lusa hari lahir aku. Macam mana boleh lupa?
Well, tak peliklah. Setiap kali hari lahir aku pun aku akan lupa.
Aku membuka komputer riba yang terletak elok di atas meja.
Tok Tok Tok!
Aku memandang pintu.
Hariel menjenguk kepala.
"Ada apa?" Tanya aku. Perhatian fokus kepada komputer riba.
"Petang ni aku balik lambat sikit lah. Kau boleh ke tunggu?" Tanya Hariel risau.
"No worries. Aku pun banyak kerja nak buat. Projek besar katakan" jawab aku.
Sebenarnya aku datang ke sini tumpang si Hariel. Sebab tu dia risau kalau aku perlu menunggu lama.
Hariel mengangguk faham. "Alright."
•••
Aku melangkah keluar dari bilik kerja. Serius dari aku masuk tadi aku tak keluar langsung. Not even go to Pantry.
Aku memegang perut yang sedang berbunyi. Pagi tadi macam biasa, aku tak breakfast.
Aku melangkah longlai masuk ke dalam lift. Apabila pintu lift baru sahaja ingin tutup, Hariel memanggil nama aku memaksa aku untuk membuka semula pintu lift tersebut.
Hariel menghela nafas lega.
"Kau kenapa?" Tanya aku pelik. Aku yang lapar, dia yang over.
"Jom lunch sama-sama" ajak Hariel tiba-tiba segar.
"Kau bayar" usik aku.
Hariel mengangkat ibu jari tanda 'okay'.
Apabila kami melepasi kaunter, Julia Jebon menyampuk.
"You! You nak makan eh? Jom! I pun lapar ni" rungut Julia lalu jalan terkedek-kedek ke arah kami.
Hariel memandang aku inginkan jawapan.
Aku hanya mengangguk kecil. Sukahati kau lah jebon. Jangan kacau makanan aku sudah.
"Jom lah" ajak aku. Hariel berlari anak ingin berjalan beriringan dengan aku.
Begitu juga Julia ingin jalan beriringan dengan Hariel.
"So.. Makan mana?" Tanya Hariel.
Belum sempat aku menjawab, Julia memotong.
"I macam nak makan dekat McD lah. Jom you" ajak Julia.
YOU ARE READING
A L I U M ✓
RomanceAlium. Maksud dia ' berbeza ' dalam bahasa latin. Aku teringin nak jumpa perempuan yang berbeza tapi tak jumpa. Kau tahu kenapa? sebab semua perempuan pandang rupa. Perempuan semua sama!